Blogs Fishing

Wednesday, March 28, 2012

Sungai Pimpin

Sungai Pimpin / Pipin, nama yang tidak asing lagi yang selalu disebut oleh kaki-kaki pancing di Dungun mahupun di luar Dungun. Di mana lokasi ini? terletak di kawasan Seberang Pintasan Daerah Dungun Terengganu, berhadapan dengan kampung Bijangga dan Kampung Sungai Buaya. Jika perjalanan diambil dari Kuala Dungun, anda perlu melalui jambatan besar Kuala Dungun kemudian menyusur pula ke jalan di sebelah kiri iaitu Jalan Rajawali menghala ke Kampung Rajawali dan Kampung Pulai Serai.
Di sebelah Jalan Rajawali itu lah lokasinya di mana terdapatnya pemancing-pemancing tega mencari ikan Siakap Merah dan kerapu serta adanya syarikat pembuatan bot yang terkenal iaitu A'KING Boat. Ikan siakap merah, siakap putih, kerapu, galama, tanda dan pari, spesis ini lah yang terkenal dan menjadi buruan oleh pemancing di sungai ini. Jika anda seorang yang berasal dari Dungun yang gemar memakan ikan siakap merah, di sinilah tempatnya dari dulu lagi tak perlu pergi jauh-jauh untuk memancing siakap merah.

Sunday, March 25, 2012

Layur & Gelama Bongkok

Layur (Trichiurus lepturus) yang berjaya dipancing oleh Pak Ripin dalam misi mencari ikan gelama sebanyak mungkin semalam. Layur adalah ikan perairan laut yang mudah dikenali dari bentuknya yang panjang dan ramping. Ikan ini tersebar di perairan Laut Cina Selatan terutamanya di perairan Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu. Ukuran tubuhnya dapat mencapai panjang 2m, dengan berat maksimum tercatat 5kg dan usia dapat mencapai 15 tahun. Kegemarannya pada siang hari berkeliaran di perairan pantai dalam bagi mencari makanannya iaitu plankton krustasea. Pada waktu malam pula ikan ini gemar menghampiri ke dasar perairan tepi pantai. Orang Jepun menyebutnya tachiuo dan memakannya mentah(sebagai sashimi) atau dibakar. Orang Korea pula menyebutnya galchi dan mengolahnya dengan digoreng atau dibakar. Ikan ini digemari kerana isinya yang kenyal, tidak terlalu amis, tidak berminyak dan mudah membuang tulangnya.
Gelama adalah spesis ikan yang gemar bermain di perairan pantai yang sekarang ni banyak melanda di perairan pantai-pantai timur di bumi Malaysia ini, isi si ikan gelama ini memang enak seakan-akan rasa ikan kerisi. Musim ini gelama sangat popular bagi kaki-kaki pancing, pergilah di mana-mana pantai pun di area Terengganu ini semestinya ramai dipenuhi oleh gelagat-gelagat pemancing tega dalam memburu si ikan gelama ini. Gambar di sebelah adalah ikan Gelama Bongkok yang berjaya ku pancing semalam di Pantai Teluk Lipat Dungun, lihatlah saiznya agak menarik juga kan, saiz sebesar selipar ku yang bersaiz lapan. Ikan gelama ini ada berbagai jenis yang biasanya disebut-sebut oleh kaki-kaki pancing Terengganu antaranya gelama pisang, gelama bongkok, gelama gigi, gelama eput', gelama hitam dan ibu gelama ini yang aku tahu lah, tapi mungkin berlainan nama-nama ikan gelama ini di luar sana.

Saturday, March 24, 2012

Pesta Mancing Teluk Lipat Mac2012

Jelas suasana keriuhan serta gelagat pemancing-pemancing dan keluarga menikmati aktiviti memancing di pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu ini. Teluk Lipat, sebuah nama yang dikatakan sudah cukup terkenal nama pantai yang terletak di daerah Dungun Terengganu, sekarang ini kalau dilihat pada waktu siang dan malam sudah pasti pemandangan di sini seperti pesta kerana sepanjang pantai yang berukuran lebih 12km ini sentiasa dipenuhi oleh kaki-kaki pancing serta pengunjung-pengunjung dari luar dan pada waktu malamnya pula sentiasa disinari dengan cahaya api dan lampu yang dipasang oleh setiap pemancing yang memancing di pantai ini. Berduyong-duyong berpusu-pusu rakyat di dalam dan di luar Dungun datang ke pantai ini untuk menikmati hasil tangkapan si ikan Gelama, buluh, pari, tetuka, siakap, ebek, talang dan sotong, ada yang bawa keluarga, kawan-kawan dan ada juga yang sanggup bermalam untuk memancing sampai ke pagi.

