Pari Paka

November 08, 2013 by

Dasyatis uarnak adalah nama saintifik spesis ini yang sedap dimakan terutamanya dengan masakan kari, lemak cili padi dan asam pedas yum yum. Ekor spesis ini terdapat taji yang diselitupi racun berbisa, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Taji ini yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

Sebahagian besar racun pada tajinya adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan dan boleh mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk
mempertahankan diri.
Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Jika dah dapat pari ini cara mudah dan selamat untuk membuang tajinya dengan terbalikkan ia kemudian pegang ekornya dengan berhati-hati dan patahkan tajinya.

Ikan: Pari Lalat
Total: 2.5kg
Photo 1: 1.4kg
Photo 2 kiri: 1.1kg
Masa; Air pasang
Umpan: Udang hidup
Lokasi: Sungai Kampung Tebing Tembah Paka (Pelor)
Pemancing: Amer

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog