Blogs Fishing

Monday, December 30, 2013

Kreatif

Apa yang anda dapat perhatikan dengan jelas di situ ialah penutup kipas yang diguna sebagai tempat memanggang, sape-sape yang ada kipas lama yang dah rosak tu jangan dibuang. Boleh guna untuk BBQ tau. Berfikirlah di luar kotak. Lepas ni bawak lah skali penutup kipas bila turun memancing, bila dapat ikan terus panggang, kan senang... selamat mencuba.

Monday, December 23, 2013

Fakta Menarik

Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?

Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.

Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam, juga boleh dimakan bersama nasi atau bubur nasi.

Sumber: Bernama Radio24

Friday, December 13, 2013

Benarkah Rasulullah pernah disihir?

Benarkah Rasulullah pernah disihir. Bukankah Rasulullah itu maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia dan jin?
Soalan
Saya mendengar dakwaan sesetengah pihak, mengatakan Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dishir betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia, adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunnah tentang perkara ini?

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Jawapan 
Nabi Muhammad s.a.w memang maksum, seperti Firman Allah yang mafhumnya, “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (Surah al-Maaidah, 67).
Perkataan maksum jelas disebut daripada makna perkataan ‘ya’tsimuka’ (Memelihara kamu). Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Adapun makna keselamatan umum, sepeti Nabi disakiti sehingga pernah luka kaki baginda dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku ke

Wednesday, December 11, 2013

Memupuk Sifat Penyayang

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:
قَبَّلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ، فَقَالَ الْأَقْرَعُ: إِنَّ لِيْ عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا!! فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: " مَنْ لَا يَرْحَمْ .. لَا يُرْحَمْ ".

Mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Nabi sallallahu alaihi wa sallam mencium sayidina Hasan bin Ali radiallahu anhuma, ketika itu bersama baginda seorang sahabat yang bernama Aqra’ bin Habis, lalu Aqra’ seraya berkata: “Saya ini mempunyai sepuluh orang anak, namun saya tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!! ” Lantas Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam menoleh kepadanya dan bersabda: “Orang yang tidak pernah mengasihi … tidak akan dikasihi”. [Hadis riwayatnya muttafaqun alaih]

IKTIBAR HADIS:
Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam merupakan seorang yang sangat menitikberatkan soal kasih sayang, terutamanya kepada kanak-kanak. Pernah diriwayatkan ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sujud, cucu-cucu baginda duduk di atas leher baginda sambil bermain-main, namun Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam membiarkan mereka ketika itu sehingga makmum merasai lamanya baginda sujud. Sememangnya kita menyedari sifat kanak-kanak itu memang diberikan keriangan yang lebih. Kadangkala tidak manis dipandang, namun kalau ingin menegur, tegurlah dengan penuh kasih sayang dan cubalah mengelak dari menengking atau memarahi mereka. Benar Sabda Rasulullah: "Orang yang tidak memberi kasih sayangnya kepada makhluk.. sama sekali tidak akan dikasihi oleh Allah".

Monday, November 18, 2013

Lautan


Majlis Konvokesyen

Pada 16 Nov 2013 (Sabtu), saya hadir majlis konvokesyen para pelajar saya. Saya ucapkan ALHAMDULILLAH, TAHNIAH dan berbangga dengan kejayaan mereka.  Tetapi focus perbincangan saya di sini ialah analogi menunggu di majlis konvo ini dengan menunggu penghakiman Allah swt di akhirat.

Seramai lebih 300 graduan yang menerima skrol mereka pada Sidang ini daripada keseluruhan 1,000 lebih graduan untuk majlis konvokesyen selama 3 hari ini. Anda suka menunggu? – menunggu bini shopping, giliran di bank, dalam deretan kenderaan semasa kesesakan lalu lintas/di plaza tol, untuk masuk ke bilik rawatan di hospital/klinik. Saya yakin kebanyakan daripada kita tak suka menunggu. Sidang yang saya hadir ini berlangsung selama +- 3 jam (menunggu sebelum masuk dewan, berbaris untuk masuk ke dewan dan duduk dalam dewan). Setiap graduan

Saturday, November 16, 2013

Ustaz Dhomiruddin






Tuesday, November 12, 2013

Kuku Tebing Tembah

Ikan: Kuku Putih.
Berat: 900g.
Umpan: Udang mentah.
Masa: Air pasang, jam 11.00pm.
Lokasi: Sungai Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun.
Pemancing: Pak Ripin.

Friday, November 8, 2013

Pari Paka


Dasyatis uarnak adalah nama saintifik spesis ini yang sedap dimakan terutamanya dengan masakan kari, lemak cili padi dan asam pedas yum yum. Ekor spesis ini terdapat taji yang diselitupi racun berbisa, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Taji ini yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

Sebahagian besar racun pada tajinya adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan dan boleh mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk
mempertahankan diri.
Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Jika dah dapat pari ini cara mudah dan selamat untuk membuang tajinya dengan terbalikkan ia kemudian pegang ekornya dengan berhati-hati dan patahkan tajinya.

Ikan: Pari Lalat
Total: 2.5kg
Photo 1: 1.4kg
Photo 2 kiri: 1.1kg
Masa; Air pasang
Umpan: Udang hidup
Lokasi: Sungai Kampung Tebing Tembah Paka (Pelor)
Pemancing: Amer

Wednesday, November 6, 2013

Kuku Paka

Spesis ikan gred A kategori sungai dan muara sungai, spesis ikan yang gemuk yang dicari-cari oleh kaki pancing, sesuai dimasak kari dan lemak cili padi kerana rasa isinya tersangat lah sedap, tebal dan lembut. Selain dikenali sebagai ikan kuku, spesis ini juga dikenali sebagai ikan kakas di sabah.

Spesis: Kuku Putih
Berat: 1kg
Umpan: Udang
Masa: Air pasang, jam 10.00pm
Lokasi: Sungai Kampung Tebing Tembah, Paka.
Pemancing: Amer

Tuesday, October 29, 2013

Patin Ayah Chik


Wednesday, October 23, 2013

Coca-Cola


Tuesday, October 8, 2013

Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah

Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam bersabda,"Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah)". Para sahabat bertanya, "Tidak juga jihad di jalan Allah?" Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam berkata, "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun." -Riwayat Abu Daud

"Sebaik-baik hari di dunia ialah sepuluh hari itu." -Riwayat Al-Bazzar (nota: Ibadat pada 10 hari itu lebih baik berbanding hari-hari lainnya.)

Wednesday, September 25, 2013

Janggut

Janggut selalunya tumbuh di bahagian dagu dan pipi. Tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah S.A.W, yang sangat dituntut kepada kaum Adam? Rasulullah menggalakkan Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda, mafhumnya: "Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat."(Riwayat Muslim).

Hukum mencukur janggut mengikut mazhab Syafi'i adalah makruh. Namun kita dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan yang terurus dan kemas.

Sunday, September 22, 2013

Panduan Solat Bersama Bayi

Tugasan memelihara dan membesarkan anak-anak kecil bukanlah suatu perkara yang mudah. Cabarannya semakin meningkat apabila bayi atau anak-anak kecil ini sakit dan sebahagian daripada mereka sangat 'demanding' dan mahu didukung pada setiap masa.

Solat pula adalah satu kewajipan yang mesti disempurnakan pada setiap hari apabila sampai waktunya. Mengerjakan solat sambil menjaga bayi acap-kala agak mencabar yang menyebabkan sebahagian daripada ibu atau bapa yang muda menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menunaikannya.

Islam adalah agama yang indah dan mudah. Rasulullah sendiri telah menunjukkan kepada umatnya betapa penting sikap menjaga solat walau pun ketika sakit, bermusafir atau pun ketika bersama anak kecil.

Abu Qotadah al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata :

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

“Aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengimami solat orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas tengkuk (atau bahu) beliau, dan ia adalah bayi perempuan Zainab binti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Apabila beliau rukuk maka

Siakap

Ikan: Siakap merah
Berat: 700g
Umpan: Anak selayang
Masa: Air surut, jam 10.30pm
Lokasi: Muara Paka, Kg. Tebing Tembah
Pemancing: Shah

Sunday, September 15, 2013

Something to share

1-KENAPA AKU DIUJI?
Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Monday, September 2, 2013

Siakap Muara Paka

30 Ogos 2013, Jumaat
Ikan: Siakap Merah & Kerapu
Masa: 5.30pm, air surut
Umpan: Anak Selayang
Lokasi: Muara Paka Dungun/Pelor
Pemancing: Bro Hairul

Siakap Bukit Belah

Sabtu 31 Ogos 2013... Merdeka!
Berat: 500g
Jam: 10.00am
Lokasi: Bukit Belah Dungun
Masa: Air surut
Pemancing: Hazamin
Info: Dipanggil red snapper dalam bahasa inggeris yang boleh ditemui di lokasi terutamanya muara sungai dan laut(Kepala Tanjung). Merupakan ikan dasar yang hidup berkelompok dan adakalanya tidak serta gemar bermain di batu-batuan dan rumpun-rumpun akar pokok.

Thursday, August 22, 2013

Persediaan

Buat persediaan, berhati-hati, beringat dan bimbang bukannya bererti dok gotel buah ssebih di masjid surau 24 jam. Ianya dengan kita memastikan semampu boleh, menjalani kehidupan di dunia ini dengan

Sunday, August 18, 2013

Doa untuk saudara kita di Mesir

Kita perlu merasa simpati dan DOAKAN saudara kita di Mesir yang sedang dizalimi... Ayuh panjatkan doa buat saudara kita di Mesir...

Sunday, August 4, 2013

Salam 'idulFitri 1434H

Bulan Ramadhan hampir kepenghujung..
Hari lebaran bakal menjelma..
Tangan dihulur jari sepuluh disusun..
Mohon kemaafan silap dan dosa dari semua..
Malam al qadhar dicari semua orang..
Jumpa sekali amalan seribu tahun..
Sempena hari raya bakal menjelang..
Termakan terminum harap dihalalkan..

Sempena hari lebaran yang bakal menjelma..
Kami (Siakappaka) dikesempatan ini menyusun jari..
Menghulur kedua belah tangan buat semua..
Segala dosa dan kesalahan mohon dimaafi..
Samada secara sedar atau sebaliknya.. 
Terima kasih..

Doa di Awal Bulan Syawal (Ust. Anis Matta)

Tuesday, July 30, 2013

Lailatulqadar

Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dan sahabat beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan sebab nak ganjaran 83 tahun pahala... orang zaman sekarang iktikaf di pasaraya sebab nak 80% diskaun... Akhirnya kita telah sampai di fasa terakhir ramadhan. Fasa di mana tersembunyinya malam yang penuh berkat, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, iaitu Lailatulqadar.

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatulqadar sengaja di sembunyikan oleh Allah Ta'ala agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Dalam kita mencari malam al-qadar ini, jangan lupa untuk memohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosa kita. Berdoalah dengan doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam.

Dari 'Aisyah r.a., katanya, saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى"
Ya Allah pertemukanlah kami semua dengan Malam Lailatulqadar... InsyaAllah... 10 malam inilah merupakan malam yang sebenarnya... pecutlah selagi mampu... gandakanlah amal ibadah... amatlah rugi jikalau kita keluar daripada Ramadhan ini... tapi dosa-dosa kita masih belum diampunkan Allah Ta'ala...

Monday, July 29, 2013

Kurau Ramadhan

Kurau & Gelama,
Selepas terawih semalam 19 Ramadhan, saya mencuba nasib memancing kurau di lokasi Pantai Kuala Dungun dengan membawa umpan udang mentah, wal hasilnya dapat juga ikan kurau dan gelama Alhamdulillah, InsyaAllah esok akan berbuka dengan gulai kari ikan kurau, hihi......


Amer...

Thursday, July 25, 2013

Jualan Lipan Bara Beku

Saya menjual lipan bara beku makanan sampingan haiwan seperti ikan arowana, burung ada yg bt umpan pancing bg kaki pancing dan ada yg bt menahan ayam hutan berminat pm atieh min 3 ekor max 3000 ekor, harga rm3/ekor.... bg postlaju rm10 setiap post... 

Hubungi atau msg 0193089052, email atiehpakya@yahoo.com, Atiehpakya berasal dari kedah dan menetap di shah alam.

Wednesday, July 10, 2013

Tetamu

Ada tetamu nak mari ke rumah kita. Dia royat lama doh yang dia nak mari. Dia kata nak mari duduk dengan kita selama sebulan. Dia kata dia nak bawa macam-macam hadiah kepada kita. Hadiah yang besar-besar. Yang berganda-ganda besarnya daripada hadiah yang dibawa oleh tetamu lain. Kita suka atau tidak dengan kedatangannya? Adakah kita buat persiapan yang sepatutnya untuk menyambut kedatangan tetamu istimewa ini? Namun, dia kata dia hanya mari ke rumah kita sekali saja tahun ni. Kita tanya dia, “Rumah orang lain dok gi ke?’. Dia kata dia ada gi rumah salah seorang ahli keluarga/kawan/jiran/rakan sekerja kita, namun tuan rumahnya dah “balik kampung”. Allahuakbar!. Rasa bertuah atau tidak kita ni?. Manfaatkanlah peluang ini sebaik mungkin. Walaupun tetamu tadi kata dia akan mari pulok tahun depan, takut-takut masa tu....kita pula

Sunday, July 7, 2013

Kebenaran perlu diperkatakan

Dr Muhammad Morsi adalah:
1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik .
2) Presiden awam yang pertama.
3) Presiden arab pertama yang menghafal seluruh juzuk Al-Quran.
4) Presiden arab pertama dari pihak parti islam.
5) Presiden arab pertama yang membenarkan orang ramai untuk mengkritik beliau, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.
6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.
7) Presiden arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.
8) Presiden arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lain.
9) Presiden arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti atas kos sendiri.

From Malaysia We Support Mohammed Morsi pray for mesir & syria

Ramadhan 1434H

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, dan ditutupkan pintu-pintu neraka, dan dirantai syaitan-syaitan..."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
---------------------------------------------------
Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1434H...
---------------------------------------------------
2 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan mulia, bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Ramadhan yang pada Nya terdapat satu malam yang sungguh agung yang lebih baik dari seribu bulan, ramadhan juga merupakan bulan untuk seseorang mensuci hati daripada kekotoran

Monday, July 1, 2013

Kurau Kuala Dungun

Assalamu'alaikum semua... kami (Amer & Pak Ripin) turun memancing semalam pada pukul 10.00 malam di lokasi Pantai Kuala Dungun ingin memburu Kurau dan Gelama sebanyak mungkin, memang kami dah target dari awal lagi kerana minggu ni air surut pada lewat malam, seperti mana kita ketahui ikan Kurau atau Senangin gemar bermain di kawasan-kawasan perairan pantai yang tenang dan cetek. Kami hanya menggunakan umpan hirisan udang mentah yang dibeli di supermarket walaupun kita semua tahu umpan yang terbaik dalam memancing ikan Kurau atau senangin ini adalah udang hidup, ikan belanak dan sotong, bahkan gewang dan fly juga dikatakan boleh digunakan jika kena dengan caranya.

Wal hasilnya inilah ia ikan kurau bersaiz 1kg seekor yang berjaya kami pancing semalam, sambaran kurau pertama semalam dan berjaya dinaikkan pada jam 12.35am dan tangkapan kedua pula yang berjaya Pak Ripin naikkan sekitar jam 1.10am, ini menunjukkan semestinya spesis kurau ini adalah spesis yang hidup secara berkumpulan. Kami pulang pada jam 2.30am dengan total keseluruhan tangkapan sebanyak 19 ekor. 2 ekor Kurau, 1 ekor Senangin dan 16 ekor Gelama Bongkok sebesar tapak tangan semuanya... Alhamdulillah syukur...

20 Penyebab Terbatalnya Akidah

Sekiranya seseorang itu melakukan 20 perkara berikut, maka batallah Iman mereka..

1. Bertawakkal dan bergantung selain Allah S.W.T.
2. Mengingkari nikmat Allah S.W.T., sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus.
3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah S.W.T.
4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T.
5. Mentaati selain Allah S.W.T. tanpa keredhaan-Nya.
6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah S.W.T. atau tidak menggunakan hukum Allah S.W.T. sebagai rujukan dalam semua masalah.
7. Tidak beriman kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.
8. Menyintai dunia lebih dari akhirat.
9. Menghina salah satu dari ajaran Al-Quran atau Sunnah, mempersenda orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah S.W.T.
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh-Nya.
11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al-Quran dan Sunnah.
12. Mengangkat orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang Islam dan orang Mukmin.
13. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah s.a.w.
14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan Tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik.
15. Menyatakan bahawa Al-Quran mempunyai pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya.
16. Tidak mengetahui ma’rifat Allah S.W.T. dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat ketuhanan dan mengingkari nama-nama-Nya.
17. Tidak mengetahui Rasulullah s.a.w. secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepadanya, atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut, atau tidak meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. ialah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.
18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mangkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah S.W.T., seperti menyembelih bukan kerana Allah S.W.T., sujud dan ruku’ bukan kerana Allah S.W.T., atau tawaf di sekeliling lain dan Ka’bah dengan niat bukan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
20. Berperasaan riya’.
sumber : LamanKongsi.Blogspot.com

Friday, June 28, 2013

Kurau & Gelama Bongkok

Inilah Kurau 1kg & Gelama Bongkok yang berjaya dipancing oleh Pak Ripin semalam dalam masa air surut lebih kurang jam 11.00pm dengan berumpankan hirisan udang, di lokasi Pantai Teluk Lipat atau Pantai Kuala Dungun, Dungun. Seperti mana yang kita ketahui ikan gelama ini ada berbagai jenis antaranya gelama pisang, gelama bongkok, gelama gigi, gelama eput', gelama hitam dan ibu gelama, tapi mungkin berlainan nama-nama ikan gelama ini di luar sana. Selain isi yang sangat sedap Gelama Bongkok lah spesis yang dicari-cari dan dinanti-nanti oleh kaki-kaki pancing begitu juga dengan spesis Gelama Gigi kerana spesis inilah yang ganas ketika menyambar atau melarikan umpan dan pemancing juga merasa seronok ketika mana hendak menaikkan ikan ini.
Kami di Terengganu lebih gemar memanggilnya dengan nama ikan kurau kerana ia bersaiz besar manakala yang bersaiz kecil dipanggil pula dengan gelaran ikan senangin namun ia masih terdiri daripada satu kumpulan spesis yang sama. Dari segi fizikal ia mempunyai empat sirip di badannya dengan ekor yang bercabang dan beberapa janggut di bawah kepalanya. Kadangkala kita dapat menemui beberapa spesis kurau yang berlainan warna, tetapi selalunya spesis yang kerap ditemui adalah berwarna putih keperakan dengan sisik-sisik yang halus di sekeliling badannya. Warna badannya yang putih berkilat semasa ia hidup akan cepat bertukar menjadi gelap apabila ia mati.

Spesis ini hidup berkumpulan dan mendiami kawasan-kawasan perairan yang tenang dan cetek. Misalnya ia menghuni tukun-tukun atau kawasan berbatu-batu berhampiran pantai, teluk atau kuala-kuala sungai yang berpasir dan berair payau. Dari segi tumbesarannya, ia boleh mencecah berat antara satu hingga empat kilogram. Kadangkala kurau juga mampu membesar lebih jauh sehingga mencecah 18 kilogram bergantung kepada keadaan persekitarannya. Kurau boleh dipancing tanpa mengira waktu atau musim. Ikan ini menjadi buruan utama para nelayan kerana permintaan dan harganya yang sangat tinggi.

Wednesday, June 26, 2013

Bismillah & In Syaa Allah

Bismillah. Adat mengatakan kereta terpakai ataupun kereta yang sudah lama dipakai menggunakan duit yang banyak untuk kos penyelenggaraan. Adat mengatakan kos penyelenggaraan untuk kereta baru ataupun yang masih baru adalah rendah ataupun jimat jika dibandingkan dengan kereta lama.

Akal menyatakan kereta lama juga boleh jimat and tidak memerlukan kos penyelenggaran yang tinggi, dengan izin Allah SWT. Itu antara sebab saya melihat banyak kereta lama yang dibaca bismilah sebelum memulakan perjalanan, bertahan lebih lama dan lebih selamat dari kereta baru yang tidak dibaca bismillah. Maksud di sini, adat tidak boleh dijadikan 100% peraturan hidup, kerana itu adalah syirik kecil kata seorang ustaz kepada saya.

Adat mengatakan kereta bergerak kerana minyak petrol ataupun diesel. Akal mengatakan kereta bergerak di atas izin Allah SWT. Adat mengatakan, sekiranya kita makan ubat sakit kepala, maka sakit kepala itu hilang. Adat mengatakan, sekiranya tidak dimakan ubat sakit kepala itu, sakit kepala itu akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama.

Akal menyatakan sakit kepala hilang bukan kerana ubat tetapi 100% Allah, ubat itu adalah syarat adat, iaitu supaya kita berusaha. Apabila menyakini ubat yang

Tuesday, June 25, 2013

Siakap & Tanda


Total: 9 ekor
Masa: Air surut
Umpan: Anak selayang
Lokasi: 

BERAK DOK BASUH

Tazkirah hari ini...
Semoga Bermanfaat...


























Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori 
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA Terengganu
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA

Monday, June 24, 2013

Kakap Meroh

Total: 3 ekor
Masa: Air mula surut
Umpan: Anak Kembung
Lokasi: Bukit Belah, Seberang Pintasan, Dungun.
Pemancing: K. Hadi




Thursday, June 6, 2013

Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah SAW

Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Tuesday, June 4, 2013

Hukum wanita bersolat tanpa memakai telekung

Apakah hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung?. Solatnya adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.

Aurat bagi wanita ketika bersolat sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecualikategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Friday, May 24, 2013

Siakap Merah Bukit Belah

Ikan: Siakap Merah
Berat: 1kg
Umpan: Anak ikan kembung
Masa: Jam 12.05pm ketika air mulai surut
Pemancing: Pak Ripin
Lokasi: Bukit Belah Dungun, berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tersohor dengan permukaan sungai yang berbatu-batu yang sememangnya menarik minak si ikan Siakap Merah, Siakap Putih, Kuku, Kurau & Kerapu.

Sunday, May 12, 2013

Kakapputih Paka

Siakapputih
Berat: 800g
Umpan: udang
Masa: 10.00pm
Lokasi: Tebing Tembah Paka, Dungun.
Pemancing: Bro Fendi

Wednesday, April 24, 2013

Buat Sahabatku


Assalamualaikum sahabatku semua...

Tujuan memaparkan gambar ini bkn lah berniat utk mengaibkan sesiapa...hanya sekadar utk kita jadikan ikhtibar... malam tadi 9 mei 2012 sekitar jam 12.30am sy menziarahi jiran sy yg telah dijemput Allah pulang ke rahmatullah... masa sy tiba.. ada beberapa org diluar surau.. dan ada tiga org disini jenazah..dua darinya sedang berbual bertanyakan hal penyebab kematian..yg seorg lagi sedang membaca Yassin...

Selepas memberi salam dan berjabat  tgn ..sy terus sedekahkan surahYassin buat arwah.. ketika dua helaian terakhir surah Yassin dibaca sy dapati tiada siapa lagi disisi jenazah mau pun disisi sy.. yg tinggal hanya sy dan Arwah..

Ya Allah... Hanya ENGKAU sahaja mengetahui perasaan ini.. tinggallah jenazah ini tanpa ditemani anak isteri mau pun saudara mara.. sy jadi serba salah.. kalau sy tinggalkan juga ..maka bersendirian lah ia.. tanpa sy sedar airmata ini menitis.. membayangkan keadaan diri sy nanti..adakah yg menemani sy nanti hingga ke

Saturday, March 23, 2013

Seberang Takir

Assalamu'alaikum kepada pembaca-pembaca Blog Siakappaka, kali ini penulis ingin menceritakan tentang lokasi memancing ikan gred A di Terengganu iaitu Kampung Seberang Takir Kuala Terengganu. Seperti di dalam gambar, di kawasan inilah menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan-ikan laut dan ikan-ikan sungai kelas terbaik seperti Ebek, Gerung, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain.

Jika anda gemar memancing ikan- ikan laut anda bolehlah memancing di sebelah laut, manakala jika anda pula gemar memancing ikan-ikan sungai anda bolehlah memancing di sebelah sungai ataupun kedua-dua sekali serentak mana tau jika ikan laut tak dapat berkemungkinan ikan sungai yang dapat, betul kan.

Seberang Takir terletak bersebelahan pinggir bandar Kuala Terengganu yang dipisahkan oleh sebuah sungai dan muara. Jika anda berada di Pasar Payang dan Bazar Warisan perkampungan jelas kelihatan tidak jauh dari situ. Ada dua cara untuk ke Kampung Seberang Takir samaada melalui jalan darat ataupun melalui jalan sungai dengan menaiki bot penambang. Bot penambang sudah sinonim dengan penduduk-penuduk di perkampungan seberang sungai besar Kuala Terengganu terutamanya penduduk-penduduk kampung

Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan air yang sering digunakan untuk ke bandar Kuala Terengganu kerana jaraknya lebih dekat jika dibandingkan dengan jalan darat, dengan tambang hanya RM1.00 untuk perjalanan sehala, anda bolehlah merasai bagaimana menaiki bot penambang dan melihat kehidupan penduduk kampung di sini seperti aktiviti-aktiviti nelayan, memancing, membuat kerepuk lekor, membuat ikan kering, membuat batik dan permainan layang-layang atau wau. Sejarah Seberang Takir: Pada zaman dahulu, Seberang Takir hanya dikenali dengan panggilan ‘Seberang’ sahaja dan tiada penduduk pun yang menetap di situ.

Pada waktu itu, negeri Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Semasa pemerintahan baginda, negeri Terengganu mengamalkan sistem perundangan Islam. Di antara undang-undang kanun ketika itu ada menyebut apabila seseorang rakyat Terengganu atau orang-orang yang bermastautin di Terengganu, jika ditangkap kerana mencuri atau sabit kesalahannya, maka dia akan dikenakan hukuman takir tangan ataupun takir kaki. Perkataan ‘takir’ di sini bermaksud kerat ataupun potong.

Jadi, pada suatu hari, dua orang lelaki telah ditangkap kerana mencuri barang kemas di sebuah rumah penduduk di daerah Kuala Terengganu. Lelaki itu adalah Pak Said dari Manir dan Pak Abdullah dari Kampung Chabang Tiga. Selepas dibicarakan, Pak Said dijatuhi hukuman takir tangan kanan sehingga putus kerana mengambil barang kemas tersebut. Pak Abdullah sebaliknya telah dijatuhi hukuman takir kaki kanan kerana bertangungjawab dalam merancang dan mengajak Pak Said untuk mencuri.

Selepas itu, kedua-duanya dibawa dari Kuala Terengganu ke tempat penjatuhan hukuman oleh beberapa budak suruhan raja dan juga seorang ‘petunda’ yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman. Mereka dibawa menaiki perahu. Akhirnya perahu itu singgah di Seberang Takir dan Pak Said dan Pak Abdullah dibawa ke satu tempat di hujung tanjung. Akhirnya, hukuman pun dijalankan. Selepas itu, rakyat di Terengganu mula memanggil tempat itu sebagai Seberang Takir. Sumber dari kalampatah

Kesimpulannya Seberang Takir merupakan sebuah pekan yang terletak di Kuala Terengganu Negeri Terengganu, Malaysia. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.

Thursday, March 14, 2013

Ihsan


Assalamulaikum.. Sedikit perkongsian hadith (riwayat Muslim) tentang persoalan yg dilontarkan:

Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki:  Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata:  "Wahai Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam(1)?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "(Dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan penerangan Baginda yang demikian) ia berkata:  "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar:

Maka kami merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang iman(2)?" Nabi s.a.w. menerangkan:  "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah,  Malaikat MalaikatNya, Kitab-

Polisss...


Kalau kita sedang memandu dan terserempak dengan polis, secara otomatik kita akan rasa tak senang duduk. Menggelabah tak tentu pasal – betulkan kedudukan yang dah betul, mata jeling ko road tax, kaki secara otomatik tekan pedal brek (sampai tertonggeng anak bini), tarik tali pinggang kaledar tapi tak jumpa jumpa tempat nok cocoh (bagi bunyi ketaqqq!),  dan tangan meraba beg duit. Bini yang sedang “mengalunkan muzik latar” di kerusi “co-pilot” (supposed to be!) pun kita kejut hingga terkebil-kebil kawan tu buka mata – “Apa! Apa ?X$%VX&^. Ada accident ko?”. Malu sendiri atau disindir anak bini bila

Tuesday, February 12, 2013

Pari Gergasi 150kg Tersangkut Di Pukat

12 Februari 2013
PASIR PUTEH - Penduduk di sini gempar apabila dua remaja membawa pulang ikan pari seberat 150 kilogram yang tersangkut di pukat yang dipasang di Terusan Semerak berhampiran Tidal Gate Kulim, Gong Datuk dekat sini, semalam.

Ikan ‘pari batik’ atau nama saintifik himantura uarnak itu menarik perhatian penduduk yang rata-ratanya belum melihat ikan pari sebesar itu.

Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai untuk memungut hasil tangkapan jam 7.30 pagi

Thursday, February 7, 2013

Kita, Usaha dan Rezeki

Masyarakat kita yakin dengan bekerja kerass akan menghasilkan rezeki yang banyak. Oleh itu, ramai umat Islam hari ini mementingkan kerja. Kerja dari pagi hingga petang, dari petang hingga malam, dan dari malam hingga ke dinihari. Mereka ini saya kategorikan sebagai golongan MENCARI REZEKI.

Masyarakat kita juga yakin mereka bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang tetapi pemberi rezeki hanya Allah S.W.T. Pada waktu pagi mereka mengerjakan solat dhuha dan selalu bersedekah ke

Tuesday, February 5, 2013

Gong Xi Fa Cai


Salam Sejahtera... Kepada rakan-rakan berbangsa China, kesempatan ini kami dari Siakappaka mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013

Sunday, January 20, 2013

Siakap Tengkujuh

 Salam dari group Siakappaka, semalam 19 Jan 2013 jam 09.00 malam, bro Amer, Fendi dan admin turun memancing pada musim tengkujuh di lokasi sungai berhampiran muara laut Kampung Tebing Tembah Paka, Dungun Terengganu. Umpan yang kami bawa hanya udang yang dibeli di supermarket untuk cuba-cuba memancing di kawasan tersebut walaupun doh tahu susoh nok dapat ikan di musim-musim tengkujuh ni. Nok wat guana berasa lama doh dok gi ngail, giang plok raser. Tengoh-tengoh sibuk mancing dapat la ikan duri, sembilang, siakapmerah dan siakapputih(700g), Alhamdulillah... bolehlaa...
Memandangkan ni musim tengkujuh kita kongsi sikit bab-bab musim tengkujuh, sepertimana sedia maklum, negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor akan mula menghadapi musim tengkujuh sekitar pertengahan November dan akan berakhir pada Mac tahun berikutnya. Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri-negeri di pantai timur dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor.
Ketika itu, negeri-negeri akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir. Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Sebab itulah info-info terbaru dalam Blog Siakappaka tidak dapat di keluarkan kerana set-set Siakappaka ni malas nok gi mancing, sedap tidur duk rumoh maklum laa musim-musim hujan ni.