Blogs Fishing

Saturday, October 23, 2010

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010_Bhg. 3

22 Oktober 2010 jam 11.30am: Semestinya hari ni bersambung lagi trip memancing untuk merebut carta tip top dalam team Siakappaka Oktober 2010... Air sungai pada hari ini dikatakan sedikit keruh juga, dan semestinya banyak ikan duri dan belukang yang tersangkut di mata kail, ikan-ikan
sebegini memang tak lari dah, dah jadi sebati, setiap kali memancing banyak kali juga lah yang dapat...












Walau apa pun fokus utama kami semestinya ikan-ikan gred A... kalau tak dapat nak buat macam mana, rezeki dah ditentukan oleh Nya... Nah dia, untuk hari ini dimenangi oleh Pak Ripin dengan hasil tangkapan beliau Siakap Merah seberat 400g tahniah diucapkan... Keseluruhannya akan dikira pada akhir Oktober ini hihi...

Thursday, October 21, 2010

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010_Bhg. 2

21 Oktober 2010: Salam semua... hari ni bersambung lagi trip memancing untuk merebut carta tip top dalam team Siakappaka... memandangkan air sungai hari ini agak keruh, jika diikutkan keadaan air sungai sebegini menyukarkan untuk mendapat ikan kelas baik punya, kalau dapat pun tak lain tak bukan semestinya si ikan duri dan si ikan belukang... walau bagaimana pun kalau dah ada rezeki ada lah juga kan... untuk hari ini dimenangi oleh Bro Hadi dengan hasil tangkapan beliau si ikan Siakap Merah seberat 500g tahniah diucapkan...

Piranha Gergasi

IKAN spesies piranha ini ditangkap ketika penggambaran River Monsters.

LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'.

Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain. Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.

Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki. Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.

Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman. “Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade. Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya.

Harian Metro

Monday, October 18, 2010

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010

14 Okt 2010 - Bro Fairus dengan hasil takapannya si ikan Pari Lalat seberat 1kg.
Gambaran jelas ikan

Monday, October 4, 2010

Memancing Ikan Selar


Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot Kuala Terengganu.

Sunday, October 3, 2010

Memancing Di Laut Mengabang Telipot

Assalamu'alaikum... Seterusnya trip kami semalam 2/10/2010, di laut perairan Pantai Mengabang Telipot Kuala Terenggganu, kami mula bertolak dari pukul 4.45am dari Dungun dan setibanya sampai pada pukul 5.40am. Selepas itu kami berserapan pagi bagi mengisi perut yang dah banyak kali berkeruk-keruk bunyinya semasa di dalam kereta, setelah selesai kami mula menaiki bot dan bertolak pada pukul hampir 6.30am... dalam trip kali ini wal hasilnya dikatakan agak membanggakan juga kerana masing-masing dapat membawa hasil tangkapan sehingga penuh satu tong ikan sederhana.
Semasa sibuk memancing, kami terpaksa pulang awal lebih kurang pada pukul 2.00pm di sebabkan keadaan waktu yang tidak menentu menunjukkan hujan akan turun pada bila-bila masa. Di samping itu aku sertakan info sikit mengenai pantai yang menarik ini... Dipetik dari blog Jom Terengganu, Pantai Mengabang Telipot Kuala Terenggganu terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail.
Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengungjung dari luar untuk berkunjung ke sini. Selain itu di pantai ini juga terkenal dengan Restoran makanan Laut yang bercelup tepung. Contoh makanannya ialah Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung, Ketam Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung. Keropok lekor merupakan hidangan wajib yang disajikan di sini.
Pemandangan di sini amat menarik dengan gelagat pengunjung yang tidak putus-putus terutama pada hari minggu. Kebiasaanya perkelahan keluarga menjadi pilihan di pantai ini dan tidak terkecuali pelajar-pelajar dari institut pendidikan berdekatan turut juga memeriahkan suasana di pantai ini. Aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan.
Hasil yang berjaya dipancing setelah hampir 1 jam memancing...... Bro Min
Hasil yang berjaya dipancing setelah 1 jam memancing...... Bro Hadi