Wednesday, March 21, 2012

Pari Raksasa

Seekor ikan pari raksasa 1 Ton, 30 Kaki terperangkap. Pari ini ditemukan awak-awak kapal kilang minyak Nigeria di perairan Altantik Selatan, Nigeria. Ikan seberat lebih satu ton dan panjang 9 meter [30 kaki] ini secara tidak sengaja terkena sauh kapal.

Ketika sedang membongkar sauh di Pulau Bonny, awak-awak kapal berasa pelik kerana merasakan sauh bertambah berat. Setelah diperhatikan, ternyata ada ikan pari besar yang tersangkut pada sauh kapal. Ikan tersebut itu didapati telah mati dan para awak kapal mulai menaikkannya ke atas kapal dan berfoto bersama. Jom layan video di bawah...

Sunday, March 18, 2012

UAI

Assalamu'alaikum, untuk dikongsi bersama semoga terhibur, mudah-mudahan mendapat pengajaran dan ilmu yang berguna, mancing-mancing gak bro... ilmu agama jangan lupa dicari fardhu ain.

Saturday, March 10, 2012

Tetuka

Dalam sibuk memancing ikan gelama semalam di Teluk Lipat Dungun, tersangkut pula si ikan tuka atau tetuka pada kail. Dikatakan hampir semua pemancing-pemancing semalam memperolehi ikan tuka ini. Sedap jika dibakar dicicah dengan kuah asam dan juga enak jika dibuat kari, stim, tiga rasa serta asam kuah lada. Apa itu ikan tuka? Tuka adalah spisis anak ikan pari, spisis yang banyak dan tidak terancam dari dulu sehingga sekarang, saiznya kecil sahaja sehingga max besar dua belah telapak tangan dewasa bersaiz besar, habitatnya laut terutama di persisir pantai dan di muka kuala, dietnya pula ialah anak udang, anak ikan, ketam angin dan hirisan ikan, udang serta sotong. Tapi awas, hati-hati dengan sengat di ekornya agak bisa juga tu seperti bisa sengat ikan pari dewasa.

Teluk Lipat Kini


Teluk Lipat Kini berwajah baru, selepas tsunami kecil pada 25 Disember 2011, baru sekaranglah apa yang dicadangkan oleh rakyat Dungun untuk diletakkan pemecah ombak di sepanjang Sura Jati di Teluk Lipat ini dilaksanakan oleh kerajaan, apa pun bersyukur pada Tuhan kerana jalan disepanjang pantai ini telah siap dan selesa digunakan pada bulan lepas, dan bersyukur juga kerana memberi kemudahan dan kegembiraan kepada kaki-kaki pancing untuk memancing di tempat baru ini, lihatlah dua pemecah ombak yang siap dibina sekaligus menjadikan kawasan ini sebagai satu lagi lubuk ikan dan sotong bermain, tahniah diucapkan kepada kerajaan Dungun.

Wednesday, March 7, 2012

Gelama Bongkok

Dah mula dah... pesta memancing ikan Gelama bagi tahun 2012 akan bermula di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu ini, bagi Pak Ripin semalam adalah hari pertama beliau mencuba nasib mencari si ikan Gelama Bongkok besar dan hasilnya dapatlah juga 3 ekor. Melihat keadaan air laut semalam seperti air baru bagi ikan-ikan gelama dan bulus hendak berkumpul, insyaAllah jika minggu ini tidak hujan dan tidak berangin kebiasaan makin bertambah banyaklah ikan-ikan gelama dan bulus berkumpul dan semestinya sepanjang Pantai Teluk Lipat Dungun ini seperti biasa akan didatangi dan dihuni oleh ramai kaki-kaki pancing yang datang dari dalam dan luar daerah Dungun.

Bermula 2 minggu lepas lagi, ramai juga kaki-kaki pancang datang ke sini mencari ikan ebek, pari dan gelama, tempat utama yang menjadi sasarannya ialah di kawasan kubur Sura Tengah dan di kawasan kelab golf serta Hotel UiTM Dungun di mana kawasan-kawasan ini telah menjadi lubuk si ikan ebek.

Saturday, March 3, 2012

Beruntungnya Wanita

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia'. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu