Pari Gergasi 150kg Tersangkut Di Pukat

Tuesday, February 12, 2013 ·

12 Februari 2013
PASIR PUTEH - Penduduk di sini gempar apabila dua remaja membawa pulang ikan pari seberat 150 kilogram yang tersangkut di pukat yang dipasang di Terusan Semerak berhampiran Tidal Gate Kulim, Gong Datuk dekat sini, semalam.

Ikan ‘pari batik’ atau nama saintifik himantura uarnak itu menarik perhatian penduduk yang rata-ratanya belum melihat ikan pari sebesar itu.

Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai untuk memungut hasil tangkapan jam 7.30 pagi

semalam selepas memasang pukat jam 5 petang kelmarin.

Katanya, dia pada mulanya menyangka pukat tersangkut kerana tidak terdaya untuk mengangkatnya ke bot.

“Saya terkejut melihat ikan pari besar tersangkut pada pukat, ketika kami mengangkatnya ke bot, ikan itu menggelepar sehingga bot hampir tenggelam.

“Kami panik tapi terus berusaha menariknya ke tebing kerana tidak mahu ikan itu terlepas begitu sahaja kerana inilah kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya,” katanya yang tidak menyangka ikan pari sebesar itu berada dalam kawasan air tawar.

Mohamad Azri terpaksa menghubungi ayahnya supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan tersebut.

“Ayah saya sampai tidak lama selepas itu dan dengan dibantu beberapa kawan, ikan itu berjaya dibawa pulang ke rumah dengan mengikatnya di atas bonet kereta.

“Saya menganggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat hanya mengena ikan kecil, tidak berbaloi untuk berulang alik sejauh tujuh kilometer dari rumah saya,” katanya.

Himantura uarnak hidup dalam habitat pantai dan air payau serta banyak ditemui di antara Afrika Selatan hingga ke Australia itu boleh membesar sehingga dua meter lebar sementara ikan pari yang berjaya ditangkap Mohamad Azri semalam selebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter.

Mengikut senarai merah International Union for the Conservation of Nature (IUCN), Himantura uarnak dari famili Dasyatidae itu diklasifikasikan sebagai haiwan hampir terancam.-SH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets