Kita, Usaha dan Rezeki

February 07, 2013 by
Masyarakat kita yakin dengan bekerja kerass akan menghasilkan rezeki yang banyak. Oleh itu, ramai umat Islam hari ini mementingkan kerja. Kerja dari pagi hingga petang, dari petang hingga malam, dan dari malam hingga ke dinihari. Mereka ini saya kategorikan sebagai golongan MENCARI REZEKI.

Masyarakat kita juga yakin mereka bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang tetapi pemberi rezeki hanya Allah S.W.T. Pada waktu pagi mereka mengerjakan solat dhuha dan selalu bersedekah ke
jalah Allah. S.W.T. Mereka ini saya kategorikan sebagai golongan MENJEMPUT REZEKI, Mengapa?

Kelebihan Solat Dhuha “Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad) Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Kelebihan Bersedekah "Sesiapa yang meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia (Surah Al-Hadid ayat ke-11) Cuba perhatikan ayat di atass. Allah telah berjanji sesiapa yang sedekahkan wang kepada jalan Allah akan membalasnya berlipat kali ganda. Orang yang faham akan berkata, "Kita perlu bekerja kerana Allah menyuruh kita bekerja, tetapi yang memberi rezeki itu Allah." Manakala orang yang tidak faham pula berkata, "Yang memberi rezeki itu Allah, tetapi kalau tidak bekerja mana ada rezeki"

MENCARI REZEKI VS MENJEMPUT REZEKI. Anda yang mana satu? Banyak lagi amalan yang boleh menjemput rezeki. Seperti berdoa, berzikir, bersyukur.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog