Video-video Siakap

Monday, December 20, 2010 · 7 comments

Assalamu'alaikum......
Untuk tatapan semua 6 video memancing siakap yang diambil dari youtube...
Siakap Merah


Download siakap merah 2 kilo  kg dew rosmijam video


Download Siakap Merah 2010 video

Mancing Udang

Wednesday, December 8, 2010 · 6 comments

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... 07 Disember 2010 Jam 5.45pm... walaupun musim banjir di pantai timur lebih-lebih lagi di Dungun Terengganu dan keadaan air sungai yang amat besar serta berarus deras lebih-lebih lagi di Sungai Durian Mentangau Dungun, Mmm Mancing tetap mancing, biarlah orang kata "air sungai besar tu... arus laju tu... mana ada udang makan..." habis ni bukan udang haha... kalu ada rezeki tu ada juga kan, tak kiralah macam mana pun, kalu dah Tuhan nak bagi tetap akan dapat ker guana...

Mancing Di Sungai Kerteh

· 6 comments

Beginilah pemandangan indah di Sungai Kerteh Kemaman Terengganu yang terletak di bandar baru Kerteh, untuk pergi ke lokasi ini perlu berjalan kaki sejauh hampir 300m dari jalan raya kerana permukaan tanahnya yang berpasir dan berhutan. Kebanyakkan ikan-ikan yang terdapat di sini adalah dari kategori A seperti Siakap Merah, Siakap Putih, Jenahak, Kuku, Pari dan lain-lain lagi, lihatlah sungainya memang sesuai benar untuk bergewang.

Ikan Kapas

Sunday, December 5, 2010 · 0 comments

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... kepada pembaca-pembaca Blog Siakappaka... 02 Disember 2010 Khamis Jam 06:40pm si ikan kapas seberat 300g dianggarkan yang berjaya dipancing oleh Bro Hadi di kawasan Sungai Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu.

8 amalan yang perlu dinilai terhadap diri sendiri

· 0 comments

1. Solat jamaah
- Bagi isteri2 yang sibuk menguruskan rumah tangga dan anak2, manakala suaminya  seorang yang  tetap mengerjakan solat jamaah, maka si isteri juga akan mendapat pahala solat berjamaah.

2. Solat sunat
- sehari semalam, cuba amalkan 8 solat sunat, iaitu:
* solat sunat selepas berwuduk
* solat sunat rawatib
* solat sunat Witir (sblm tidur/ slps bangun tidur)
* solat sunat Tahajjud
* solat sunat Dhuha
* solat sunat Taubat
* solat sunat Hajat
* solat sunat Istikharah
* solat sunat Tasbih (amalkan sminggu sekali)

3.  Baca al-Quran – Paling kurang bacalah sikit setiap hari

Puting Beliung Di Pantai Dungun Terengganu

Sunday, November 28, 2010 · 0 comments

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...... 28 November 2010 jam 12.55pm: gambar dan video jelas menunjukkan puting beliung yang terjadi di pantai Dungun Terengganu telah menyebabkan ramai orang datang ke pantai untuk menyaksikan peristiwa ini. 

Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya moga-moga perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi takut juga aku menengoknya live lagi nasib baik kapal kelaut tu tak karam kalau lah angin tu terus mara ke darat ni kacau bilau dibuatnya, video ini diambil di hadapan UiTM Dungun Terengganu oleh seorang staf UiTM yang bernama En. Darmizi(Bob AV)....

Pari Lalat Di Tebing Tembah

Sunday, November 21, 2010 · 0 comments





Assalamu'alaikum... 19 November 2010 jam 4.42pm Pari Lalat seberat 1kg yang berjaya dipancing oleh orang yang tidak asing lagi dalam team Siakappaka Pak Ripin

Pemandangan Indah Di Tebing Tembah

· 0 comments

Kampung Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu mempunyai keunikan tempatnya yang tersendiri selain sungainya mempunyai spesis-spesis ikan yang menarik, lokasi ini juga mempunyai keindahan yang mengagumkan sesuai benar untuk membawa keluarga pergi berkelah.

Lokasi ini terletak di antara bandar Paka dengan Kampung Pinang Merah dan perlu menyusuri jalan kampung yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah sehingga

Memburu Siakap Merah

Saturday, November 13, 2010 · 3 comments

Assalamu'alaikum... 12 Nov 2010 Jumaat: Seramai 5 orang yang turut sertai dalam trip memburu Siakap Merah ikan gred A pilihan kami yang kami nanti-nantikan. Jam 5.30pm lokasi pertama kami ialah di Sungai Perlabuhan Kerteh, Kemaman Terengganu.

Pada mulanya sasaran lokasi kami ialah di Sungai Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu, di sebabkan air sungainya surut serta keruh yang amat dan dijangkakan akan pasang pada waktu malam, jadi kami terpaksa berpindah dahulu ke kawasan ini.

Jam 6.10pm tangkapan pertama ialah si ikan Pari Lalat seberat 900g yang berjaya dipancing oleh Bro Hadi AlhamduliLLAH tahniah diucapkan, semestinya pari lalat ini akan dijadikan juadah lauk kari yang istimewa buat seisi keluarga Bro Hadi.

Jam 8.50pm kami difahamkan Sungai Tebing Tembah Paka mulai pasang dan air sungainya pun mulai jernih, dalam masa yang sama umpan kami pun dah habis, alang-alang keluar mencari umpan teruslah kami menuju ke Sungai Tebing Tembah tersebut untuk menjejaki si ikan pilihan kami Siakap Merah.

Wal hasilnya jam 10.30pm Siakap Merah pertama yang berjaya didaratkan oleh

Siakap Merah Di Tebing Tembah

Monday, November 8, 2010 · 2 comments

Assalamu'alaikum semua...06 Nov 2010, 10.30pm: Siakap merah seberat 400g yang dapat ku pancing di Sungai Kg. Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu, di mana lokasi pancing ini? Perlu menyusuri jalan kampung yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah sehingga bertemu dengan jalan mati yang berhampiran dengan sungai, aa di situlah lokasinya, tempat yang cantik dan menarik dengan penuh didiami batu-batu besar dan kecil yang mana menjadi tempat kegemaran siakap merah bermain.

Siakap merah adalah sejenis ikan yang sangat agresif, ganas dan gemar menyelam masuk ke celah-celah batu apabila terkena pancing, walaupun hanya seberat 400g joran ku sepanjang 8 kaki terpelanting hampir jatuh ke dalam sungai dibuatnya. Mmm kalaulah masa tu disambar ikan siakap merah seberat 1kg ke atas jawabnya aku kena said bye bye lah kat joran aku tu.

Bagi aku memancing siakap merah di sungai lebih mencabar jika dibandingkan memancing ikan-ikan lain di pantai kerana tempatnya penuh berbatu dan sering kali tali pancing terputus akibat geseran pada celah-celah batu.

Juara Team Siakappaka Oktober 2010

Thursday, November 4, 2010 · 0 comments

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Dengan ini diumumkan... juara pancing ikan paling berat di menangi oleh Bro Fairus, pari lalat seberat 1kg yang berjaya dipancing pada 14 Okt 2010...

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010_Bhg. 3

Saturday, October 23, 2010 · 0 comments

22 Oktober 2010 jam 11.30am: Semestinya hari ni bersambung lagi trip memancing untuk merebut carta tip top dalam team Siakappaka Oktober 2010... Air sungai pada hari ini dikatakan sedikit keruh juga, dan semestinya banyak ikan duri dan belukang yang tersangkut di mata kail, ikan-ikan

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010_Bhg. 2

Thursday, October 21, 2010 · 0 comments

21 Oktober 2010: Salam semua... hari ni bersambung lagi trip memancing untuk merebut carta tip top dalam team Siakappaka... memandangkan air sungai hari ini agak keruh, jika diikutkan keadaan air sungai sebegini menyukarkan untuk mendapat ikan kelas baik punya, kalau dapat pun tak lain tak bukan semestinya si ikan duri dan si ikan belukang... walau bagaimana pun kalau dah ada rezeki ada lah juga kan... untuk hari ini dimenangi oleh Bro Hadi dengan hasil tangkapan beliau si ikan Siakap Merah seberat 500g tahniah diucapkan...

Piranha Gergasi

· 0 comments

IKAN spesies piranha ini ditangkap ketika penggambaran River Monsters.

LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'.

Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain. Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.

Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki. Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.

Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman. “Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade. Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya.

Harian Metro

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010

Monday, October 18, 2010 · 0 comments

14 Okt 2010 - Bro Fairus dengan hasil takapannya si ikan Pari Lalat seberat 1kg.
Gambaran jelas ikan

Memancing Ikan Selar

Monday, October 4, 2010 · 0 comments


Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot Kuala Terengganu.

Memancing Di Laut Mengabang Telipot

Sunday, October 3, 2010 · 0 comments

Assalamu'alaikum... Seterusnya trip kami semalam 2/10/2010, di laut perairan Pantai Mengabang Telipot Kuala Terenggganu, kami mula bertolak dari pukul 4.45am dari Dungun dan setibanya sampai pada pukul 5.40am.

Selepas itu kami berserapan pagi bagi mengisi perut yang dah banyak kali berkeruk-keruk bunyinya semasa di dalam kereta, setelah selesai kami mula menaiki bot dan bertolak pada pukul hampir 6.30am... dalam trip kali ini wal hasilnya dikatakan agak membanggakan juga kerana masing-masing dapat membawa hasil tangkapan sehingga penuh satu tong ikan sederhana.

Semasa sibuk memancing, kami terpaksa pulang awal lebih kurang pada pukul 2.00pm di sebabkan keadaan waktu yang tidak

Gewang Sotong

Sunday, September 26, 2010 · 1 comments

Salam semua...
aktiviti mengewang sotong bersambung lagi, tapi hanya aku dan Pak Ripin saje yang turun untuk mengewang semalam kerana memandangkan air laut pada petang semalam amat menjadi...

Kami sampai ke destinasi pada pukul 8.15pm... di mana? semestinya di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu... Setibanya di pantai, lantas Pak Ripin keluar dari kereta dan menuju terus

Sotong Mengabang Melanda Pantai Dungun

Saturday, September 25, 2010 · 0 comments

Trip kami kali ini memancing sotong mengabang di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu semalam dengan cara mengewang dan menggunakan umpan candat udang, aktiviti kami bermula pada pukul 8.30pm-12.00am dan inilah gambar hasilnya(Pak Ripin) yang sempat diambil kerana masing-masing sibuk mengewang.

Ada berbagai-bagai kaedah atau cara yang biasa dilakukan oleh pemancing tempatan untuk menangkap sotong selain mencandat dan salah satunya ialah mengewang iaitu dengan menggunakan peralatan khas yang dinamakan candat.

Di dalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengikut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan di antaranya ialah

Jualan Ikan Kelisa

Tuesday, September 21, 2010 · 0 comments

Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon", adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil.

Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit
kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.

Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue) nama sainsnya Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah di Indonesia. Terdapat juga Ikan Kelisa Emas Indonesia ("Scleropages aureus") .

Ikan ini adalah ikan tempatan di Asia Tenggara, Ikan Kelisa Emas Malaysia mendiami sungai air hitam, sungai mengalir perlahan melalui paya dan tanah basah. Ikan dewasa memburu ikan lain sementara ikan anak memakan serangga.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ikan kelisa yang berbagai saiz dan jenis bolehlah menghubungi saya En. Khairul di FB http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000612583283&ref=ts

Kerapu

· 0 comments

Salam semua... Inilah ia rupa ikan kerapu seberat 400g yang dapat ku pancing pada petang semalam dengan berumpankan kepala ikan alu-alu, hihi nak masak apa erk petang ni dengan ikan ni, kari ke atau 3 rasa, hemmm... 3 rasa lah kut hihi...

Kerapu antara ikan yang agak mahal dan amat digemari kerana isinya yang enak serta boleh dipelbagaikan cara masakannya. Untuk menghasilkan

Goldfish

Thursday, September 9, 2010 · 2 comments

Salam semua... ikan pelik yang diberi nama goldfish berita yang di petik dari yahoo, kalaulah ikan ini warna merah sudah tentu ia diberi nama dengan Ferrarifish hihi... tengok dari segi rupa macam ikan Temoleh... agaknya kalau dijual berapa harganya ya... hmmm...
This just in from the "strange but probably true" files. Fisherman Raphael Biagini reeled in what is believed to be a 30-pound koi carp in France, where the fish are quite popular. The fish, a vivid orange, looks a great deal like a giant goldfish. The photo is several months old, but it's buzzing right now, thanks to an article from the U.K.'s Daily Mail.

Not surprisingly, Yahoo! searches on "giant goldfish" are currently soaring. However, it's important to remember that this guy only lookslike a super-size version of every child's first pet. And, for the record, Mr. Biagini, who has caught many a giant carp in his day, returned the orange fish to the water after having his photo taken.

[Video: Massive rabbit on the loose]Of course, some people may look at the photo and scream, "Fake!" And, indeed, the Web is full of stories of altered photos. However, from what we can tell, a fish this size and this color is possible. According to Ken Peterson, communications director at the Monterey Bay Aquarium, this isn't out of the realm of possibility. If a koi has the right amount of food and enough space to grow, he says, there's no telling how big they can get.
Indeed, koi carp have grown a lot bigger. John McCosker of the California Academy of Sciences points out that, according to FishBase.org, the largest koi on record weighed almost 90 pounds (like the orange fish, it was caught in France).
[Rewind: Whale jump crushes boat]While it is a bit odd that the fish doesn't appear to be struggling, McCosker explains that this kind of fish isn't among the most wild. And the fish's color, while striking, isn't all that unique. Check out this photo from a Japanese garden in Long Beach, Calif.
Still, there are those who don't believe the photo is real. Many commenters to the Daily Mail story point out that the fish appears to weigh much more than 30 pounds. One doubter writes that the fisherman is holding the fish the way somebody would hold a 1-pound package.

Ramadhan Bulan Zuhud, Bukan Bulan Bermewah

Saturday, August 21, 2010 · 2 comments

Kini kita berada dalam bulan mulia, bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Ramadhan yang pada Nya terdapat satu malam yang sungguh agung yang lebih baik dari seribu bulan, ramadhan juga merupakan bulanuntuk seseorang mensuci hati daripada kekotoran maksiat serta kealpaan, ianya merupakan bulan berkat, bulan yang awalnya rahmat pertengahanya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.

Ramadhan bulan ibadah, bulan kebajikan, bulan Al-Quran... bukan bulan untuk makan dan minum secara bermewah, bukan bulan untuk bersantai, bukan untuk tidur, bukan untuk berperap tanpa melakukan sebarang kerja ibadah...

Unitnya Kejadian Buah Kurma

Wednesday, August 18, 2010 · 5 comments

(Diceritakan oleh krew RTM) Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah-kisah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Marhaban Ya Romadhon

Wednesday, August 11, 2010 · 6 comments


Wahai... Sahabat-sahabat ku semua...

Meskipun wajah tak pernah bertatap...
Meskipun tangan tak pernah saling berjabat...
Hanya dengan sederet kata-kata...
Kami mohon maaf bila terselip khilaf...
Terguris luka dalam hati...
Terbetik pilu dalam tingkah...
Dan tersinggung rasa dalam kata-kata selama ini!!

Ramadhan nan suci ini...
Sucikan hati bersihkan diri...
Semoga Allah melimpahkan keberkahan di setiap langkah... Amin...

Salam ukhuwah selalu...

Memancing Ketam Nipah

Thursday, August 5, 2010 · 1 comments

Salam semua... beginilah suasana ketika memancing di bawah jambatan Paka Dungun Terengganu pada petang semalam... dikatakan juga di lokasi inilah terdapatnya banyak ikan siakap putih, siakap merah, kerapu, kuku, pari dan ketam nipah...

Ikan Siakap Merah

Friday, July 30, 2010 · 2 comments

Salam semua... aaa inilah ia rupa ikan Siakap Merah (ikan sungai gred A) yang dapat ku pancing pada pagi tadi dengan berumpankan kepala anak ikan selayang sahaja... hehe mesti best kalu dibuat masakan gulai kunyit, kari atau 3 rasa... hi... yum yum...







Ternakan Tilapia & Siakap

Saturday, July 24, 2010 · 2 comments

Salam semua... ini adalah Tilapia yang dimasukkan pada 5 bulan yang lepas iaitu pada bulan Febuari 2010 dan saya telah ceritakan dalam blog ini pada tajuk "Anak ikan Tilapia Pak Karim", dulu kedua-dua sangkar ikan Tilapia ini jumlah kemasukan anak-anak ikan ini 2000ekor, sekarang cuba lihat masih banyak lagi ikan-ikan Tilapia ini dan sekarang tibalah masanya untuk dijual pada bulan Ramadhan nanti... mesti laku punya kan... bayangkan lah jika ikan ini dimasak dengan masakkan Thai, stim, 3 rasa dan lain-lain... wow!!! mesti best punya... tambah-tambah lagi di bulan puasa nanti... peh...

Fahiz Hussin_Mabul Fin Blue Tuna

Friday, July 23, 2010 · 0 comments

Hargailah Isteri Anda

Sunday, July 18, 2010 · 0 comments

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah

Ikan Kerapu

Saturday, July 17, 2010 · 0 comments

Ikan Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang.

Harga pasaran ikan kerapu terkini ialah RM60-RM70/Kg. Suatu ketika dulu, ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik. Ramai lebih menggemari

Keajaiban Kalimah Allah

Thursday, July 8, 2010 · 3 comments

Assalamu'alaikum semua....
 
Cuba lihat titik pada kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan anda pada dinding kosong kalau boleh pada dinding kosong berwarna putih... kelip-kelipkan mata anda... lihatlah keajaibannya... Subhanallah... rasa sangat KAGUM dengan ilusi mata kurniaanNya ini...


ISRA’ MIKRAJ

Wednesday, July 7, 2010 · 0 comments

Peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad Sollallahhu'alaihiwasallam yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

10 Amalan Yang Terbalik

Tuesday, July 6, 2010 · 0 comments

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

Kisah Seorang Pakcik (Untuk Renungan Bersama)

Monday, July 5, 2010 · 0 comments

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel . Saya kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca.
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
Seorang Pak Cik berbual dengan saya setelah dia pulang dari demonstrasi anti-Yahudi sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

Lubuk Udang Galah & Hasilnya

Tuesday, June 29, 2010 · 2 comments

Salam semua, 26 Jun 2010 - kali ini Team Siakappaka telah menemui kawasan Lubuk Udang Galah yang baru dan terbaik punya, di mana tempat ini dikatakan agak banyak udang-udang besar berkeliaran di dalam sungai malah juga dikatakan tempat ini agak cantik, nyaman dan selesa untuk memancing udang.

Malangnya agak bermasalah sikit bagi pemancing-pemancing untuk sampai ke destinasi ini, bagi pemancing yang menaiki bot tiada masalah, tetapi yang menbimbangkan adalah bagi pemancing yang datang berjalan kaki, mereka terpaksa berjalan lebih kurang 300M dan meredahi kebun-kebun orang cina di mana kebun-kebun ini terdapat banyak anjing-anjing jagaan yang garang.

Bagi mereka yang berani sudah tentu tiada masalah dan apabila sampai ke destinasi pastilah akan menikmati tangkapan Udang Galah yang dikatakan agak berpuas hati. Di mana tempat ini? iaitu Sungai di belakang Sekolah Ren. Keb. Durian Mentangau Dungun Terengganu.

Jom lah pakat-pakat memancing di sini pasti best punya...


Alhamdulillah... sepanjang memancing di sungai ini dan melepasi sekawan anjing-anjing cina yang garang... inilah hasilnya... hehe... bro Hadi dengan tangkapannya yang terbesar...















Diikuti pula dengan bro Fairus dengan hasil tangkapan udangnya yang kedua terbesar...
















Dan seterusnya bro Stopa dengan udangnya... hehe... sebenarnya banyak lagi udang-udang yang kami dapat, yang ini sahaja yang sempat kami bergambar, yang lain tu kami tiada masa bergambar kerana masing-masing terlalu asyik dengan memancing...

Aaa... kepada pemancing-pemancing di luar sana apa lagi JOM LAA... Majulah sukan memancing untuk negara... hehe...

Aktiviti Memancing Udang Bermula Lagi & Hasilnya

Saturday, June 19, 2010 · 0 comments

Assalamu'alaikum semua... inilah suasana mula-mula sampai ke destinasi memancing udang galah lebih kurang dalam pukul 4.00pm pada 18 Jun 2010 semalam... di mana lagi kalau bukan di Lubuk Udang Galah terbesar di Sungai Durian Mentangau Dungun Terengganu...





Inilah tangkapan yang pertama... walaupun kecil tapi dah cukup puas dapat mamancing... bro Fairus














Aaa akhirnya... inilah dia tangkapan udang yang terbesar semalam yang berjaya ku daratkan dengan berumpankan hirisan jantung ayam...








Aku tunjukkan pula saiz udang ini dengan lebih dekat lagi... aaa kira besar lah juga kan... hehe... kepada semua kaki-kaki pancing di luar sana jom lah memancing udang di Sungai Durian Mentangau Dungun ni... lebih bagus jika dapat memancing menggunakan bot... pasti lagi banyak dapat udang galah ni.... bro Min







Seterusnya Pak Ripin pula berjaya menjerat lagi udang galah yang hanya tak sampai 20 minit selepas bro Fairus dan bro Min dengan berumpankan cacing...













Inilah rupa udang galah dengan lebih dekat lagi yang berjaya dipancing oleh Pok Ripin dan cara-cara memegangnya... perlu berhati-hati agar tidak disepit udang tersebut...








Seterusnya diikuti pula dengan tangkapan yang terakhir - Udang Galah lumpur... bro Hadi

Sebarau & Lampam

Wednesday, June 16, 2010 · 0 comments

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota adalah sejenis ikan yang terdapat di Malaysia dan merupakan ikan air tawar.

Ikan ini banyak tulang halus berbanding dengan ikan lampam manakala Lampam pula adalah spesies herbivor sama seperti ikan sebarau, dedak dan roti adalah umpan terbaik.

Walau bagaimanapun, aku pernah mendapat ikan ini menggunakan gewang yang menyerupai serangga dan anak ikan.

Aku juga pernah melihat ikan lampam yang besar mengejar anak-anak ikan.

Jadi ini juga merupakan berita baik untuk pemancing yang gemar menggunakan gewang.

Ikan lampam yang hidup di sungai kurang menggemari makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan berbanding ikan lampam yang hidup di kawasan air tenang.

Selain umpan biasa seperti dedak dan roti, kamu semua boleh mencuba hirisan buah kelapa sawit, cacing dan juga perut ayam.

Sekian... bro Stopa

Belukang pun Belukang laa

Friday, June 4, 2010 · 6 comments

Haha... salam semua... bangganya aku dapat si belukang ni... dah lama dah aku tinggalkan sangkar ikan aku ni... setiap kali memancing di sini jarang sekali aku dapat ikan walaupun belukang... setelah dapat bercuti lama... tibalah masanya untuk pulang ke kampung... setelah sampai di kampung, apa lagi terus aku tuju ke sangkar ikan ku...








Setibanya di sini cepat-cepat aku capai joran ku untuk memancing... terkejut aku melihat joran ku seperti disambar oleh sang siakap... last last aaa ini dia si belukang haha... kau orang teka lah berapa berat si belukang ni... tak apa lah janji puas dapat memancing dan janji puas dapat si belukang ni... belukang pun belukang laa... janji happy... amacam bro pancing semua... kalu bro nak ofer kita ni pergi mancing bersama... dialu-alukan pasti kita akan ikut punya haha...



bro Stopa...

Memancing Duri di pagi hari

· 0 comments

he... salam semua kepada pembaca blog siakapputih... hehe... tersenyum simpul pula bro Fairus ni... inilah aktiviti kami di waktu pagi-pagi lagi... sebelum bersarapan sempat lagi kami memancing... walaupun ikan yang kami dapat selalu jer ikan duri dan bukan ikan siakap, baung ke, kuku ke, tapah ke... aah tak kisah lah janji dapat daripada tak dapat... ker guana bro-bro pancing semua... asalkan dapat pegang joran dan memancing itu dah cukup puas bagi kami... hehe jom memancing... majulah sukan memancing untuk negara...

Siakapputih 1.4kg

Tuesday, June 1, 2010 · 0 comments

Salam semua... 28 MEI 2010 Berita mancing terbaru lagi... Hehe... kali ini bukan cerita mengenai ikan pancing, cuma aku nak berkongsi ilmu tentang ikan siakapputih peliharaan dan aku nak tunjuk sekali ikan siakapputih ini seberat 1.4kg untuk dijual kepada pembeli...

Aku terkejut dengan peningkatan pembesaran ikan siakapputih ini, pada asalnya ikan ini diambil seberat 900g seekor tak sampai sebulan ianya dah meningkat sebanyak 500g...

Kebiasaanya mengikut pengalamanku, jika dibagi makan ikan-ikan siakapputih ni dengan makanan baja 2 kali sehari iaitu pagi dan petang dalam masa sebulan ianya akan meningkat besar seberat 300g, tetapi kali ini ianya meningkat seberat 500g, wow... Alhamdulillah... kalaulah begini selalu rasa-rasa cepat kaya InsyaAllah...

Jadi kepada peternak-peternak ikan di luar sana, disyorkan bagi ikan makan dengan makanan baja 2 kali sehari pagi dan petang, dan setiap kali bagi pastikan ikan betul-betul kenyang sehingga ia tidak mahu lagi makan, dan untuk pengetahuan semua sekali lagi aku bagi tahu makanan baja ini adalah sisa-sisa ikan mentah yang boleh didapati daripada penjual-penjual ikan di pasar & penjual kerepok lekor... Sekian... bro Fairus

Ikan Air Tawar Terbesar

Wednesday, May 26, 2010 · 2 comments

Inilah ikan air tawar yang terbesar di dunia, namanya Arapaima, pirarucu, atau paiche (Arapaima gigas) yang berasal dari perairan daerah tropis Amerika Selatan. Ikan Arapaima dapat tumbuh maksima sepanjang 3 meter dan berat 200 kilogram. Sekarang ini sudah jarang terdapat arapaima yang berukuran lebih dari 2 meter kerana ikan ini sering ditangkapi untuk dikonsumsi penduduk atau dieksport ke negara lain.

Ikan ini dapat mencapai ukuran 5 meter dan dapat hidup di lingkungan yang kering dengan kadar oksigen yang sedikit. Lidah ikan ini sering dijadikan ampelas atau kikir untuk menghaluskan permukaan kayu. Keunikan lainnya pula apabila air di lingkungannya kering, ia akan menggulung menjadi bola dan membenamkan diri ke lubang sampai air kembali semula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets