background img

Mabang & Kerapu

Sotong Mabang juga dikenali sebagai "sotong ngabang". Di pantai barat ia lebih dikenali sebagai "sotong harimau" mungkin kerana bentuk coraknya berbelang seperti harimau. Sotong mabang mudah dijumpai di perairan air masin di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ia agak berbeza dengan sotong torak yang banyak dijumpai di pantai timur semenanjung.
Masa mencandat sotong mabang hampir sama dengan sotong torak iaitu pada bulan April hingga Oktober. Bagi tahun 2010 ini, kehadiran sotong mabang di pantai timur semenanjung agak lewat. Hingga kini bilangan mabang yang berjaya dipancing di kawasan pantai agak kurang. Walaupun begitu, mabang masih mudah dipancing di kawasan unjam... Abe Din
Ikan Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang. Kerapu dalam inggris disebut “grouper” yang berasal dari nama garoupa dari bahasa portugis. Spesis ini hidup di karang dan bebatuan, ukurannya dapat mencapai 2 meter.

Ada 9 jenis ikan kerapu yaitu diantaranya kerapu batik (E. polyphakeion syn. E. Microdon), kerapu kentang, kerapu sunuk/merah, kerau lumpur, kerapu macan, kerapu muara, kerapu bebek, kerapu cantang dan kerapu cantik. Di Asia Timur tepatnya di negara Jepun, China, Hongkong dan Thailand. Kerapu merupakan ikan khusus yang digemari oleh golongan atasan terutamanya kerapu lumpur, kerapu merah dan kerapu sunu merupakan jenis-jenis kerapu yang paling diminati oleh negara-negara di Asia Timur tersebut.

Yu@Jerung

Jumaat 07 Julai 2017, berat 16kg di lokasi Tanjung Jara Dungun.
Spesis yang lambat membesar dan menghasilkan sedikit sekali keturunan dibandingkan dengan ikan-ikan lain, dari keluarga(superordo Selachimorpha) dengan kerangka tulang muda yang lengkap dan tubuh yang ramping, mempunyai deretan gigi tajam yang dapat berganti-ganti. Bernafas menggunakan lima liang insang, kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada spesis yang terletak di sisi atau di belakang kepalanya. Mempunyai tubuh yang dilapisi kulit dentikel dermis untuk melindungi kulit dari kerosakan, parasit dan memperbaiki dinamik cecair.

Blog List

Advertisement

Chat

Followers