Anak ikan Tilapia Pak Karim

Friday, February 26, 2010 ·

Salam semua...
Ini adalah anak ikan Tilapia milik sifu aku Pak Karim namanya... Beliau telah memasukkan 2000 ekor anak ikan Tilapia di kedua-dua sangkarnya, sangkar A 1000 ekor dan sangkar B 1000 ekor... satu ekor anak ikan Tilapia ini berharga RM1 (ini sekali dengan harga tambang)...

Tungguuuu... bila dah besar nanti seberat 1kg harganya RM10... ia murah sikit daripada ikan siakapputih di mana ikan siakapputih 1kg harganya RM16.00...ini harga pasaran di Dungun Terengganu... kata Pak Karim ni "alaa buat main-main jer boring doh bela ikan kakap putih"...

Walaupun buat main-main jer, cuba kita buat kiraan kasar katakan sangkar A ikan mati sebanyak 400 ekor tinggal 600 ekor lagi yang hidup, bila sampai masa cukup beratnya bolehlah dijual, katakan 1 ekor beratnya 1kg, aaa berapa, cuba kira semua sekali RM6000... itu kalau beratnya 1kg, kalau 2kg 3kg berapa plak... hish... kaya juga tu... fikir-fikirkan lah...

Link Video

Renovate Sangkar Siakapputih

·


- More free videos are here

Hai... salam semua...
Mmm... apa lah 3 orang mamat ni tengah buat...
Pandai ke tak pandai ke lantak dia orang lah, janji sangkar tu tak tenggelam...
Yang aku tahu... yang bertubuh sasa dan bulat tu, itu mungkin arkitek dia orang kot haha...
Mmm... mudah-mudahan bisnesss dia orang ni akan success... InsyaAllah.............................

Beri Makan Ikan Siakapputih Dgn Makanan Baja 1

Thursday, February 25, 2010 ·


Bg Mkn Ikan Siakap Dgn Mknan Baja 1 - Funny bloopers are a click away

Salam semua...

Ini lah cara-cara memberi makan ikan siakapputih dengan "makanan baja". Makanan baja ialah sisa-sisa ikan mentah yang boleh didapati daripada penjual-penjual ikan di pasar & penjual kerepok lekor. Sifu ini membeli makanan baja di pasar dengan harga RM20 sebanyak 8 baldi, cuba kita buat kiraan dan bayangkan dengan membeli makanan baja dengan palet/meh ikan(Bahasa Terengganu) 20kg 1 beg dengan harga RM110.

Sedangkan dengan memberi makan ikan dengan makanan baja boleh menyebabkan ikan cepat membesar jika dibandingkan dengan memberi makan ikan dengan palet/meh ikan 20kg. Sudah tentu jimat bukan dan proses pembesaran lebih cepat... ker guana... fikir-fikirkan lah...

Office Siakappaka

·



Office club Siakappaka Dungun Terengganu, Terletak di Sungai Paka Dungun, kawasan yang penuh dengan ikan siakap merah, siakap putih dan bermacam-macam jenis spesis ikan lagi yang gemar bermain di kawasan ini, TERUTAMAnya ikan Kuku Putih.

PERISTIWA HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM

·

PERISTIWA HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM

Penderitaan yang dialami oleh Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dan para sahabat baginda semakin teruk. Orang kafir Quraisy juga semakin zalim bertindak ke atas mereka. Baginda Sollallahhu'alaihiwasallam tidak sanggup melihat sahabat-sahabat terus derita melalui detik-detik sukar tersebut.

Akhirnya Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam mencadangkan agar mereka berhijrah ke Habsyah kerana rajanya pada ketika itu tidak kejam. Para sahabat Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam bersetuju dengan cadangan demikian. Mereka berhijrah beramai-ramai ke sana untuk mendapatkan perlindungan.

Di antara sahabat yang turut serta dalam hijrah yang pertama ini ialah Uthman bin ‘Affan dan isterinya Ruqaiyah puteri Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam, Zubair al-Awwan, Mus’ab bin Umair, dan Abdul rahman bin Auf. Jumlah mereka keseluruhannya seramai 80 orang.

Kaum kafir Quraisy telah mendapat berita tersebut lantas mengutuskan Abdullah bin Rabi’ah dan Amru bin al-‘As (ketika belum Islam) untuk memujuk Raja Najasyi menghalau orang-orang Islam yang telah berhijrah ke Habsyah tetapi usaha tersebut gagal.

Jaafar bin Abu Talib menjadi jurucakap orang-orang Islam ketika itu. Hujah-hujah Jaafar melalui ayat-ayat Allah Ta'ala dan ajaran-ajaran Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam telah menyebabkan usaha kafir Quraisy tersebut gagal.


USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313

10 orang Sahabat RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam yang dijamin syurga oleh baginda.

Wednesday, February 24, 2010 ·

10 ORANG SAHABAT RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam YANG DIJAMIN SYURGA OLEH BAGINDA.

1- ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A

2-UMAR AL-KHATTAB R.A

3-UTHMAN BIN AFFAN R.A

4-ALI BIN ABI TOLIB R.A

5- ABDURRAHMAN BIN AUF R.A

6- TALHAH BIN UBAIDILLAH R.A

7- ZUBAIR AL-AWWAM R.A

8-ABU UBAIDAH AL-JARRAH R.A

9-SA'AD BIN ABI WAQAS R.A

10- SAID BIN ZAID R.A

ALANGKAH INDAHNYA HIDUP ANDAINYA MENDAPAT JAMINAN SYURGA DARIPADA RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam...


USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313

Sangkar Ikan Siakappaka

Tuesday, February 23, 2010 · 0 comments


Pemandangan Sangkar Ikan Siakapputih club Stopamin - The most amazing home videos are here

Salam semua... Inilah pemandangan di kawasan sangkar ikan siakapputih yang terdapat di sungai Paka Dungun. Peh! hijau air sungainya, cantikkan? Kebiasaannya air sungai macam ni lah banyak ikan masuk, wu... mesti seronok memancing time-time macam ni... Terdapat 23 sangkar ikan di sini (tetapi ada beberapa buah sangkar ikan yang kosong) dan di dalamnya dipenuhi sebanyak hampir 5000 ekor ikan siakap putih... 1kg ikan siakapputih harganya RM14.50 harga pasaran di sini, 2kg RM30 (tetapi jika berat ikan siakapputih itu seberat 600g-700g harganya mencecah RM17 - RM18.50). Kalau ikan-ikan ni semua dah sampai masanya untuk dijual sudah tentu bleh buat duit lebih. InsyaALLAH...

Memancing Siakap 5.87kg

· 0 comments

Pemulauan Terhadap Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam

· 0 comments

PEMULAUAN TERHADAP RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam

Setelah gagal dalam usaha untuk menghentikan dakwah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam, maka puak kafir Quraisy telah bersepakat untuk membunuh Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam. Mereka telah memaklumkan tujuan tersebut kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib. Kedua-dua kabilah ini tidak bersetuju dan enggan menyerahkan Muhammad Sollallahhu'alaihiwasallam terhadap usaha nekad kafir Quraisy tersebut.

Setelah gagal untuk membunuh baginda seperti yang dirancang, kafir Quraisy bersepakat pula untuk memulaukan baginda Sollallahhu'alaihiwasallam dan sesiapa saja orang Islam yang bersama baginda serta seluruh Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib yang mempertahankan baginda. Untuk mencapai tujuan tersebut mereka telah menandatangani satu perjanjian bertulis di mana mereka tidak akan mengahwini, berjual beli dengan mereka yang diputuskan hubungan itu, menyekat sumber-sumber rezeki yang mengalir kepada kalangan mereka, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak akan berkasihan belas terhadap mereka kecuali setelah Bani Abdul Muttalib menyerahkan Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam kepada mereka untuk dibunuh. Naskhah perjanjian tersebut telah digantung di ruangan Kaabah.

Seluruh kafir Quraisy berpegang kepada perjanjian tersebut untuk selama 3 tahun yang bermula daripada bulan Muharram tahun ketujuh hingga tahun kesepuluh selepas kebangkitan baginda sebagai Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam. Ada pandangan yang mengatakan pemulauan itu berlaku 2 tahun sahaja.



USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313

Tawaran Kepada RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam Oleh Kaum Kafir Quraisy

· 0 comments

TAWARAN KEPADA RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam OLEH KAUM KAFIR QURAISY


Setelah usaha penyeksaan yang dilakukan oleh golongan kafir Quraisy terhadap pengikut-pengikut Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam tidak membuahkan hasil, maka mereka pun berikhtiar dengan cara lain bagi memastikan Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam menghentikan usaha dakwah yang dilakukan. Kaum kafir Quraisy menggunakan kaedah rundingan penawaran kepada baginda. Mereka telah beberapa kali mengutuskan wakil untuk berbincang dan menawarkan pelbagai perkara kepada baginda. Di antara mereka yang pernah diutus ialah 'Utbah bin Rabi'ah, al-Walid bin al-Mughirah dan al-'As bin Wail. Mereka menawarkan kekayaan, pangkat dan perempuan kepada baginda. Semua tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh baginda. Salah satu jawapan baginda ialah :

"Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi. Segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan mencari harta kekayaan, pangkat dan kekuasaan tetapi Tuhan telah mengutuskan aku untuk kamu sekalian di samping itu diturunkan Kitab Suci kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan menggembirakan. Kewajipanku semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku. Sekiranya kamu terima maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan akhirat. Dan kalaulah kamu menolak tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNya di antara aku dan kamu sekalian."



USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313

SELAWAT NABI Sollallahhu'alaihiwasallam

· 0 comments

SELAWAT NABI Sollallahhu'alaihiwasallam

Marilah Berselawat...
Bersempena kedatangan hari kelahiran baginda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,
marilah sama-sama kita selalu berselawat ke atas baginda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam sebagai lambang cinta dan kasih kita kepada baginda.
Semoga kita mendapat ganjaran dari Allah Ta'ala dan menyemai rasa rindu kita kepada Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam.

Kelebihan berselawat:
1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad Sollallahhu'alaihiwasallam.
• Sabda Nabi Muhammad Sollallahhu'alaihiwasallam :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "



USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL

PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313

Udang Galah Dungun

Monday, February 22, 2010 · 3 comments

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar.

Aaa betul tak betul nama saintifiknya aku tak tahu lah, artikel ini aku dapat kat wikipedia mu nak tahu lebih lanjut mu tengok lah sendiri dalam artikel ni.

Tapi yang pastinya, yang aku tahu dan yang aku kenali inilah dia wajah Pakar Pancing Pak Ripin namanya memang betul-betul kaki pancing, pasal apa, pasal dia pro memancing dan tahu semua pasal memancing serta banyak pengalaman yang dia lalui dalam dunia memancing sama ada di laut ker, tasik ker, sungai ker, pantai ker dan juga pakar membuat kail, batu landung, pukat, jala, candat, gewang, membaiki kekili dan joran serta pakar membuat ikatan perambut berbagai jenis dan tujuan.


Aaa... yang ni aku dapat tips-tips memancing udang dari pancing.net, mu semua try lah pancing dengan cara ni mana tau kot-kot dapat rezeki besor mana tau kan tak salah rasanya kalu mencuba... ker guana.

Tips yang diturunkan dibawah ni berdasarkan pengalaman sendiri dan yang diajarkan oleh sifu-sifu pancing di Sabah:

1 Pakai mata pancing buat sendiri ( biasanya yang amat praktikal pakai tali gitar ( bass ) kan dalam dia ada lagi besi yang kecil... pakai tulah... bentuk-bentukkan sikit macam mata kail yang dijual dikedai tu.. Nota: Hasil eksperimen saya dalam arena pancingan udang ni... kalau perbandingan antara mata kail yang dijual dikedai dengan tali gitar ni... 10 ekor hasil mata kail bikin... 1 ekor oleh mata kail berbagai jenama ( Nisbah 10:1 )

2 Pakai stokin wanita... Caranya simpan umpan dalam stokin tu, kemudian labuhkan macam sauh... Cuba tunggu 1/2 jam... akan kelihatan beberapa ekor udang akan melekat pada stokin tu kerana ia cuba menyepit tapi tak boleh terlepas.

3 Pakai rasuah... Caranya kena beli 1 tin sardin, kemudian tebuk tin tersebut buat lubang-lubang kecil tetapi biar banyak... lepas tu labuhkan macam sauh juga...lihatlah hasilnya.

4 Kalau banjir jangan disangka udang tak makan pancing, biasanya kalau air keruh, udang akan mencari makan berhampiran tebing... so, pancinglah di tepi.

5 Kalau udang galah ni galak makan pada waktu matahari nak tenggelam, baik berhenti... jangan teruskan... bukan apa, banyak buruk dari baiknya terutama kalau memancing seorang ditempat yang terpencil.

Wassalam...

Membina Sangkar Ikan Siakap Putih

Sunday, February 21, 2010 · 0 comments

Membina sangkar ikan Siakap Putih yang berukuran 10' x 10'

Tong:
1 Tong RM45
Tong yg. diperlukan sebanyak 12biji = RM540

Kayu:
Kayu 2 x 4 x 12 = 8 Batang

Pukat:
Pukat RM13 = 1Kg
Sebundle RM1800 = 5 petak
2 Jenis saiz Pukat: 1 ¼ dan 1 ½

Harga anak ikan:
1 ekor anak ikan: RM 1.60
Jika nak masuk 1000 ekor anak ikan = RM1600

Makanan ikan:
Makanan: 1 guni RM110 (25Kg)
3000 ekor: 3 hari makan
1500 ekor: 6 hari makan

Jualan:
6 Bulan – 1 Tahun, 1Kg = RM14.50

Kebiasaan ikan yang mati adalah separuh daripada anak ikan yang dimasukkan pada setiap satu sangkar, katakanlah 1000 ekor anak ikan yang dimasukkan pada setiap satu sangkar berjumlah RM1600 (RM1.60 seekor anak ikan), ikan yang mati sebanyak 500 ekor (kiraan Kasar), apabila cukup 6 bulan dan ikan-ikan telah mencapai seberat 1kg seekor (RM16.00), tibalah masanya untuk dijual dan keuntungan kasar sebanyak RM8000, itu berat 1kg, jika berat 2kg, 4kg atau 5kg berapa pula keuntungannya. Lain pula harganya jika ikan siakapputih seberat 600-800g seekor ianya mahal sedikit RM18.00 1kg.

Ikan Tapak Kasut

· 0 comments

Salam semua... ini adalah ikan Tapak Kasut, jika dilihat rupanya seakan-akan dengan Yu cicak atau Yu Bodoh(Panggilan org. Terengganu).

Jika dilihat lebih lagi... kepalanya sama maksudnya atas dan bawahnya serupa tak tahu yang mana atas dan yang mana bawah, rupa kepalanya seakan-akan dgn. tapak kasut, disebab itu lah ia dipanggil ikan Tapak Kasut.

Warnanya hijau dan berbelang kuning jika dilihat di dalam air ikan ini cantik seperti ikan peliharaan, soal isinya sedap itu tidak pasti, kerana ikan ini kebiasaannya orang tidak makan.

Tapi apa pun, ikan jenis apa pun sama ada habitatnya sungai ke laut ke semuanya boleh dimakan, kerana Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam telah memberitahu semua jenis ikan boleh dimakan dan tidak perlu disembelih dan ada juga ikan yang makruh dimakan seperti ikan yang mengandungi racun (ikan Buntal), ikan buntal bukannya tidak boleh dimakan boleh tetapi ianya perlu dibuang racunnya terlebih dahulu dengan penuh teliti supaya tidak menjadi mangsa keracunan ikan si Buntal... he.. he...

PENYIKSAAN DALAM DAKWAH RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam

· 0 comments

PENYIKSAAN DALAM DAKWAH RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam.

Puak Quraisy begitu melampau dan bersangatan menentang Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda. Antara apa yang diceritakan oleh Abdullah bin 'Amru bin al-'As, "Ketika Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam bersembahyang di Kaabah, Aqabah bin Abi Muit datang mencekik baginda dengan bajunya.

Kemudian Abu Bakar datang memegang kepala bahu Aqabah sambil menolaknya dari Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dan berkata, Kenapa engkau hendak membunuh manusia yang mengaku dan mengucap "Tuhanku ialah Allah." Pada ketika yang lain pula baginda terpaksa menanggung berbagai-bagai kejian dan maki-hamun ketika berjalan di tengah-tengah puak Quraisy dan ketika melalui di hadapan kumpulan-kumpulan mereka.

Pesanan Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam kepada para sahabat dalam perjuangan bersama dengan Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam ialah yang telah diceritakan oleh Bukhari dari Khabbab bin al-'Arat,"Aku datang menemui Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Kaabah.

Di kala itu kami sedang mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam, : Wahai Rasulullah, mengapa tuan tidak memohon daripada Tuhan untuk sekalian mereka? Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata,"Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pernah diganyang dengan pencakar besi hingga ke tulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka. Biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dari Sanaa ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah."

USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA
UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU

TEL : 09-8400313 / 1313

Pak Ripin & Udang Galahnya di Sungai Durian Mentangau Dungun

Saturday, February 20, 2010 · 0 comments

Pesta memancing udang di Sungai Durian Mentangau Dungun

· 0 comments

Siakap Putih Di Sangkar Ikan 1

Thursday, February 18, 2010 · 0 comments

Siakap putih 5Kg

· 0 comments

PERISTIWA PERKAHWINAN RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam

· 0 comments

PERISTIWA PERKAHWINAN RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam

Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam telah berkahwin dengan Khadijah pada usia baginda genap 25 tahun manakala Khadijah 40 tahun.

Amru bin Asad, bapa saudara baginda telah menjadi wakil dalam urusan peminangan Khadijah.

Maisarah, pembantu Khadijah pula adalah individu yang telah memperkenalkan Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam kepada Khadijah dengan menceritakan kebaikan, kejujuran dan amanahnya Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam ketika menjalankan perniagaan di Syam.

Khadijah telah wafat ketika berusia 65 tahun. Ketika itu baginda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam berusia 50 tahun.

Mereka telah dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu Qasim, Abdullah, Zainab, Roqayyah, Fatimah (Az-Zahra), Umi Kathum.



USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA
UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU

TEL : 09-8400313 / 1313

Biodata RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam

· 0 comments

BIODATA RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA
UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU

TEL : 09-8400313 / 1313

KORBAN : IBADAH PENUH IKHLAS DAN KESYUKURAN

· 0 comments

KORBAN : IBADAH PENUH IKHLAS DAN KESYUKURAN

Firman Allah Ta'ala :
“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah al-Maidah : 27)

Bulan Zulhijjah, bulan haji dan korban. Bulan yang sangat sinonim dengan dua perkara ibadah yang diseru kepada umat Islam untuk melakukannya. Orang yang menunaikan haji pasti sudah lama bersedia jiwa dan raga untuk menjadi tetamu Allah Ta'ala di Bait al-Haram. Persediaan yang rapi untuk mendatangi rumah Penguasa yang berkuasa ke atas segala perkara di alam ini.

Bulan Zulhijjah juga, kalimah korban tidak akan lekang di bibir dan minda umat Islam. Ramai di kalangan kita yang sudah lama bersedia untuk meraikan kedatangan hari raya yang sangat beerti ini. Ada juga yang sudah lama menempah bahagian korban untuk musim korban akan datang. Tidak kurang juga yang masih berusaha mancari wakil yang boleh menguruskan penyertaan ibadah korban.

Suatu ketika dulu, ibadah korban hanya diadakan di masjid-masjid atau surau-surau. Tapi kini perubahan zaman seiring percambahan minda telah membawa umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban di pelbagai tempat. Kedapatan institusi yang membuka penyertaan ibadah korban di tempat kerja. Situasi ini memupuk semangat kerjasama dan ukhuwwah di kalangan pekerja-pekerja. Malah terdapat juga yang menjalankan ibadah korban di kampung halaman dengan penyertaan dalam kalangan ahli keluarga sahaja sambil mengadakan perjumpaan besar keluarga. Meriah sungguh sambutan korban yang diraikan.

Daripada situasi ini, terdapat satu persoalan yang harus bermain di minda kita. Apakah sebenarnya perkara yang perlu dihayati oleh umat Islam daripada hari raya Aidul Adha ini? Apakah cukup sekadar kemeriahan manyambut pelaksanaan ibadah korban yang dilakukan? Atau cukup sekadar menunaikan solat sunat Aidul Adha di masjid atau surau? Apakah perbezaannya sambutan Aidul Adha berbanding Aidul Fitri? Hanya berbeza pada lembu dan kambingnya sahaja ke? Sebenarnya perlu ada kefahaman yang jitu dan tepat dalam melakukan semua perkara ini bagi memastikan ia diterima oleh Allah Ta'ala sebagai ibadah yang mengundang pahala.

Dalam merungkaikan perkara ini, ayat Allah Ta'ala di dalam Surah al-Maidah ayat 27 di atas menceritakan serba sedikit bagaimana pengorbanan yang membawa kepada penerimaan Allah Ta'ala. Apabila disebut mengenai penerimaan Allah Ta'ala, maka secara mudahnya akan ada korban yang tidak diterima oleh Allah Ta'ala seperti mana yang telah berlaku kepada Qabil. Bagaimanakah caranya untuk ibadah korban kita diterima oleh Allah Ta'ala? Bagaimanakah pula keadaan korban yang tidak diterima oleh Allah Ta'ala?

Intipati asas dalam melaksanakan sesuatu ibadah ialah wujudnya keikhlasan dalam diri seseorang terhadap ibadah yang dilakukan. Keikhlasan inilah punca bagi segala kesan yang akan timbul daripada sesuatu ibadah.
Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam bersabda :

“Berbahagialah sekali bagi orang-orang yang memiliki sifat keikhlasan. Mereka itu adalah merupakan lampu-lampu untuk memberikan petunjuk, menjadi terang atau nyata dan tidak mengenai mereka segala bentuk fitnah, terhapus bagaikan kegelapan.”
(Diriwayat oleh Baihaqi)

Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam bersabda ketika menyampaikan pesanan kepada Muaz bin Jabal :

“Berlaku ikhlaslah dalam melaksanakan agamamu, maka cukuplah untukmu amalan yang sedikit.”
(Diriwayatkan oleh al-Hakim)

Jelas sekali sesuatu amalan itu walaupun sedikit tetap akan diterima oleh Allah Ta'ala apabila ia dikepilkan bersekali dengan keikhlasan. Sebaliknya amalan yang hebat dan banyak, tapi sunyi daripada keikhlasan kepada Allah Ta'ala akan ditolak oleh Allah Ta'ala. Begitu juga dengan ibadah korban yang dilakukan, pastinya keikhlasan yang terdapat di dalam hati Habil dengan menyediakan hasil ternakan yang terbaik dan paling sihat membawa kepada penerimaan oleh Allah Ta'ala. Sebaliknya sikap Qabil yang hanya menyediakan hasil tanaman yang layu dan tidak baik dengan perasaan terpaksa dan sebagainya mengakibatkan korban yang dilakukan tidak diterima oleh Allah Ta'ala.

Di samping aspek keikhlasan yang dibentuk di dalam diri, aspek bersyukur juga merupakan content yang penting dalam melakukan ibadah korban bahkan juga pada ibadah-ibadah yang lain. Apabila kita diberi ruang oleh Allah Ta'ala untuk bekerja dan menikmati pendapatan bulanan, rasa bersyukur dengan segala pemberian dariNya akan menginsafkan kita untuk mengeluarkan sedikit daripada sekalian banyaknya harta yang dianugerahkan ke arah tujuan ibadah seperti sedekah, zakat dan korban. Dengan penuh kesyukuran itulah kita akan membentuk keyakinan yang lebih kuat dan lebih mantap terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada kita.

“Dari Aisyah r.anha bahawasanya Rasulullah sSollallahhu'alaihiwasallam berdiri untuk bersolat di waktu malam sehingga pecah-pecah kedua-dua tumit kakinya. Saya lalu berkata : “Mengapakah anda mengerjakan sedemikian ini, padahal anda itu sudah diampuni oleh Allah Ta'ala daripada dosa anda yang terdahulu dan yang terkemudian?” Baginda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam menjawab : “Kalau begitu tidakkah patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita. Sekalipun baginda maksum dan tidak berdosa, baginda tetap teguh dan mantap dalam melaksanakan ibadah kepada Allah Ta'ala. Apatah lagi kita semua? Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam yang merupakan kekasih Allah Ta'ala telah melakukan ibadah sampai tahap begitu, kita semua seharusnya berusaha lebih dari itu bagi menjamin untuk mendapat keredhaan dan keberkatan hidup daripada Allah Ta'ala.

Amat jelas kepada kita bahawa pemantapan konsep ikhlas dan bersyukur di dalam diri seorang muslim amat penting dalam menghadapi bulan Zulhijjah. Ibadah haji dan korban yang dilaksanakan perlulah diasaskan daripada kedua-dua pasak yang kukuh dan jitu ini. Jadikanlah, musim haji dan korban kali ini bakal membentuk jiwa yang ikhlas dan penuh kesyukuran kepada zat yang Maha Agung, Allah Subhanahu wa Ta'ala.


AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL AL-HAFIZ
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
UITM TERENGGANU

Siakap putih di sangkar ikan 2

Wednesday, February 17, 2010 · 0 comments

Siakap putih di sangkar ikan 3

· 0 comments

Beri Makan Ikan Siakapputih Dgn Makanan Baja 2

· 0 comments


- More free videos are here

Ok kita sambung lagi erk...

Kaedah memberi makan ikan siakapputih dengan makanan baja ni...
letih la sikit... kerana kalau saiz ikan tu 600-700g, kena potong kecil-kecil makanan baja tu... baru senang ikan makan... tapi kalau saiz ikan tu dah mancapai 1-2kg, kasi campak-campak jer makanan baja tu... satu lagi jika kita memberi makan ikan siakapputih dengan makanan baja, kita dapat membezakan cara-cara ikan itu makan... maksudnya bunyi ikan tu makan macam mana bunyinya... seronok jika ikan besar yang makan yang saiznya mencapai 2-4kg...

Kenali Ikan Siakap Putih

· 0 comments

Ikan Siakapputih atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainstifiknya Lates Calcarifer. Ikan Siakapputih merupakan ikan pemangsa, ia mendiami sungai & air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) & juga udang, serangga kecil seperti cengkerik & cacing. Siakapputih muda memakan zooplankton, spesies katadromous ini tinggal di sungai & menyusur sungai & kekuala & lembah takungan banjir bagi bertelur. 

Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan bertina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan & menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan, dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.

Ramai di antara kita yang menikmati ikan siakap, aku tahu mu semua mesti dah makan ikan siakap ni dengan macam-macam masakan dah seperti masak tiga rasa, stim, masam manis, bakar dan lain-lain. Mu tau dok siakap yang ada kat pasaran tu sebenar bukan baka asal tempatan, mungkin dari negara luar, biasanya Taiwan.

Siakap tempatan yang bukan dibela ada dua jenis sahaja iaitu siakap putih dan siakap merah. Siakap putih hidup di muara sungai (kawasan air payau) dan siakap merah di laut dan juga di muara sungai. Bentuk siakap putih agak sama dengan siakap bela yang dijual di pasaran.

Siakap bela (baka Taiwan) berwarna agak hitam, manakala siakap putih original (bukan bela, baka tempatan) warnanya putih perak, bila tengok yang hidup ia berkilau-kilau, jauh berbeza dengan siakap bela. Tapi ada juga yang bela ikan siakap putih baka tempatan yang aku tahunya di kawasan muara sungai-sungai di negeri Terengganu terutamanya di Paka.

Kepada kaki pancing, kalau berkunjung ke negeri Terengganu, bolehlah mencuba nasib memburu siakap putih original di Sungai Paka Dungun, saiznya besar-besar. Kalau mu ada rezeki mungkin dapatlah siakap putih yang berkilau itu...kalau tak nak pancing mu gi beli lah kat pasar...harga memang mahal...setahu aku 1kg harganya lebih kurang RM16.00. Kalu mu nak dapat ikan ni mu gunalah umpan hidup kebiasaanya umpan udang hidup, ikan siakap memang gemar dengan umpan udang hidup.

Ikan Gred A

Tuesday, February 16, 2010 · 2 comments


Ikan ini dikenali dengan nama ikan Kuku orang Terengganu yang panggil, bahasa bukunya aku dok tahu adalah dari spesis ikan gred A kategori sungai seperti ikan siakap putih dan merah, rasa isinya tersangatlah sedap.

Kalu mu dok caya mu pancing lah sendiri, jika mu dapat ikan ini, mu masaklah gulai kunyit atau kari peh! memang gerenti sedap giler, untuk pengetahuan semua, kalau mu dapat pancing ikan ini dan didapati kail terlekat di dalam perut ikan, mu kira bernasib baik je dapat ikan ni, kira taraf biasa je lah memancing, dan jika didapati kail terlekat pada mulut atau bibir ikan ni nescaya mu adalah dikategorikan sebagai raja pancing atau raja sungai.

Kenapa? kerana pemancing ini tau ikan apa yang makan pada umpannya, jenis ikan kuku makan umpan tidak seperti ikan siakap atau ikan yang lain-lain kerana ikan ini ia kemam dahulu makanan barulah ia telam.

Kalu mu nok dapat ikan kuku ni biasanya orang guna umpan gandum(roti), teritek, daging ayam, kulit ayam goreng, umpan ikan dedeh, kerang, udang mentah yang dibuang kulitnya dan ketam kecil(ketam angin), setahu aku ikan kuku ni 1kg harganya lebih mahal daripada ikan siakap dalam RM30/kg. Selamat memancing ikan kuku.
Lagi

Sangkar ikan Club Siakappaka

· 0 comments

Inilah gambar sangkar ikan Siakappaka yang diambil sendiri, di mana ia.. ianya terdapat di Sungai Paka Dungun Terengganu...

Terdapat 23 sangkar ikan di sini, tetapi ada juga beberapa buah sangkar yang masih lagi kosong dan di dalamnya dipenuhi sebanyak hampir 5000 ekor ikan siakap putih.

Peh... baru-baru ni sifuku (Pak Karim) menjual ikan siakap putih, kesemua ikan yang dijualnya sebanyak 370 ekor, harganya RM11,700.00 bayangkan kalau dijual kesemuanya berapa tuan sangkar ini dapat, InsyaALLAH mesti kaya kan...

Ingat bisnes ikan sangkar ni tara kaya ka... haiya lu... cuma ambil masa sikit la nak jual ikan-ikan ni lebih kurang 7-8 bulan (2-4kg seekor) itu pun kalu bagi makan tiap-tiap hari pagi dan petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets