background img

Kurau & Gelama Bongkok

Inilah Kurau 1kg & Gelama Bongkok yang berjaya dipancing oleh Pak Ripin semalam dalam masa air surut lebih kurang jam 11.00pm dengan berumpankan hirisan udang, di lokasi Pantai Teluk Lipat atau Pantai Kuala Dungun, Dungun. Seperti mana yang kita ketahui ikan gelama ini ada berbagai jenis antaranya gelama pisang, gelama bongkok, gelama gigi, gelama eput', gelama hitam dan ibu gelama, tapi mungkin berlainan nama-nama ikan gelama ini di luar sana. Selain isi yang sangat sedap Gelama Bongkok lah spesis yang dicari-cari dan dinanti-nanti oleh kaki-kaki pancing begitu juga dengan spesis Gelama Gigi kerana spesis inilah yang ganas ketika menyambar atau melarikan umpan dan pemancing juga merasa seronok ketika mana hendak menaikkan ikan ini.
Kami di Terengganu lebih gemar memanggilnya dengan nama ikan kurau kerana ia bersaiz besar manakala yang bersaiz kecil dipanggil pula dengan gelaran ikan senangin namun ia masih terdiri daripada satu kumpulan spesis yang sama. Dari segi fizikal ia mempunyai empat sirip di badannya dengan ekor yang bercabang dan beberapa janggut di bawah kepalanya. Kadangkala kita dapat menemui beberapa spesis kurau yang berlainan warna, tetapi selalunya spesis yang kerap ditemui adalah berwarna putih keperakan dengan sisik-sisik yang halus di sekeliling badannya. Warna badannya yang putih berkilat semasa ia hidup akan cepat bertukar menjadi gelap apabila ia mati.

Spesis ini hidup berkumpulan dan mendiami kawasan-kawasan perairan yang tenang dan cetek. Misalnya ia menghuni tukun-tukun atau kawasan berbatu-batu berhampiran pantai, teluk atau kuala-kuala sungai yang berpasir dan berair payau. Dari segi tumbesarannya, ia boleh mencecah berat antara satu hingga empat kilogram. Kadangkala kurau juga mampu membesar lebih jauh sehingga mencecah 18 kilogram bergantung kepada keadaan persekitarannya. Kurau boleh dipancing tanpa mengira waktu atau musim. Ikan ini menjadi buruan utama para nelayan kerana permintaan dan harganya yang sangat tinggi.

Bismillah & In Syaa Allah

Bismillah. Adat mengatakan kereta terpakai ataupun kereta yang sudah lama dipakai menggunakan duit yang banyak untuk kos penyelenggaraan. Adat mengatakan kos penyelenggaraan untuk kereta baru ataupun yang masih baru adalah rendah ataupun jimat jika dibandingkan dengan kereta lama.

Akal menyatakan kereta lama juga boleh jimat and tidak memerlukan kos penyelenggaran yang tinggi, dengan izin Allah SWT. Itu antara sebab saya melihat banyak kereta lama yang dibaca bismilah sebelum memulakan perjalanan, bertahan lebih lama dan lebih selamat dari kereta baru yang tidak dibaca bismillah. Maksud di sini, adat tidak boleh dijadikan 100% peraturan hidup, kerana itu adalah syirik kecil kata seorang ustaz kepada saya.

Adat mengatakan kereta bergerak kerana minyak petrol ataupun diesel. Akal mengatakan kereta bergerak di atas izin Allah SWT. Adat mengatakan, sekiranya kita makan ubat sakit kepala, maka sakit kepala itu hilang. Adat mengatakan, sekiranya tidak dimakan ubat sakit kepala itu, sakit kepala itu akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama.

Akal menyatakan sakit kepala hilang bukan kerana ubat tetapi 100% Allah, ubat itu adalah syarat adat, iaitu supaya kita berusaha. Apabila menyakini ubat yang


Siakap & Tanda


Total: 9 ekor
Masa: Air surut
Umpan: Anak selayang
Lokasi: 

BERAK DOK BASUH

Tazkirah hari ini...
Semoga Bermanfaat...


























Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori 
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA Terengganu
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA

Kakap Meroh

Total: 3 ekor
Masa: Air mula surut
Umpan: Anak Kembung
Lokasi: Bukit Belah, Seberang Pintasan, Dungun.
Pemancing: K. Hadi





Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah SAW

Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Hukum wanita bersolat tanpa memakai telekung

Apakah hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung?. Solatnya adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.

Aurat bagi wanita ketika bersolat sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecualikategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Blog List

Advertisement

Chat

Followers