background img

Ikan Kerapu

Ikan Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang.

Harga pasaran ikan kerapu terkini ialah RM60-RM70/Kg. Suatu ketika dulu, ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik. Ramai lebih menggemari
ikan laut yang lain seperti Aya(Tongkol), Tamban, Tenggiri, Bawal, Selar Kuning dan Selayang.

Sekarang ianya telah berbeza kerana spesies ini mendapat permintaan yang semakin tinggi dan bakal menjadi ikan marin ternakan komersil utama di negara ini menjelang tahun ini 2010. Pembenihan kerapu pada kebiasaannya berjaya hanya 1 - 3 %, bagi 1% ke atas di anggap sebagai kejayaan. Buat masa ni kebanyakan benih esotik di import lagi.

Kerapu antara ikan yang agak mahal dan amat digemari kerana isinya yang enak serta boleh dipelbagaikan cara masakannya. Untuk menghasilkan masakan enak, ikan ini perlu terlebih dahulu disapu dengan minyak bijan, sedikit telur, serbuk cili dan tepung ubi di bahagian perut serta seluruh badannya sebelum digoreng.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers