background img

Panduan Solat Bersama Bayi

Tugasan memelihara dan membesarkan anak-anak kecil bukanlah suatu perkara yang mudah. Cabarannya semakin meningkat apabila bayi atau anak-anak kecil ini sakit dan sebahagian daripada mereka sangat 'demanding' dan mahu didukung pada setiap masa.

Solat pula adalah satu kewajipan yang mesti disempurnakan pada setiap hari apabila sampai waktunya. Mengerjakan solat sambil menjaga bayi acap-kala agak mencabar yang menyebabkan sebahagian daripada ibu atau bapa yang muda menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menunaikannya.

Islam adalah agama yang indah dan mudah. Rasulullah sendiri telah menunjukkan kepada umatnya betapa penting sikap menjaga solat walau pun ketika sakit, bermusafir atau pun ketika bersama anak kecil.

Abu Qotadah al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata :

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

“Aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengimami solat orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas tengkuk (atau bahu) beliau, dan ia adalah bayi perempuan Zainab binti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Apabila beliau rukuk maka
beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).”

(Hadis Riwayat Muslim, no. 845)

Di antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:

1) Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.

2) Mengawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').

3) Hendaklah mempastikan bahawa dadanya sentiasa mengadap kiblat.

Namun begitu, amalan solat sebegini bukanlah rutin setiap hari bagi semua ibu dan ayah kepada semua anak kecil. Ianya dilakukan apabila satu keperluan untuk mengerjakan solat seumpama ini tidak boleh dielakkan.

والله أعلم

1 comments:

AYuNG said...

dtg cini....
info berguna...

tq..
=)

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers