Ramadhan 1434H

July 07, 2013 by
Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, dan ditutupkan pintu-pintu neraka, dan dirantai syaitan-syaitan..."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
---------------------------------------------------
Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1434H...
---------------------------------------------------
2 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan mulia, bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Ramadhan yang pada Nya terdapat satu malam yang sungguh agung yang lebih baik dari seribu bulan, ramadhan juga merupakan bulan untuk seseorang mensuci hati daripada kekotoran
maksiat serta kealpaan, ianya merupakan bulan berkat, bulan yang awalnya rahmat pertengahanya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.

Ramadhan bulan ibadah, bulan kebajikan, bulan al-quran, bukan bulan untuk makan dan minum secara bermewah, bukan bulan untuk bersantai, bukan untuk tidur, bukan untuk berperap tanpa melakukan sebarang kerja ibadah, bahkan ianya merupakan bulan zuhud yakni menyekat nafsu daripada mendapat kemewahan dan keseronokan berlebihan.

Tanamkanlah azam dalam hati, kita ingin mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam yang pernah melalui ranjau berduri selama dua bulan dapur rumahnya tidak berasap kerana ketiadaan makanan. Baginda pada hari kebisaanya hanya makan sembilan suapan pada pagi dan sembilan suapan pada petangya, itu sahaja, tidak lebih dari itu, ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia ini kecuali hanyalah keseronokan yang tipu daya”.

Janganlah kita sibukan diri kita dengan memikirkan ‘makanan apa yang hendak dimakan waktu berbuka’, bahkan fikirkanlah ‘masjid manakah atau surau manakah bakal kita hadir untuk mendengar syarahan agama dan solat tarawih, marilah kita sama-sama saling nasihat menasihati sesame kita agar meninggalkan sikap bermewah-mewah kerana makan secara bermewah dengan hidangan lauk yang melebihi dua atau tiga masakan setiap hari adalah perbuatan yang tiada kebaikannya malah bertentangan dengan cara hidup para Nabi, sebagaimana dinyatakan dalam satu hadis yang bermaksud “ beringatlah dirimu daripada bermewah-mewah, sesungguhnya para Nabi tiadalah dari kalangan mereka yang bermewah-mewah.

Para wali Allah tidak menghabiskan waktunya dalam memperbagaikan jenis makanan yang lazat-lazat, bukan ini caranya untuk menjadi kekasih Allah, para wali Allah bersifat zuhud pada segala hal, mereka membiasa kan diri meninggalkan kemewahan. Rasulullah pada kebanyakan harinya hanya mengambil kurma dan air sebagai makanan pagi dan petangnya, bayangkanlah “hanya kurma dan air sahaja” dan kadang-kadang sahaja baginda makan roti keras bukan sebagaimana roti di zaman muta’khir ini yang sememangnya lembut dan enak.

Saudaraku, hari-hari di dunia amatlah pendek berbanding hari di akhirat, perbanyakanlah amalan akhirat kerana amalan itu walau sebanyak mana sekali pun dikerjakan ianya tetap akan menguntungkan dirinya di akhirat kelak. Sambutlah bulan ramadhan dengan bertaubat dan memperbanyakkan ibadah. Ingatlah sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: "Siapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keyakinan dan usaha gigih maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog