Blogs Fishing

Sunday, October 30, 2011

N9 Menang, Kecewa

Reaksi penyokong-penyokong setia Terengganu di luar Stadium Shah Alam sebelum dan semasa aksi perlawanan akhir Piala Malaysia di Shah Alam, sekaligus berakhir dengan

Sunday, October 23, 2011

Peteh Tranung Peteh

Pemain Terengganu meraikan jaringan gol kedua pasukan menentang Selangor malam tadi yang disumbat Mohd Ashaari Samsudin (kiri). - Foto Makhzan

Terengganu 2 Selangor 1, Negeri Sembilan 2 T-Team 1. Terengganu menang agregat 4-1 manakala Negeri Sembilan menang agregat 6-3, Terengganu dan Negeri Sembilan enggan menyerah mudah apabila mempertahankan modal selesa masing-masing untuk gah layak ke final Piala Malaysia dengan menyambung rentetan kemenangan, malam tadi.

Sebagai anak jati Dungun Terengganu, semestinya aku akan sokong kaw! kaw! punya, haha... Peteh! Tranung! Peteh!...

Saturday, October 22, 2011

Double Selungsung

Bergaya... Pak Ripin bersama selungsungnya yang berjaya dipancing beliau di Sungai Dungun Terengganu dengan berumpankan gewang pada petang semalam 21 Okt 2011. Untuk pengetahuan, Selungsung dan Ungah(siakap merah) adalah spesies ikan pemangsa yang sangat terkenal di Sabah, spesies ini selalu disebut-sebut dan dicari-cari oleh kaki-kaki pancing di sana.

Jika di semenanjung pula selungsung lebih dikenali dengan nama panggilan umumnya siakap putih atau kakap putih yang mana merupakan ikan berhabitat air tawar dan air masin iaitu yang mendiami sungai dan laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan termasuk anaknya, ketam angin dan juga udang.

Ungah 600g

Assalamu'alaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia, seperti mana sedia maklum dan mungkin juga di luar sana tidak mengetahui, ungah adalah sejenis ikan pemangsa, yang terkenal di Sabah, manakala di semenanjung ia lebih dikenali dengan nama umumya siakap merah.
Admin berjaya memancing ungah ini sekitar jam 12.10pm semalam 21 Okt 2011 di Sungai Paka Dungun Terengganu dengan berumpankan udang yang dibeli di kedai runcit sahaja, tempoh memancing 1jam dari pukul 11.20am, lepas berjaya memancing seekor ungah ini terus admin pulang... apa pun esok sambung balik memancing, rasa-rasanya nak pergi mancing udang la plak lama dah rasanya tak makan udang, beginilah aktiviti-aktiviti di hujung minggu di hari cuti jumaat dan sabtu, jika tak ada kerja, memancing la jawabnya... janji puas... layan...

Thursday, October 20, 2011

Galah Sungai Durian Mentangau

Assalamu'alaikum, hari ini jam 2.30pm kami(Hadi, Zeman & Pak Ripin) tiba di sungai Durian Mentangau Dungun Terengganu, cuma kali ini kami mencuba di kawasan pendalaman lagi berhampiran dengan sangkar ikan tilapia dan patin milik seorang

Wednesday, October 19, 2011

Barramundi Vs Hampala

Pic yang diambil melalui rakan facebook "Barramundi Vs Hampala", rekod Siakap Merah 2.5kg, masa bertarung hanya tak sampai 1 minit. Kepada member-member pancing, klik pada nama beliau Barramundi Vs Hampala untuk mengenali dan menjadi rakan facebooknya.

Tuesday, October 18, 2011

Hikmah Sujud

HIKMAH SUJUD (ALLAH MENGHARAMKAN API NERAKA UNTUK MEMAKAN BEKAS SUJUD)

Diriwayatkan di dalam Shahih Al Bukhari, bahwa para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah kelak kita dapat melihat Rabb kita"?, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: "betul, sebagaimana kalian melihat matahari jika tidak ada awan apakah matahari itu terlihat jelas?, maka para sahabat menjawab: "tentu sangat jelas wahai Rasulullah", dan Rasul berkata: "bagaimana kalian melihat bulan purnama yang tidak diliputi awan"?, sahabat menjawab: "pasti sangat jelas wahai Rasul", maka Rasulullah berkata: "seperti itulah kalian akan melihat Rabb kalian".

Ketika di mahsyar, di saat manusia dimuntahkan keluar oleh bumi, maka diiringlah orang-orang yang menyembah selain Allah ketika mereka ditanya: "siapakah yang kalian sembah", maka di saat itu muncullah sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah dan mengikuti sembahannya masing-masing, mereka diiring dan pisahkan dari kelompok yang lainnya.

Tersisalah muslimin muslimat dan mereka diberi kemuliaan oleh Allah, dan Allah singkapkan sedikit tabir cahaya keagunganNya, cahaya kewibawaanNya. Dan ketika ditanyakan kepada mereka: "Mengapa kalian masih disini?", sedangkan yang lain telah pergi, maka mereka menjawab: "kami belum berjumpa dengan Rabb kami", dan ketika ditnya: "apakah kalian ingin melihat Rabb kalian?", mereka menjawab: "ya, jika Rabb kami

Monday, October 17, 2011

Tumpang Tuah

Shahrul, Mohamad Irwan bawa pulang wang tunai RM20,000.

Seekor kerapu seberat 16.74 kilogram (kg) memberi rezeki buat seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Shahrul Che May apabila dinobatkan juara pertandingan memancing Pusingan Akhir Grand Slam (GS) Gp Joran 2011, Dungun, Ahad lalu.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM20,000 yang sekali gus mengalahkan 600 peserta Kategori Laut yang mengambil bahagian. Juruteknik dari Shah Alam itu mengakui kemenangannya dalam pertandingan boleh diibaratkan rezeki

Hadiezri, Ahmad Nizam menang besar, puas

DUA pertandingan memancing kategori pantai yang disertainya selang seminggu memberikan Hadiezri Abdul Khalib rezeki lumayan apabila berjaya mengumpul RM7,000. Kejayaan membawa pulang RM4,000 selepas muncul tempat ketiga kategori pantai dengan ebek seberat 1.4 kilogram di pusingan akhir Grand Slam GP Joran Berita Harian di Kuala Dungun.

Kejayaannya itu menjadi pelengkap gelarannya sebagai jagoan pantai kerana seminggu sebelum itu, Hadiezri, 27, muncul pemenang tempat kedua acara memancing pantai dengan wang kemenangan RM3,000 ketika mengambil bahagian dalam satu pertandingan

Wednesday, October 12, 2011

Galah & Belida

Assalamu'alaikum, 12/10/2011 Jam 2.30pm Bro Stopa, anaknya dan Bro Hadi turun memancing di Sungai Durian Mentangau Dungun Terengganu, hasilnya beberapa ekor udang galah dan ikan belida yang berjaya dipancing oleh mereka dengan berumpankan cacing dan hirisan jantung ayam.

Info: Ikan belida senang dipancing menggunakan umpan cacing atau udang kecil, belida ialah sejenis spesies ikan yang boleh hidup di sungai tenang dan tasik. Ia boleh dijumpai di India, Thailand, Borneo, Malaysia, Brunei Darussalam dan Sumatera. Kepentingan utama ikan belida ialah sebagai ikan akuarium. Ikan belida ini tiada sisik, kalau ada pun sedikit sahaja. Tulangnya banyak dan

Monday, October 10, 2011

Sejarah Awal Dungun

Assalamu'alaikum... selain info mengenai ikan dan memancing, ada lebih baik ingin aku nak kongsikan info sejarah yang tidak ada dalam buku sejarah sekolah rendah dan menengah, memandangkan aku ini anak jati Dungun Terengganu ingin aku postkan info sejarah awal Dungun.

Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campur tangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan. Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama
Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-

`This list, which was prepared in 1365 in the Negarakretagama includes not only Terengganu but also Paka and Dungun, two rivers in the south of the state which in modern times can boast nothing larger than a fishing village'

Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:-

i) Kebanyakan orang Dungun suatu masa dahulu berasal daripada Kepulauan Indonesia.
ii) Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.

Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 - 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit, nenda saudara baginda.

1921 Campurtangan British dalam pentadbiran negeri Terengganu setelah perjanjian 1991 yang membawa kepada kemasukan seorang Penasihat Britisah yang bertindak sebagai penasihat dalam semua hal-hal yang berkaitan pentadbiran kecuali hal-hal keagamaan. Mereka telah membahagikan negeri Terengganu kepada beberapa jajahan yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Jajahan, Jajahan tersebut ialah:-

Jajahan Barat (Besut dan Setia)
Jajahan Timur (Dungun, Paka, Kerteh, Kemasek dan Kemaman)
Jajahan Tengah (Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang)

1942 Semasa pendudukan Jepun di Terengganu, Pesuruhjaya Jajahan telah diganti dengan Pesuruhjaya berbangsa Jepun. Rumah pasung dibahagi kepada 3 cawangan iaitu Keimu Kakari, Hoan Kakari dan Tokko Kakari dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.

Daerah Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke Jepun pada tahun 1931. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.

Hasil-hasil bijih besi telah diekspot ke Jepun hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu amnya dan Dungun khususnya, kawasan lombong bijih besi diambil alih oleh Kerajaan Inggeris.

Rujukan:-
1. Terengganu, Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali 1996.
2. Malayan, Branch Royal Asiatio Society Vol.XXII Part 3 oleh M.C.FF.Sheppard, A.R.Hill, C.A. Gibson Hill, 1949.
3. Terengganu Annual Report 1925 - 1936
4. Geological Servey West Malaysia, IRON ORE, DEPOSITS OF WEST MALAYSIA, Buletin 2

LATARBELAKANG
Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya. Penutupan Lombong Bijih Bukit Besi Dungun menjadi malap. Pada tahun 1973 KETENGAH diperbadankan dimana aktiviti utamanya tertumpu kepada penempatan semula dan industri Pertanian (kelapa sawit).

Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka. Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Dalam masa yang sama faktor-faktor lain seperti pendidikan, agama, pertanian , perikanan, kesihatan dan pelancongan juga akan diberi keutamaan sesuai dengan dasar.

Sekarang 2011 Daerah Dungun Terengganu telah bertukar menjadi Perbandaran Dungun.

Sunday, October 9, 2011

Juara GS Pulang Bergaya

Oleh Nasir Abd Wahab dan Zulhilmi Hat

Kereta Alza, Wang Tunai RM10,000 Milik Mazli

HASRAT Mohd Mazli Abdullah untuk menukarkan kereta lama kepada kereta baru yang digunakan hampir 10 tahun akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau muncul juara pertandingan memancing Pusingan Akhir Grand Slam (GS) GP Joran 2011 Kategori Pantai di Kuala Dungun, Terengganu, Ahad lalu.

Mula menyimpan impian untuk memiliki kereta baru sejak 2005, beliau mula berazam menyertai pertandingan memancing anjuran Unit Joran Berita Harian yang menawarkan hadiah berupa kereta kepada pemenang GS. Lalu berkat usaha dan tawakal, ia akhirnya membuahkan hasil apabila beliau mampu menaikkan ikan ebek seberat 1.5 kilogram (kg) di kawasan memancing khas yang menempatkan 21 peserta ranking lain, sekali gus menobatkan beliau antara layak memenangi hadiah kenderaan pelbagai guna (MPV) PERODUA Alza bernilai RM63,000 itu.

Mazli, 33, berkata, kereta PROTON Saga yang dibeli pada tahun 90-an adalah kereta paling lama berkhidmat kepadanya dan satu-satunya kenderaan rasmi berulang-alik dari tempat kerjanya di Besut. “Kini sudah tibanya kereta lama itu berehat dan akan ada pengganti yang baru hasil hobi memancing sejak kecil lagi. Berbaloi juga terjebak dalam aktiviti hanyir ini hingga menghadiahkan sebuah kereta yang

7 Jenis Wajah Mayat Di dalam Kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta

Monday, October 3, 2011

Kampung Tenggiri

Oleh Rosli Ilham
bhnews@bharian.com.my
2011/10/01


Perairan Katuk Barat jadi pilihan pemancing, lubuk pelbagai spesis ikan.

PERAIRAN Katuk Barat sudah tidak asing bagi kebanyakan kaki pancing dan nelayan di Dungun, Terengganu. Ini kerana lokasi itu dikatakan menjadi tempat spesies tenggiri berkampung. Lokasi yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan ke arah barat dari Pulau Tenggol adalah lubuk tenggiri bermain lebih-lebih lagi pada September dan Oktober iaitu musim terawal spesis itu berkampung.

Namun, bagi mereka yang tidak pernah sampai ke perairan ini, usah menyangka umpan mereka mudah diragut. Andai kurang mahir mengikat tali perambut atau seumpamanya, spesis tenggiri akan menjauhkan diri lebih-lebih lagi jika pemancing tidak menggunakan umpan segar, Jika bernasib baik, siapkan diri untuk memerah keringat.

Baru-baru ini, sekumpulan pemancing diketuai Azri Hashim Aladin, 32, dan tiga sahabatnya Zamri Rahman,40; Zainudin Jusoh,39 dan Tarmizi Zaid, 33, sepakat menduga lokasi itu. “Selama tiga hari dua malam di perairan itu, sebanyak 53 ekor tenggiri bersaiz empat hingga 10 kilogram berjaya kami tumpaskan sehingga jenuh memasang Appolo mencari umpan selayang dan kekacang segar,” kata Azri menceritakan pengalaman memancing di perairan Katuk Barat.

Reaksi Azri itu disokong rakannya, Zamri. “Apa tidaknya, tengoklah pemilik bot kami, sepanjang hari ini pasti senyum hingga ke telinga,” kata Zamri kepada tuan punya bot, Mohamad Abd Ghani yang sibuk menimbang ikan tenggiri yang diperoleh sebaik tiba di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun.

Kompleks jeti sama akan digunakan peserta kategori laut dalam Karnival GP Joran yang bermula hari ini. Azri menambah, antara November hingga Januari, umpan pasti tidak disambar mangsa kerana ketika itu arus musim tengkujuh. Dalam tempoh ini, spesis tenggiri berpindah ke lokasi lain termasuk ke sempadan perairan Indonesia.

“Saya kurang memasang umpan, jangan lupa gewang aluminium juga turut menarik perhatian tenggiri. Apa tidaknya, sebaik gewang menerjah dasar, kita sudah rasa ragutan rakusnya,” kata Zainudin yang kelihatan masih keletihan ketika ditemui. Beberapa jam sebelum bertolak pulang, empat sahabat ini beralih ke kawasan kedua iaitu 30 minit perjalanan dari lubuk Katuk Barat.

Di lokasi ini, Zainudin yang ketika itu sudah keletihan melayan tenggiri, meminta untuk pulang ke pangkalan berikutan arus di lokasi kedua itu agak deras. Tarmizi yang sudah memasang umpan sotong segar yang masih berbaki, merayu tidak beredar dari situ apabila beberapa ‘balingan ujian’ mendapati arus di bahagian dasar laut sudah kembali tenang. “Alhamdulillah, tidak sia-sia umpan sotong saya disambar seekor merah seberat enam kilogram. Malah Azri, Zamri dan Zainudin menaikkan beberapa ekor asuh dan ebek sekitar dua kilogram seekor untuk kami jamah sebelum meninggalkan laut,” katanya.

Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak sebuah bot rakan mereka yang dikemudikan tekong Pak Din, 50, bersama tiga awaknya yang ketika itu sudah mengangkat pancing untuk pulang ke pengkalan. “Saya terkejut Pak Din memaklumkan 34 ekor tenggiri saiz lima kilogram ke atas berjaya ditumpaskan sebelum kami bersama-sama pulang ke pengkalan,” kata Azri.

Sunday, October 2, 2011

Doa & Caranya

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Antara dalil-dalil yang berkaitan dengan ibadah doa ini:
1. “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

2. “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

3. Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya kepada baginda : Apa itu tergopoh-gapah ? . Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu

Saturday, October 1, 2011

Kisah Pendakwah dengan Mubaligh Kristian

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….
 
Missionary : Mengapa tersenyum? Bila awak hendak jawab soalan saya?
Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak?
Missionary : Awak tak ada jawapan?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.
Missionary : Mengapa awak cakap begitu?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang