Kurau Kuala Dungun

July 01, 2013 by
Assalamu'alaikum semua... kami (Amer & Pak Ripin) turun memancing semalam pada pukul 10.00 malam di lokasi Pantai Kuala Dungun ingin memburu Kurau dan Gelama sebanyak mungkin, memang kami dah target dari awal lagi kerana minggu ni air surut pada lewat malam, seperti mana kita ketahui ikan Kurau atau Senangin gemar bermain di kawasan-kawasan perairan pantai yang tenang dan cetek. Kami hanya menggunakan umpan hirisan udang mentah yang dibeli di supermarket walaupun kita semua tahu umpan yang terbaik dalam memancing ikan Kurau atau senangin ini adalah udang hidup, ikan belanak dan sotong, bahkan gewang dan fly juga dikatakan boleh digunakan jika kena dengan caranya.

Wal hasilnya inilah ia ikan kurau bersaiz 1kg seekor yang berjaya kami pancing semalam, sambaran kurau pertama semalam dan berjaya dinaikkan pada jam 12.35am dan tangkapan kedua pula yang berjaya Pak Ripin naikkan sekitar jam 1.10am, ini menunjukkan semestinya spesis kurau ini adalah spesis yang hidup secara berkumpulan. Kami pulang pada jam 2.30am dengan total keseluruhan tangkapan sebanyak 19 ekor. 2 ekor Kurau, 1 ekor Senangin dan 16 ekor Gelama Bongkok sebesar tapak tangan semuanya... Alhamdulillah syukur...

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog