Blogs Fishing

Monday, December 30, 2013

Kreatif

Apa yang anda dapat perhatikan dengan jelas di situ ialah penutup kipas yang diguna sebagai tempat memanggang, sape-sape yang ada kipas lama yang dah rosak tu jangan dibuang. Boleh guna untuk BBQ tau. Berfikirlah di luar kotak. Lepas ni bawak lah skali penutup kipas bila turun memancing, bila dapat ikan terus panggang, kan senang... selamat mencuba.

Monday, December 23, 2013

Fakta Menarik

Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?

Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.

Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam, juga boleh dimakan bersama nasi atau bubur nasi.

Sumber: Bernama Radio24

Friday, December 13, 2013

Benarkah Rasulullah pernah disihir?

Benarkah Rasulullah pernah disihir. Bukankah Rasulullah itu maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia dan jin?
Soalan
Saya mendengar dakwaan sesetengah pihak, mengatakan Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dishir betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia, adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunnah tentang perkara ini?

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Jawapan 
Nabi Muhammad s.a.w memang maksum, seperti Firman Allah yang mafhumnya, “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (Surah al-Maaidah, 67).
Perkataan maksum jelas disebut daripada makna perkataan ‘ya’tsimuka’ (Memelihara kamu). Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Adapun makna keselamatan umum, sepeti Nabi disakiti sehingga pernah luka kaki baginda dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku ke

Wednesday, December 11, 2013

Memupuk Sifat Penyayang

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:
قَبَّلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ، فَقَالَ الْأَقْرَعُ: إِنَّ لِيْ عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا!! فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: " مَنْ لَا يَرْحَمْ .. لَا يُرْحَمْ ".

Mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Nabi sallallahu alaihi wa sallam mencium sayidina Hasan bin Ali radiallahu anhuma, ketika itu bersama baginda seorang sahabat yang bernama Aqra’ bin Habis, lalu Aqra’ seraya berkata: “Saya ini mempunyai sepuluh orang anak, namun saya tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!! ” Lantas Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam menoleh kepadanya dan bersabda: “Orang yang tidak pernah mengasihi … tidak akan dikasihi”. [Hadis riwayatnya muttafaqun alaih]

IKTIBAR HADIS:
Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam merupakan seorang yang sangat menitikberatkan soal kasih sayang, terutamanya kepada kanak-kanak. Pernah diriwayatkan ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sujud, cucu-cucu baginda duduk di atas leher baginda sambil bermain-main, namun Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam membiarkan mereka ketika itu sehingga makmum merasai lamanya baginda sujud. Sememangnya kita menyedari sifat kanak-kanak itu memang diberikan keriangan yang lebih. Kadangkala tidak manis dipandang, namun kalau ingin menegur, tegurlah dengan penuh kasih sayang dan cubalah mengelak dari menengking atau memarahi mereka. Benar Sabda Rasulullah: "Orang yang tidak memberi kasih sayangnya kepada makhluk.. sama sekali tidak akan dikasihi oleh Allah".