Blogs Fishing

Saturday, May 21, 2016

Candat Sotong 2016

Musim candat sotong biasanya akan bermula selepas angin monson di Pantai Timur berakhir sekitar bulan April ke atas 2016. Bulan April, Mei dan June 2016 adalah bulan terbaik untuk mencandat sotong terutamanya 3 hari ganjil di pertengahan bulan Islam iaitu 13, 15 & 17.
Mulai bulan April 2016 aktiviti cadat sotong sudah pun bermula oleh nelayan tempatan dan kebiasaannya aktiviti ini berterusan selepas Raya Aidilfitri sehingga datangnya semula
angin monson pantai timur.
Gambar menunjukkan aktiviti bersama mencandat sotong antara group Infotech UiTM dan Teliti Infotech Sdn. Bhd. pada 18-19 Mei baru-baru ini di lokasi perairan laut Kemaman Terengganu.

Friday, May 6, 2016

Akidah Israk Mikraj

Mi'raj Nabi Muhammad naik ke atas Sidratul Muntaha TIDAK bererti Allah bertempat di atas Sidratul Muntaha. Maha Suci Allah... Allah Ta'ala Wujud TANPA Bertempat, TIDAK Berjirim, TIDAK Berjisim
Di atas Sidratul Muntaha baginda Nabi mendengar kalam Allah tanpa perantaraan Jibril lalu difardhukan Solat. Nabi Musa juga mendengar kalam Allah yg bukan huruf, suara dan tidak berbahasa itu ketika itu Nabi Musa berada di Gunung Tur Sina maka tidak juga bererti Allah bertempat di gunung Tur Sina.. Nabi Adam mendengar kalam Allah ketika itu Nabi Adam berada dalam syurga maka tidak bererti Allah duduk dalam syurga.
Siapa yg beranggapan Nabi Muhammad naik ke atas Sidrarul Muntaha utk melihat Allah yg berada/bertempat di situ.. maka dia telah tersasar lagi sesat krn tiada satupun dalil Quran dan Hadith Sahih yg menyatakan sedemikian serta dia telah menyamakan Allah dengan makhluk.
- tazkirah Subuh akidah israk mikraj -