Blogs Fishing

Monday, June 25, 2012

Cara Duduk Rasulullah


Untuk Pengetahuan Am Sahaja PENJELASANNYA ARTIKEL

1) Duduk Bersila.
~ Duduk ini dilakukan dengan cara menyilangkan kedua kaki yang berada dalam posisi rebah dan terlipat, sehingga persilangannya ada di antara kedua betis. ~ Rasulullah SAW pernah duduk bersila dari setelah selesai sholat subuh, hingga terbit matahari;

Thursday, June 14, 2012

Jangan Terlalu Sombong

"Jangan Terlalu Sombong" kebanyakkan kita hanya fokus sombong pada manusia,bagi yang bersifat ramah dan mesra semestinya dia tidak sombong pada rakan-rakan yang lain dan dia menyangkakan dia terlepas daripada ungkapan ini, tapi sedarkah kita kebanyakkan manusia pada hari ini banyak yang sombong pada Allah Ta'ala, salah satunya kita sengaja lupakan diri untuk

Saturday, June 9, 2012

Candat Sotong

8 Jun 2012 Jumaat, trip siakappaka kali ini ialah mencandat sotong di perairan laut Pulau Bidong Kuala Terengganu antara yang terlibat ialah Pak Ripin, Zeman, Mamat, Kamarol, Hadi, Khairi, Hazamin dan juragam Pak Ali. Kami mula bertolak dari Dungun sekitar jam 3.00pm, tiba di pengkalan Pantai Mengabang Telipot Kuala Terengganu pada jam 4.30pm.
Kami mula menaiki bot dan bertolak dari Pantai Mengabang Telipot tepat jam 5.00pm menuju ke destinasi mencandat sotong yang perjalanannya sejauh hampir 30km dan mengambil masa hampir 1jam. Apabila sampai ke destinasi pada jam kira-kira 6.00pm, belum sempat melabuhkan sauh kami telah berjaya menaikkan beberapa ekor sotong, sotong demi sotong yang berjaya kami naikkan menunjukkan lokasi yang kami pergi ini kena pada kawasan lubuk atau telur sotong sehingga membuatkan kami lansung tidak berpindah tempat, cukup dengan hanya tempat ini sahaja untuk mencandat sehinggakan pula ramai bot-bot yang lain menghampiri bot kami untuk menumpang rezeki sotong juga.
Alhamdulillah, hasil yang dikatakan memuaskan dan membuatkan hati kami ini gembira dan berpuas hati. Ketika sedang asyik mencandat sotong tiba-tiba berlaku pula perkara yang tidak diingini sekitar jam 9.30pm iaitu bot yang kami naiki mulai bocor di bahagian belakang akibat dipukul arus dan ombak yang kuat sehingga memaksakan kami semua beredar pulang dengan segera.

Kalau nak diikutkan, plan kami selepas jam 12.00 malam, kebiasaannya air laut mulai lembut dan tenang pada musim sekarang ini, dan pada masa inilah aktiviti mencandat sotong perlu diteruskan beserta memancing ikan sehingga ke pagi, Alhamdulillah... kami tetap bersyukur kerana selamat sampai juga ke darat beserta dengan hasil tangkapan sotong yang agak memuaskan. InsyaAllah... ada umur, ada masa, ada rezeki, perairan laut Pulau Bidong akan kami kunjungi lagi...