Lubuk Udang Galah & Hasilnya

Tuesday, June 29, 2010 · 2 comments

Salam semua, 26 Jun 2010 - kali ini Team Siakappaka telah menemui kawasan Lubuk Udang Galah yang baru dan terbaik punya, di mana tempat ini dikatakan agak banyak udang-udang besar berkeliaran di dalam sungai malah juga dikatakan tempat ini agak cantik, nyaman dan selesa untuk memancing udang.

Malangnya agak bermasalah sikit bagi pemancing-pemancing untuk sampai ke destinasi ini, bagi pemancing yang menaiki bot tiada masalah, tetapi yang menbimbangkan adalah bagi pemancing yang datang berjalan kaki, mereka terpaksa berjalan lebih kurang 300M dan meredahi kebun-kebun orang cina di mana kebun-kebun ini terdapat banyak anjing-anjing jagaan yang garang.

Bagi mereka yang berani sudah tentu tiada masalah dan apabila sampai ke destinasi pastilah akan menikmati tangkapan Udang Galah yang dikatakan agak berpuas hati. Di mana tempat ini? iaitu Sungai di belakang Sekolah Ren. Keb. Durian Mentangau Dungun Terengganu.

Jom lah pakat-pakat memancing di sini pasti best punya...


Alhamdulillah... sepanjang memancing di sungai ini dan melepasi sekawan anjing-anjing cina yang garang... inilah hasilnya... hehe... bro Hadi dengan tangkapannya yang terbesar...















Diikuti pula dengan bro Fairus dengan hasil tangkapan udangnya yang kedua terbesar...
















Dan seterusnya bro Stopa dengan udangnya... hehe... sebenarnya banyak lagi udang-udang yang kami dapat, yang ini sahaja yang sempat kami bergambar, yang lain tu kami tiada masa bergambar kerana masing-masing terlalu asyik dengan memancing...

Aaa... kepada pemancing-pemancing di luar sana apa lagi JOM LAA... Majulah sukan memancing untuk negara... hehe...

Aktiviti Memancing Udang Bermula Lagi & Hasilnya

Saturday, June 19, 2010 · 0 comments

Assalamu'alaikum semua... inilah suasana mula-mula sampai ke destinasi memancing udang galah lebih kurang dalam pukul 4.00pm pada 18 Jun 2010 semalam... di mana lagi kalau bukan di Lubuk Udang Galah terbesar di Sungai Durian Mentangau Dungun Terengganu...





Inilah tangkapan yang pertama... walaupun kecil tapi dah cukup puas dapat mamancing... bro Fairus














Aaa akhirnya... inilah dia tangkapan udang yang terbesar semalam yang berjaya ku daratkan dengan berumpankan hirisan jantung ayam...








Aku tunjukkan pula saiz udang ini dengan lebih dekat lagi... aaa kira besar lah juga kan... hehe... kepada semua kaki-kaki pancing di luar sana jom lah memancing udang di Sungai Durian Mentangau Dungun ni... lebih bagus jika dapat memancing menggunakan bot... pasti lagi banyak dapat udang galah ni.... bro Min







Seterusnya Pak Ripin pula berjaya menjerat lagi udang galah yang hanya tak sampai 20 minit selepas bro Fairus dan bro Min dengan berumpankan cacing...













Inilah rupa udang galah dengan lebih dekat lagi yang berjaya dipancing oleh Pok Ripin dan cara-cara memegangnya... perlu berhati-hati agar tidak disepit udang tersebut...








Seterusnya diikuti pula dengan tangkapan yang terakhir - Udang Galah lumpur... bro Hadi

Sebarau & Lampam

Wednesday, June 16, 2010 · 0 comments

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota adalah sejenis ikan yang terdapat di Malaysia dan merupakan ikan air tawar.

Ikan ini banyak tulang halus berbanding dengan ikan lampam manakala Lampam pula adalah spesies herbivor sama seperti ikan sebarau, dedak dan roti adalah umpan terbaik.

Walau bagaimanapun, aku pernah mendapat ikan ini menggunakan gewang yang menyerupai serangga dan anak ikan.

Aku juga pernah melihat ikan lampam yang besar mengejar anak-anak ikan.

Jadi ini juga merupakan berita baik untuk pemancing yang gemar menggunakan gewang.

Ikan lampam yang hidup di sungai kurang menggemari makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan berbanding ikan lampam yang hidup di kawasan air tenang.

Selain umpan biasa seperti dedak dan roti, kamu semua boleh mencuba hirisan buah kelapa sawit, cacing dan juga perut ayam.

Sekian... bro Stopa

Belukang pun Belukang laa

Friday, June 4, 2010 · 6 comments

Haha... salam semua... bangganya aku dapat si belukang ni... dah lama dah aku tinggalkan sangkar ikan aku ni... setiap kali memancing di sini jarang sekali aku dapat ikan walaupun belukang... setelah dapat bercuti lama... tibalah masanya untuk pulang ke kampung... setelah sampai di kampung, apa lagi terus aku tuju ke sangkar ikan ku...








Setibanya di sini cepat-cepat aku capai joran ku untuk memancing... terkejut aku melihat joran ku seperti disambar oleh sang siakap... last last aaa ini dia si belukang haha... kau orang teka lah berapa berat si belukang ni... tak apa lah janji puas dapat memancing dan janji puas dapat si belukang ni... belukang pun belukang laa... janji happy... amacam bro pancing semua... kalu bro nak ofer kita ni pergi mancing bersama... dialu-alukan pasti kita akan ikut punya haha...



bro Stopa...

Memancing Duri di pagi hari

· 0 comments

he... salam semua kepada pembaca blog siakapputih... hehe... tersenyum simpul pula bro Fairus ni... inilah aktiviti kami di waktu pagi-pagi lagi... sebelum bersarapan sempat lagi kami memancing... walaupun ikan yang kami dapat selalu jer ikan duri dan bukan ikan siakap, baung ke, kuku ke, tapah ke... aah tak kisah lah janji dapat daripada tak dapat... ker guana bro-bro pancing semua... asalkan dapat pegang joran dan memancing itu dah cukup puas bagi kami... hehe jom memancing... majulah sukan memancing untuk negara...

Siakapputih 1.4kg

Tuesday, June 1, 2010 · 0 comments

Salam semua... 28 MEI 2010 Berita mancing terbaru lagi... Hehe... kali ini bukan cerita mengenai ikan pancing, cuma aku nak berkongsi ilmu tentang ikan siakapputih peliharaan dan aku nak tunjuk sekali ikan siakapputih ini seberat 1.4kg untuk dijual kepada pembeli...

Aku terkejut dengan peningkatan pembesaran ikan siakapputih ini, pada asalnya ikan ini diambil seberat 900g seekor tak sampai sebulan ianya dah meningkat sebanyak 500g...

Kebiasaanya mengikut pengalamanku, jika dibagi makan ikan-ikan siakapputih ni dengan makanan baja 2 kali sehari iaitu pagi dan petang dalam masa sebulan ianya akan meningkat besar seberat 300g, tetapi kali ini ianya meningkat seberat 500g, wow... Alhamdulillah... kalaulah begini selalu rasa-rasa cepat kaya InsyaAllah...

Jadi kepada peternak-peternak ikan di luar sana, disyorkan bagi ikan makan dengan makanan baja 2 kali sehari pagi dan petang, dan setiap kali bagi pastikan ikan betul-betul kenyang sehingga ia tidak mahu lagi makan, dan untuk pengetahuan semua sekali lagi aku bagi tahu makanan baja ini adalah sisa-sisa ikan mentah yang boleh didapati daripada penjual-penjual ikan di pasar & penjual kerepok lekor... Sekian... bro Fairus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets