Cara Duduk Rasulullah

June 25, 2012 by

Untuk Pengetahuan Am Sahaja PENJELASANNYA ARTIKEL

1) Duduk Bersila.
~ Duduk ini dilakukan dengan cara menyilangkan kedua kaki yang berada dalam posisi rebah dan terlipat, sehingga persilangannya ada di antara kedua betis. ~ Rasulullah SAW pernah duduk bersila dari setelah selesai sholat subuh, hingga terbit matahari;


2) Duduk Qurfasha.
~ Duduk ini dilakukan dengan cara melipat lutut dan menegakkannya sehingga kedua telapak kaki menjejak lantai.
~ Kemudian kedua tangan merangkul kedua lutut tersebut. Namun, cara duduk seperti ini dilarang Rasulullah SAW dilakukan ketika mendengarkan khutbah Jum’at (sanad hadistnya Hasan).

3) Duduk Bertinggung.
~ Duduk ini dilakukan seperti berjongkok dengan seluruh telapak kaki menjejak lantai, bahagian bontot (maaf) tidak menyentuh lantai. ~ Rasulullah SAW pernah duduk bertinggung ketika sedang makan kurma.

4) Duduk Iftirasy.
~ Duduk ini sama dengan duduk antara dua sujud mahupun sujud ketika tahiyatul awal dalam sholat.

5) Duduk Tawarruk.
~ Duduk ini sama dengan duduk ketika tahiyatul akhir dalam sholat.

sumber : Dr soul's Quote collection

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog