Ikan Pari

Tuesday, April 27, 2010 · 4 comments

Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatis uarnak adalah sejenis ikan yang sedap dimakan dan terdapat diseluruh dunia.

Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa.

Ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.
Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles).

Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan.

Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."

Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk menyengat.

Spesies Pari
  1. Ikan Pari Lang
  2. Ikan Pari Kemenjan
  3. Ikan Pari Ekor Lembu
  4. Ikan Pari Tapir
  5. Ikan Pari Hantu
  6. Ikan Pari Sarban
  7. Ikan Pari Kebas
  8. Ikan Pari Nyonya
  9. Ikan Pari Daun
  10. Ikan Pari Benting
  11. Ikan Pari Pasir
  12. Ikan Pari Harimau

Ikan Patin

· 2 comments

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan.

Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
  1. Patin kolam
  2. Patin Sungai (Patin buah, Patin Mucung, Patin Juara)
Industri
Ikan patin sangkar dijual pada harga RM14 sekilo disekitar daerah Temerloh dan daerah Bera dan Ikan patin sungai harganya boleh mencecah RM180 sekilo

Ikan Tapah Seberat 80kg

Monday, April 26, 2010 · 0 comments

Tips-Tips Casting Dari Teamlempayun

Wednesday, April 21, 2010 · 0 comments

Sambaran hanya 5 kaki dari belakang enjin. Memang terkejut gila. larian padu ke sekitar lubuk benar-benar mencemaskan.

Casting memang lebih sporty kerana banyak melibatkan pergerakkan tubuh badan secara aktif. Ia secara tidak langsung menjadi senaman yang baik untuk fizikal dan mental. Cabaran dan keseronokkan yang menjadi habuan dalam kaedah ini sentiasa menjadi booster, apalagi yang diharapkan selain sambaran padu dari pemangsa.

Gewang yang macam manakah ikan siakap putih & siakap merah paling gemari?
lempayun: salam bro.saya rasa tuan lebih arif dengan siakap nih,sama ada mencari sarangnya mahupun menjebaknya.sebenarnya siakap bukanlah memilih warna gewang, warna tu kadang2 hanya menarik perhatian vision
lempayun: kita sahaja. Siakap lebih suka dengan lenggok renangan gewang.selalunya saya akan mengarau gewang seperlahan yang boleh.lagi slow,lagi bagus.gewang pula,jika lubuk dalam,saya guna selaman dalam.
lempayun: Begitulah sebaliknya.warna pula, selalunya untuk sungai yang berair hitam, saya suka gunakan warna terang dan menyerlah.manakala air jernih,saya suka warna semulajadi.warna menyerlah juga berkesan dalam air
lempayun: yang agak keruh.gewang kesukaan spt rapala, halco, tilsan,namun gewang murah juga mampu memikat siakap.apa yg penting, lubuk tu memang ada siakap.pastu, bergantung kpd kreativiti kita semasa mempersembahkan gewang. Selebihnya, rezeki dah ditentukanNya. Salam...

http://teamlempayun.blogspot.com/

Temoleh kecundang di Sungai Lipis

Monday, April 19, 2010 · 0 comments

January 01, 2010 — Satu geng memancing sempat memancing di sebuah sungai berhampiran Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. Hasilnya seekor ikan temelian@temoleh berjaya didaratkan. Difahamkan ia seberat 18 -20kg.



Aku terpukau dengan video ini so aku ambil lah untuk tontonan semua... Selamat menonton...

Siakapputih 10.5kg Teamlempayun

Sunday, April 18, 2010 · 0 comments

10.5 kg, menjadi rekod peribadi Juan dan sekaligus mengharumkan nama teamlempayun. Diharap, ada lagi tangkapan yang lebih besar dari para pengilat.Tahniah!
http://teamlempayun.blogspot.com/

Ilmu paling utama adalah mengenal ALLAH dan RasulNya

Wednesday, April 14, 2010 · 1 comments

Ilmu paling utama adalah mengenal ALLAH dan RasulNya…

Dewasa kini ramai yang seolah-olah meremehkan ilmu mengenal ALLAH dan Rasul, kononnya kerana itu adalah ilmu bagi kanak-kanak sahaja sedangkan dirinya sendiri tidak mengetahuinya, malangnya dia merasakan dirinya di atas rupa-rupanya masih ketinggalan di bawah.

ALLAH telah berfirman di dalam surah Muhammad ayat 19 yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH.” Di dalam ayat ini merupakan satu perintah agar mempelajari ilmu tauhid iaitu mengenal ALLAH.

Rasulullah pernah ditanya: Apakah amalan yang paling terbaik? Baginda menjawab: “Iman kepada ALLAH dan RasulNya.”, riwayat Bukhari. Ini kerana amalan-amalan soleh tidak akan diterima sama sekali oleh ALLAH tanpa beriman kepada ALLAH dan RasulNya.

Imam Ghazali pernah berkata: “Tidak sah ibadah seseorang itu kecuali selepas dia mengenal Tuhan yang berhak di sembah.” Ini bererti bahawa sesiapa yang bukan hanya tidak mengenal ALLAH bahkan menyamakan dan menyerupakan ALLAH dengan makhlukNya seperti mengatakan ALLAH itu adalah cahaya lampu atau mengatakan ALLAH duduk di atas arash atau mengatakan salah-satu sifatNya adalah sama seperti makhluk maka orang yang sebegini dia telah menyembah sesuatu yang dia khayal maka di kira musyrik.

Diriwayat oleh Ibnu Majah bahawa seorang sahabat Jundub Bin Abdullah telah menyatakan, “Ketika kami kecil, kami mempelajari keimanan dahulu sebelum mempelajari Al-Quran, kemudian kami baru mempelajari Al-Quran maka bertambahlah iman kami.”

Imam Baihaqi dalam Manaqib Assyafie meriwayatkan dari Imam Syafie bahawa telah mengatakan: “Kami mendahului ilmu tauhid dahulu sebelum ilmu fekah”.

Berkata pula Imam Abu Hanifah: “Ketahuilah sesungguhnya mendalami ilmu tauhid lebih afdhal dari mendalami ilmu hukum-hakam.” Ini tidak bermakna ilmu hukum-hakam tidak perlu dipelajari akan tetapi kata-kata Imam Abu Hanifah menerangkan bahawa ilmu tauhid teramatlah penting.

Telah berkata imam kita Imam Abu Hasan Al-Ash’ary: “Perkara pertama wajib dipelajari oleh seorang hamba itu adalah ilmu mengenal ALLAH, Rasul dan AgamaNya.

Baitul Iman Dungun….

Tips Mancing Udang Galah Atas Bot

Tuesday, April 13, 2010 · 0 comments

Assalamu'alaikum, Aaa... bertemu lagi kita dalam slot pancing udang galah lagi... sekarang ni group Siakappaka asyik sibuk dengan memancing udang... Jadi, apa yang kami dapat... itulah yang kami nak kongsikan bersama anda semua.

Sabor jer laa... bagi mereka yang gemar dan tak sabar-sabar melihat udang galah, pun dinasihatkan juga saborr-saborr jer lahhh... Tengok-tengok dan baca jer la jawabnyerr... hehe... Aaa.. disamping tu, aku beritahulah juga cara-cara memancing udang galah di atas bot.

Perkara utama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya enjin sangkut 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan lampu kalimantang atau lampu ayam. Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang (yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan di dalam peti sejuk, bagi memastikan kesegarannya).

1. Untuk memancing di atas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12-16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2-3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dengan melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Peringatan:
1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan seperti daging di kawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

"SELAMAT MEMANCING UDANG GALAH DI ATAS BOT"

Mencari Lubuk Udang Galah

Monday, April 12, 2010 · 0 comments

Assalamu'alaikum semua... aku cerita lagi sambungan daripada tips-tips memancing udang galah ni... seterusnya...

Mencari Lubuk:
1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

Panduan:
1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4, 5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.

"SELAMAT MEMANCING UDANG GALAH"

Pancing Udang Galah Lagi

· 0 comments

Salam semua... ini udang galah yang ke berapa puluh tak tau lah, milik Mr. Zeman yang berjaya dipancing di perairan Sungai Durian Mentangau Dungun Terengganu ni...

Di kesempatan ini... aku sambung balik tentang tip-tips memancing udang galah ni...

Makluman:
1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

"SELAMAT MEMANCING UDANG GALAH"

Peralatan & Umpan Udang Galah

Friday, April 9, 2010 · 0 comments

Assalamu'alaikum semua... Pak Ripin dan Bro Zeman sempat lagi bergambar dengan udang galah mereka, walaupun hujan, aktiviti memancing udang galah ini mesti diteruskan juga... kerana ketagihan yang melampau pada isi udang galah tersebut...

Tu lah... berapa kali aku dah kata dah... jom pancing udang, jom pancing udang dekat Sungai Durian Mentangau Dungun ni... kau orang tak nak datang... kat sini berlambak-lambak udang bermain... asalkan kena dengan umpan dan kailnya...

Dikesempatan ini, ingin aku memberitahu tips-tips memancing udang dengan betul...

Peralatan:
1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
2. Tali Utama seeloknya antara 10-15 paun manakala perambut pula antara 6-8paun.
3. Saiz batu ladung kebiasaannya no: 5-6. Saiz batu ladung yang kecil(no: 4) boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7-10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri. Tapi bagi aku, aku suka mata kail saiz no. 4 ceracak.

Umpan:
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

"SELAMAT MEMANCING UDANG GALAH"

Info mengenai ikan Kelisa

Thursday, April 8, 2010 · 3 comments

Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil.

Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit
kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.

Kelakuan: Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor. Mereka pandai melompat, dan banyak yang mencari makan berhampiran permukaan air.

Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue) nama sainsnya Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah di Indonesia. Terdapat juga Ikan Kelisa Emas Indonesia ("Scleropages aureus") .

Ikan ini adalah tempatan di Asia Tenggara, Ikan Kelisa Emas Malaysia mendiami sungai air hitam, sungai mengalir perlahan melalui paya dan tanah basah. Ikan dewasa memburu ikan lain sementara ikan anak memakan serangga.

Ikan akuarium popular ini memiliki kepentingan budaya di kawasan yang dipengaruhi budaya Cina. Nama ikan naga berasal dari persamaan mereka dengan naga Cina. Kemashuran ini mempunyai kesan positif dan negetif pada status mereka sebagai spesies terancam.

Evolusi dan taxonomi: Sebagaimana semua ahli Osteoglossidae, Ikan Kelisa Emas Malaysia mudah sesuai dengan air tawar dan tidak mampu hidup dalam laut. Dengan itu taburan mereka dikebanyakan pulau di Asia Tenggara mencadangkan mereka berpisah dari osteoglossid lain sebelum pergerakan plat tektonik sempurna.

Kajian genetik telah mengesahkan hipothesis ini, menunjukkan bahawa leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia berasal dari leluhur ikan kelisa Australia, S.jardinii dan S. leichardti, sekitar 140 juta tahun dahulu, semasa tempoh Awal Kretaceous.

Perpecahan ini berlaku di pinggir timur Gondwanaland, dengan leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia di bawa pada benua India atau tanah lebih kecil ke Asia. Persamaan morphologi bagi kesemua spesies Scleropages menunjukkan hanya sedikit perubahan evolusi berlaku baru-abru ini bagi ikan kuno ini.

Gambaran pertama bagi spesies ini diterbitkan antara 1839 dan 1844 (1844 merupakan tarikh biasa disebut) oleh sejarahwan semulajadi Jerman Salomon Müller dan Hermann Schlegel, di bawah nama Osteoglossum formosum, sungguhpun spesies ini diletakkan dalam Scleropages dengan nama S. formosus.

Super red arowana in a public aquarium. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Rancangan Agrotek di RTM 1 yang ditayangkan pada hari Sabtu 27 Februari 2010, pukul 6.30 hingga 7.00 pm, Ikan Arowana ataupun Ikan Kelisa Emas Malaysia yang diternak di dalam Tasik Bukit Merah, Perak merupakan spesies ikan Arowana yang termahal didunia.

Ikan Kelisa Emas amat popular dikalangan pengemar ikan. Sebagai ikan perhiasan, ikan Kelisa Emas mempunyai keistimewaan kerana pergeraknya yang indah mempesona. Selain itu susunan sisiknya yang besar dan berkilat merupakan daya pemikat yang istimewa dari ikan hiasan ini.

Info Ikan Haruan

Wednesday, April 7, 2010 · 0 comments

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor.

Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara.

Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.

Kenali Ikan Toman

· 0 comments

Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Di Indonesia ikan ini banyak didapati di kawasan pertanian khususnya daerah Sumatera (kebun-kebun kelapa sawit), dan banyak diberitakan ikan ini suka menggigit manusia.

Anak Ikan Toman sepanjang 2 cm. Ketika kecil, ia bewarna kemerah-merahan.

Anak ikan Toman sepanjang 9 cm berbanding siling 18.5mm.

Info Ikan Baung

· 0 comments

Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp, adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg.

Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang. Satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau menggunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam.

Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah memancing ikan ini dengan sabun. Rasa ikan baung ini tidak ada bandingannya apalagi selepas dibakar atau dipesmol (acar kuning).

Gambar rajah ikan di bawah adalah Ikan Baung Pisang merupakan ikan air tawar, nama sainsnya Bagarius negricep, diet utamanya adalah anak-anak ikan, udang dan serangga kecil.

Utusan Pertama Bertemu Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam

· 0 comments

UTUSAN PERTAMA BERTEMU RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam

Dalam keadaan dan suasana pahit yang dihadapi oleh Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dan para sahabat baginda, satu perutusan dari luar Makkah telah datang menemui Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dengan tujuan hendak mempelajari Islam secara dekat.

Perutusan seramai 12 orang itu adalah penganut agama Nasrani dari Negeri Habsyah yang telah mengiringi Jaafar bin Abi Talib sekembalinya dari Habsyah selepas peristiwa hijrah yang pertama.

Apabila mereka bersemuka dengan Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dan melihat budi pekerti serta tingkah laku baginda di samping mendengar beberapa potongan ayat al-Quran, tanpa berlengah mereka lagi mereka terus memeluk agama Islam.

Apabila berita ini sampai kepada Abu Jahal, ia meluru datang menemui perutusan tadi sambil berkata, "Belum pernah kami melihat perutusan yang dungu seperti kamu. Kamu dikirim untuk menyiasat berkenaan orang ini (Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam), belum sempat kamu meletak punggung ke lantai, kamu sudah beriman dengannya".

Serentak perutusan itu menjawab, "Selamatlah kamu, kami tidak mahu mengikut jejak langkah kamu. Kami mempunyai pendirian kami sendiri, dan ikutlah apa yang kamu mahu, kami tidak mahu melepaskan peluang kebajikan ini".

USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA
UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313

Funny Fishing... HaHa...

· 0 comments



Info Udang Galah

Monday, April 5, 2010 · 0 comments

Salam semua... berita gempak datang lagi... berita mengenai udang galah milik Bro Hadi... Boleh dikatakan udang galah seberat 300-500g yang berjaya dipancing di perairan Sungai Durian Mentangau Dungun Terengganu...

Dikatakan lagi di sini lah lubuk udang galah yang terbesar dan yang terpopulerrr skali di mana-mana sungai yang terdapat di Dungun ini...

Alang-alang tu aku sertakan info mengenai udang galah: Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2010).

Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi.

Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar).

Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah.

Terdapat juga program pembangunan pertanian kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies tumpuan untuk dimajukan.

Malah ada daerah yang telah memilih spesies ini sebagai maskot atau produk utama pengeluaran di daerah masing-masing.

Sebuah ladang akuakultur yang terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang penternakan udang galah untuk pasaran tempatan dan eksport. Udang galah juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia.

Tilapia

· 2 comments

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah.
Antara ikan tilapia adalah:
1.Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus).
2.Tilapia Merah (Oreochromis niloticus)
3.Tilapia Biru (Oreochromis aureus)

Akuakultur:
Tilapia telah menjadi ikan ketiga penting selepas karp dan salmonid, dengan pengeluaran mencecah 1,505,804 tan metri pada 2002. Disebabkan saiznya yang besar, pertumbuhan pantas, dan rasanya, sejumlah tilapiine cichlid merupakan tumpuan bagi usaha akuakultur utama, terutamanya pelbagai spesies Oreochromis, Sarotherodon, dan Tilapia, kesemuanya secara tidak rasmi dikenali sebagai tilapia. Sebagaimana ikan besar lain, ia merupakan sumber portin yang baik dan merupakan sasaran popular bagi penangkapan nelayan kecil dan perdagangan. Pada asalnya, kebanyakan penangkapan ikan tersebut adalah di Afrika, tetapi perlepasan tilapia secara sengaja atau tidak sengaja dibeberapa tasik air tawar di Asia telah mendorong kepada projek akuakultur di negeri dengan iklim serdahana seperi ASEAM. Di zon serdahana tempatan, operasi penternakan tilapiine memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika yang diperlukan tilapia. Satu kaedah termasuk memanaskan air dengan menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.

Ternakan Ikan Tilapia

Memancing siakapputih 1.3kg

Saturday, April 3, 2010 · 1 comments

Assalamu'alaikum... hari ni nak kongsi cerita sikit... cerita pasal memancing la pasal apa lagi... Jeng jeng... Sari berita penting... Semalam... Jumaat 02 April 2010... dua orang remaja... ops... silap jejaka... Telah berjaya menawan 2 ekor siakapputih seberat 1.3kg dan seekor lagi 1.2kg di Sungai Paka Dungun Terengganu... dengan berbekalkan umpan udang hidup sebanyak 45 ekor...

Aaa ni lah aktiviti kami di hujung minggu ni... time-time cuti macam ni lah kami menguruskan dan mengemaskini sangkar ikan kami... sambil mengemaskini sangkar ikan... sambil itu juga lah kami turut serta memancing... Fuh... best pancing kat sini waa cakap luu... dah bermacam-macam ikan da kami dapat... yang ni jer kita orang nak posing lebih sikit... hehe... Kami mula memancing dari pukul 9.30am hingga pukul 7.00pm...

Aaa... jangan plak kata kita ni ponteng sembahyang Jumaat... kita orang sembahyang tau... Rest pukul 01.00pm untuk pergi solat Jumaat... kita orang sambung balik pada pukul 3.00pm... Aaa...
time ni lah kita orang dapat siakapputih tu... cukup laa bleh bawa balik sorang satu yang besar... tak laa kepunang sangat...

So... apa lagi... bagi mereka di luar sana tu... tak nak ker memancing kat sini... jom laa pancing ikan siakap kat sini... yang tu kecik jer kami dapat... ada lagi yang lebih besorrr... orang lain yang dapat... hehe... Jom! pakat-pakat pancing Siakap di Sungai Paka... Jom.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets