Majlis Konvokesyen

November 18, 2013 by
Pada 16 Nov 2013 (Sabtu), saya hadir majlis konvokesyen para pelajar saya. Saya ucapkan ALHAMDULILLAH, TAHNIAH dan berbangga dengan kejayaan mereka.  Tetapi focus perbincangan saya di sini ialah analogi menunggu di majlis konvo ini dengan menunggu penghakiman Allah swt di akhirat.

Seramai lebih 300 graduan yang menerima skrol mereka pada Sidang ini daripada keseluruhan 1,000 lebih graduan untuk majlis konvokesyen selama 3 hari ini. Anda suka menunggu? – menunggu bini shopping, giliran di bank, dalam deretan kenderaan semasa kesesakan lalu lintas/di plaza tol, untuk masuk ke bilik rawatan di hospital/klinik. Saya yakin kebanyakan daripada kita tak suka menunggu. Sidang yang saya hadir ini berlangsung selama +- 3 jam (menunggu sebelum masuk dewan, berbaris untuk masuk ke dewan dan duduk dalam dewan). Setiap graduan
naik ke pentas seorang demi seorang apabila nama mereka dipanggil untuk menerima skrol masing-masing.  Semakin lama majlis berlangsung, saya lihat muka para hadirin menunjukkan kebosanan. Buktinya, bila pembaca nama graduan menyebut, “Dannnnnnnnnnnn……” sebelum menyebut nama graduan terakhir, terdengar ungkapan kelegaan secara spontan daripada para hadirin.

Dalam keadaan selesa dewan berhawa dingin, duduk, diselangi alunan lagu-lagu dan hanya 300 orang lebih pun kita dah bosan, inikan pula keadaan di akhirat, menunggu penghakiman Allah di padang Mahsyar. Dikhabarkan matahari sejengkal di atas kepala dan digenangi peluh manusia. Berapa lama tu? Tak tahulah tapi penghakiman tu bukan untuk 300 lebih orang tetapi untuk semua manusia. Bukan manusia di Ganung atau Malaysia saja tetapi untuk satu dunia. Bukan hanya dunia tahun 2013, manusia yang hidup semenjak nabi Allah Adam hingga Kiamat. Berapa ramai tu? Setiap orang pula berapa lama perbicaraannya? Allah swt kata setiap perlakuan walaupun sebesar zarah akan diambilkira. Berapa lama setiap seorang daripada kita hidup di dunia? Akan ada ulang tayangnya. Rasulullah saw kabo kepada kita – tidak akan berganjak kaki anak Adam di akhirat sehingga ditanya 4 perkara (tentang umur, ilmu, harta dan tubuh badan). Dalam surah As-Sajdah, ayat 5, Allah swt pula beritahu kita yang 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Allahuakbar!. Lepas sidang konvo selama 3 jam lebih, kita boleh balik rumah, tengok TV dan tidur/berehat. Lepas penghakiman Allah di akhirat, ke mana kita?

Mengingati ini semua, ber"hijrah"lah kita - baiki diri untuk bersedia menghadapi penghakiman Allah nanti. Jangan jadikan kita orang yang meruntuhkan Islam. Jangan kita jadi penyebab orang buat maksiat atau menjauhi Islam. Berusahalah kita untuk jadi antara 7 "VVIP" di akhirat Allah kerana sesungguhnya azab Allah amat pedih.
Sumber: Dr. Nazif

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog