background img

Pari Pelor

27 April 2011/23 J.Awal 1432H Jam 6.20pm, Pari Lalat 1.2kg yang berjaya ku pancing di lokasi Pelor, Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun, Terengganu.

Info: Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatis uarnak adalah sejenis ikan yang sedap dimakan dan terdapat di seluruh dunia. Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Taji ini yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan

Selamat Menyambut Hari Ibu / Happy Mother's Day

Timang tinggi-tinggi sampai puncak atap... Cepat tumbuh gigi nanti pandai baca kitab... Bagi seorang ibu anak adalah lambang kebahagian sebuah tangga. Rumah akan sunyi tanpa riuhan suara anak-anak... Bagi seorang ibu... rela nyawanya menjadi galang ganti asalkan anaknya selamat...





Seorang ibu sentiasa mendoakan kebahagian dan keselamatan anak-anaknya. Tiada seorang ibu yang normal mendoakan supaya kecelakaan menimpa anak-anaknya. Apakah kita sentiasa mendoakan untuknya. Apakah kita mengambil berat akan kebajikan ibu kita?... Mungkin ibu kita sudah di hujung usianya... Mungkin inilah waktunya kita kembalikan kasih sayang yang mungkin sedikit terlerai...

Ketika Nabi Muhammad SAW ditanya oleh sahabat siapa yang pantas lebih dahulu untuk dimuliakan dan dijunjung tinggi dalam kehidupan maka jawab Nabi “Ibumu“. Sahabat tanya lagi, kemudian siapa, Nabi menjawab, Ibumu. Sahabat tanya yang ketiga kalinya, kemudian siapa Ya Rasulallah. “Ibumu” kata Nabi. Lalu siapa, sahabat masih tanya lagi. “Ayahmu”, kata Nabi. Ya ibu disebutkan hingga 3 kali oleh Nabi Muhammad SAW betapa besarnya darjat ibu. Baru setelah itu disebutkan ayah yang pantas untuk dimuliakan.

Peranan seorang ibu ternyata sangat besar untuk kemajuan sebuah bangsa dan negara. Kerana dari rahim ibulah lahir generasi penerus yang akan menjadi tulang punggung maju tidaknya satu-satu bangsa ini. Maju tidak bangsa ini maka ibulah kuncinya. Ibu yang baik dan memberikan pendidikan yang baik bagi anaknya. Maka anaknya kelak akan menjadi anak yang berbakti dan siap menjadi generasi yang baik. Ibu yang baik akan melahirkan anak yang baik. Sebaliknya ibu yang tidak memberikan pendidikan yang optimal, maka alamat bangsa ini akan mengalami kehancuran. Padahal kita tahu sukses tidaknya sebuah bangsa ialah kerana peranan generasi penerusnya. Maka jika seorang ibu tidak memberi pendidikan akhlak yang mulia disamping pendidikan akademik. Maka tentu saja bangsa ini akan memiliki masa depan yang kelam. Maka dari itu, melalui hari ibu ini, marilah kita hormati ibu kita. Kita ingat semua jasa-jasanya terhadap diri dan bangsa ini. Selamat hari ibu, Terima kasih ibu


Md Hasim Muji.
Pejabat Bendahari
UiTM Terengganu
23000 Dungun,
Terengganu.
09-8400167

Pesta Mancing Teluk Lipat

Teluk Lipat, nama pantai yang terletak di daerah Dungun Terengganu, kalau dilihat pada waktu malam sudah tentu pemandangan di sini seperti pasar malam atau pesta kerana sepanjang Pantai Teluk Lipat yang berukuran lebih 15km ini disinari dengan cahaya api dan lampu yang dipasang oleh setiap pemancing yang memancing di pantai ini. Berduyong-duyong berpusu-pusu rakyat di Dungun dan di luar Dungun datang ke pantai ini untuk menikmati hasil tangkapan ikan Gelama dan buluh, ada yang bawa keluarga, kawan-kawan dan ada juga yang bermalam serta berkhemah untuk memancing sampai ke pagi.
Jom ramai-ramai ke sini, kita pakat mancing ikan Gelama, Buluh, Pari, Ebek, Talang. Kebanyakkan pemancing memperolehi ikan Gelama yang berukuran sebesar selipar saiz 7 dan 8 seberat 300-500g. Gambar menunjukkan jelas suasana keriuhan serta gelagat pemancing-pemancing dan keluarga menikmati aktiviti memancing, bagi sesiapa yang belum pernah memancing cubalah datang memancing di sini sudah tentu pemancing baru ini akan jadi gila memancing.

Mengabang Telipot

Mengabang Telipot, Pantai yang sentiasa dipenuhi oleh kaki-kaki pancing, terutama pada hari minggu. Persekitaran pantai ini amat cantik dan bersih, lihatlah keadaan air dan pantainya di sini, memang sesuai benar untuk bermandi-manda serta berkelah bersama keluarga di sini. Lokasi pantai ini terletak di negeri Terengganu daerah Kuala Terengganu berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail. Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengunjung dari luar untuk berkunjung ke sini. Selain itu di pantai ini juga terkenal dengan restoran makanan laut yang bercelup tepung. Contoh makanannya ialah Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung, Ketam Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung. Keropok lekor merupakan hidangan wajib yang disajikan di sini.

Pemandangan di sini amat menarik dengan gelagat pengunjung yang tidak putus-putus terutama pada hari minggu. Kebiasaanya perkelahan keluarga menjadi pilihan di pantai ini dan tidak terkecuali pelajar-pelajar dari institut pendidikan berdekatan turut juga memeriahkan suasana di pantai ini. Aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan. Gambar ini aku ambil dalam perjalanan pulang setelah selesai memancing di laut pada hari Ahad 1 May baru-baru ni, malangnya takapan tidak memberansangkan walaupun air lautnya cantik dan jernih tetapi di dalamnya sejuk dan tidak berarus, menyebabkan ikan-ikan jarang untuk memakan umpan, wal hasilnya hanya ikan remon sahaja yang dapat dibawa balik itu pun tidak banyak, tidak seperti sebelum ini kami memancing sehingga penuh satu tong ikan kami membawa pulang.

Blog List

Advertisement

Chat

Followers