INSAN... MUDAH LUPA

Wednesday, February 23, 2011 · 3 comments

Kita hidup ada akhirnya... tiada bukti yang di sekeliling kita menunjukkan manusia tidak MATI, masih berterusan hidup walaupun mula dilahirkan di zaman firaun lagi atau lebih awal daripada itu, atas kesedaran inilah kita mencari agama, mencari petunjuk dari yang maha BERKUASA, PENCIPTA kehidupan dan kematian.

Lalu... kita percaya ALLAH, yang menghidupkan dan mematikan manusia. Dari RASUL (MUHAMMAD S.A.W.-SUNNAH) dan KITAB(AL-QURAN) kita tahu berita tentang selepas kematian. Adanya balasan... SYURGA dan NERAKA. ALLAH yang Maha Pengasih, tidak membiarkan kita sendirian. Al-Quran dan As-Sunnah dibekalkan, untuk kita mencari redhoNya dan seterusnya janjiNya syurga. Mencari yang BERTENTANGAN dengan apa yang AL-QURAN dan AS-SUNNAH pandukan - NERAKAlah balasannya. Tega kah kita pada api yang membakar, menjulang-julang! Api yang memberi keazaban yang terlalu perit... tidak mampu ditanggung oleh fizikal manusia yang terlalu kerdil.

ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Cinta Allah pada makhlukNya, melebihi cinta ibu kepada anaknya sendiri. Bukankah kita diberikan akal, jadi kita adalah manusia siuman. Bukankah kita diberikan penglihatan, lalu kita mampu melihat. Bukankah kita diberikan keupayaan untuk belajar,

Bulus

Friday, February 11, 2011 · 0 comments

10 Feb 2011, jam 9.15pm: Gambar di sebelah menunjukkan ikan bulus yang dapat ku pancing semalam, adanya bulus pada musim sekarang menandakan, musim ikan gelama dan bulus telah pun hampir dan dijangkakan (mengikut kata orang-orang lama yang berpengalaman) minggu depan akan datang sekawan gelama dan bulus yang tak terkira banyaknya melanda di pantai-pantai timur terutamanya di sini (Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu dan Pantai Paka).

Kepada pemancing-pemancing pantai timur atau di luar sana bersiap sedialah dengan kelengkapan memancing untuk minggu depan, InsyaAllah ada lah rezeki gelama dan bulus tu, dan semestinya minggu depan di Pantai Teluk Lipat ini akan menjadi suasana yang riuh rendah seperti pasar malam atau funfair kerana dikunjungi pemancing-pemancing yang tak terkira banyaknya tiba untuk memancing si ikan gelama, bulus dan lain-lain.

Kuku 800g

· 0 comments

10 Feb 2011, Jam 12.50pm: 800g ikan kuku yang berjaya dipancing oleh Pak Ripin di Sungai Paka Dungun Terengganu berumpankan udang. Kuku adalah dari spesies ikan gred A kategori sungai seperti ikan siakap putih dan merah, rasa isinya pula sedap yang amat sangat sesuai benar jika dimasak dengan masakkan gulai kunyit, kari dan 3 rasa, peh... memang gerenti sedap giler... Untuk pengetahuan semua, umpan ikan kuku adalah umpan gandum(roti), teritek, ayam, kulit ayam, udang dan ketam kecil(Ketam angin), 1kg ikan kuku harganya lingkungan RM30-35.

Kenangan Team Siakappaka

Monday, February 7, 2011 · 0 comments

Ikan Sembilang

Saturday, February 5, 2011 · 2 comments

Assalamu'alaikum... 2 Feb 2011, Rabu Jam 8.07pm: Ikan Sembilang seberat 2kg berjaya dipancing oleh Bro Zeman berumpankan cebisan ayam goreng, ingatkan si ikan kuku yang menyambar joran Bro Zeman, tiba-tiba ikan kuku tranfor menjadi ikan sembilang haha... tak apa lah bleh gak dibawa balik untuk dijadikan gulai kari dan goreng, peh! sehingga menjilat jari...

Penulis sertakan juga info mengenai ikan sembilang sikit... dari segi habitat ikan sembilang berbeza daripada ikan keli. Ikan sembilang tidak hidup di air tawar, manakala ikan keli pula hidup di air tawar. Itu adalah perbezaan paling ketara antara kedua-dua ikan ini.

Ada yang tidak menggemari ikan ini kerana ia berasa sedikit hanyir. Ikan ini juga dikategorikan sebagai ikan yang berlemak. Anda perlu melumurkan ikan ini dengan jus limau nipis, basuhnya dengan air asam jawa atau rendam dengan air garam selepas menyiangnya.

Bilaslah dengan air biasa, dengan cara ini ia dapat mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan ini. Selain itu kikis kulit ikan ini untuk membuang lendir yang ada pada kulitnya. Ini juga dapat mengurangkan hanyir ikan sembilang ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets