i-City Terengganu

Sunday, September 28, 2014 · 0 comments

Terletak di Pulau Warisan bersebelahan Pasar Payang berdekatan dengan Chinatown di bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Kenapa dipanggil i-City kerana di sini terdapat banyaknya pokok-pokok bercahaya dengan lampu yang berwarna-warni seakan-akan i-City Shah Alam. Walaupun tak sehebat i-City Shah Alam yang pastinya ianya percuma, tak mahal macam i-City Shah Alam, parking percuma, makanan yang dijual di sini pun tak mahal, tempat pun menarik serta

Tapah 67kg

Tuesday, September 23, 2014 · 0 comments

Ikan Tapah hidup di sungai dan tasik yang besar, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan. Ikan ini amat lembap dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk mencari makanan, spesies ini adalah pemangsa yang kuat makan dan di kategorikan sebagai ikan perosak.

Gambar menunjukkan ikan Tapah seberat 67kg, pemancing menggunakan mata tiga welding design sendiri berumpankan perut ayam di lokasi Sungai Nyatoh Setiu Terengganu... perghh nie kalau monyet duduk bersidai tepi tebing sekali ngapp je nie... sumber Joran Aktif Malaysia

This Is Terengganu

Monday, September 15, 2014 · 0 comments

Pada 13 September 2014 Terengganu sekali lagi memecah rekod dunia apabila Perarakan Bot Terbesar Dunia mencatatkan 1,180 bot nelayan dari Kuala Dungun ke Kuala Kemaman sejauh 100 kilometer telah diiktiraf Guinness World Records mengatasi rekod di Sungai Thames, London dengan hanya 670 bot pada 2012.  Tahniah nelayan-nelayan Terengganu, pihak penganjur, penaja, semua yang terlibat dan yang turut hadir memeriahkan suasana. Video...

Kerisi

Tuesday, September 9, 2014 · 0 comments

Nemipterus balinensis spesies yang bersaiz kecil ini adalah antara daripada 14 spesies yang terdapat di sekitar perairan negara ini terutama di Pantai Barat dan Timur Semenanjung, ianya aktif pada waktu siang dan umpan yang paling sesuai ialah hirisan ikan, sotong dan udang.

Spesies ini ditemui dengan mudah sekitar April hingga September terutama di sekitar perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. Kerisi boleh dipancing menggunakan teknik apollo dan Bottom fishing dengan mata kail yang bersaiz kecil. Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Kerapu Pantai Timur

· 0 comments

Spesies yang cukup sinonim di kalangan pemancing. Sebut saja ikan kerapu, kita terbayang seekor ikan laut yang badannya bersisik halus memiliki corak pelbagai warna, bermulut luas dan pelbagai bentuk. Ikan ini antara spesies yang paling bernilai, diminati serta mendapat permintaan tinggi di kalangan penggemar makanan laut. Ikan unik ini mampu bertahan lama tanpa air, mendiami ekologi laut berstruktur sama ada karang, reba atau tunggul kayu, tukun, bangkai kapal, tiang rumah api atau dermaga, jeti, gua batu

Sotong

Friday, September 5, 2014 · 0 comments

Sotong Mabang @ Mengabang merupakan sotong buruan ramai kaki candat. Ranking buruan sotong mabang terletak paling atas selepas sotong torak. Sotong mabang mempunyai badan bercorak cantik ketika masih hidup dan berwarna putih setelah ia mati. Badan sotong betina lebih gemuk dan pendek berbanding sotong jantan. Badan sotong mabang lebih pejal berbanding sotong katak. Mabang mudah dikenali melalui jenis tulangnya... mabang mempunyai tulang yang diperbuat daripada sejenis bahan seperti plastik. Tulang mabang sama seperti tulang sotong ketupat, cumi-cumi, jarum atau torak. Mabang juga dikenali melalui dua tantakelnya yang lebih panjang berbanding tantakel yang lain... Info Abe Din

Teknik: Candat.
Pemancing: Azman/Zeman.
Masa memancing: 9.40am 04 Sept 2014.
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Sembilang

· 0 comments


Ikan: Sembilang
Berat: 1kg
Umpan: Udang Mentah
Masa: Air Pasang Anak
Lokasi: Sg. Tebing Tembah Paka
Reel: Shimano Solstace 4000
Joran: Abu Garcia Tournament Classic
Teknik: Surf Casting
Pemancing:

Tenggiri 6kg

· 0 comments

Berat ikan: 6kg
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Teknik: Drifting.
Umpan:  Ikan Remon hidup.
Pemancing: Azman/Zeman.

Haruan Tasik 16kg

· 0 comments

Berat ikan: 16kg
Teknik: Drifting.
Umpan:  Ikan Kerisi Hidup.
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Pemancing: Azman/Zeman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets