Blogs Fishing

Sunday, August 31, 2014

Kerapu 600g

Ikan: Kerapu
Berat: 600g
Umpan: Hirisan ikan Selayang
Masa: Air Pasang Anak
Lokasi: Sg. Tebing Tembah Paka
Reel: Daiwa 4000c
Joran: Abu Garcia Tournament 
Teknik: Surf Casting
Pemancing: Pak Ripin

Thursday, August 28, 2014

Kerapu 700g

Ikan: Kerapu
Berat: 700g
Umpan: Udang Mentah
Masa: Air Pasang Anak
Lokasi: Sg. Tebing Tembah Paka
Reel: Shimano Solstace 4000
Joran: Abu Garcia Tournament Classic
Teknik: Surf Casting
Pemancing: Amer

Siakap 700g

Ikan: Siakap Merah
Berat: 700g
Umpan: Anak Selayang
Masa: Air surut
Lokasi: Sg. Tebing Tembah Paka
Reel: Shimano Sienna 4000
Joran: Abu Garcia Tournament Classic
Teknik: Surf Casting

Monday, August 25, 2014

Layaran/Billfish

Nama saintifiknya Istiophorus merupakan spesies yang memiliki sirip layar tegak seakan-akan dengan layar kapal kerana itulah ia dipanggil Layaran. Selain daripada itu ianya juga mempunyai muncung panjang dan tajam yang hampir menyerupai ikan Todak serta berwarna hitam putih kelabu kebiruan. Spesies ini juga mempunyai daya kuasa pecutan yang tinggi sehingga dapat berenang dengan kelajuan mencapai 110 KM/J.

Ketika berenang sirip layarnya akan terlipat dan berdiri tegak apabila spesies ini merasakan dirinya terancam atau sedang bersemangat sehinggakan ianya menjadi lebih besar daripada ukuran sebenar dan spesies ini banyak terdapat di perairan Laut China Selatan terutamanya di pantai timur semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Seberat hampir 25kg ikan Layaran dalam gambar ini yang berjaya didaratkan oleh brother Azman di lokasi perairan laut Mengabang Telipot berumpankan anak ikan kerisi hidup dengan teknik kegemaran beliau iaitu drifting(umpan hanyut).

Mengabang Telipot(MT) terletak di tepi pantai, menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. Oleh itu Pantai Mengabang Telipot adalah lokasi terbaik yang tidak asing lagi untuk memancing sama ada di persisir pantai atau di laut, merupakan tempat yang terletak di utara dari bandar Kuala Terengganu dalam daerah Kuala Terengganu antara lokasi yang berdekatan ialah Kg. Pak Tuyu, Batu Rakit, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail. Kebanyakkan aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan.

Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengunjung dari luar untuk berkunjung ke sini serta juga terkenal dengan kedai makanan laut yang bercelup tepung. Selain itu lokasi ini juga terkenal dengan kawasan perairan laut yang memiliki banyak tukun-tukun dan sekaligus ia menjadi lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara spesies ikan besar yang amat popular ialah Layaran, Tenggiri, Talang, Kerapu, Haruan Tasik, Pari dan lain-lain lagi, di sebabkan itu jugalah kawasan ini sering dijadikan tempat pertandingan memancing.

Sunday, August 24, 2014

Haruan Tasik/Cobia

Spesies berkepala ikan haruan atau toman yang boleh membesar sehingga lebih 2 meter, suka mendiami di kawasan laut lepas, pulau dan pantai berkarang serta gemar bergerak secara bersendirian. Bagi kaki pancing yang gemar dengan kuasa henjutan spesies seperti inilah yang perlu dicari.

Rupa bentuknya panjang membujur, berwarna coklat gelap berjalur cerah putih, ekor yang bercabang dan mempunyai barisan gigi yang halus. Ianya boleh dikategorikan sebagai pemangsa yang memburu mangsanya dengan cara penyambaran yang cepat sehingga membuatkan si pemancing menggelabah.

Berat ikan: 15kg
Teknik: Bottom fishing.
Umpan:  Hirisan ikan.
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Pemancing: Azman/Zeman.

Pari Lalat & Kerapu

Berat ikan: Pari 12kg, Kerapu 3kg
Teknik: Bottom fishing(pancingan dasar)
Umpan:  Hirisan ikan.
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Pemancing: Azman/Zeman.

Tenggiri Mengabang Telipot

Berat ikan: 6kg
Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Teknik: Drifting.
Umpan:  Anak ikan Kerisi hidup. 
Pemancing: Azman/Zeman.

Monday, August 18, 2014

Tenggiri Dungun

Tenggiri spesies yang terkenal dengan kuasa pecutan dan terdapat di seluruh perairan laut barat dan timur di Malaysia serta di negara-negara Asia, ia tergolong dalam keluarga "marga Scomberomorus/suku Scombridae", begitu juga dengan spesies Talang, Tuna dan Tongkol. Spesies ini sangat digemari ramai sehingga diperdagangkan dalam bentuk segar, kering dan juga ada diolah menjadi kerupuk/krupuk.

Rupa bentuk spesies ini memanjang, mempunyai tubuh yang kuat terutama pada sisi-sisinya, tidak bersisik, muncungnya meruncing dengan mulut lebar dan gigi-gigi yang tajam serta kuat di rahang atas dan bawah. Di Malaysia ia adalah spesies yang tergolong dalam spesies yang terbesar sehingga dapat mencapai panjang 220cm. Tenggiri merupakan ikan yang kerap berenang berkumpulan dalam kelompok kecil tidak jauh dari pantai. Banyak teknik-teknik yang digunakan oleh para pemancing untuk memancing spesies pecutan ini dan antara teknik yang paling popular dan sering digunakan untuk menjerat ikan tenggiri ini ialah teknik menghanyut (drifting) umpan hidup yang disambungkan sedikit dawai pada perambut.

Berat ikan: 6kg
Jumlah Tangkapan: 3 ekor
Lokasi: Perairan pantai antara Tanjung Jara & Kuala Dungun.
Teknik: Drifting.
Umpan:  Ikan Kekacang hidup.
Pemancing: Shahrul UiTM.

Sunday, August 17, 2014

Siakap & Gewang

Siakap Putih seberat hampir 2kg yang berjaya didaratkan oleh Amer pada malam semalam dengan menggunakan kaedah pancingan casting ketika air sungai mulai pasang di lokasi Sungai Kampung Tebing Tembah Paka. Gambar jelas menunjukkan gewang yang digunakan berwarna oren kekuningan, seperti mana yang telah diketahui warna terang seperti merah, kuning dan oren adalah warna kegemaran si ikan siakap putih di waktu malam terutamanya ketika bulan mengambang manakala gewang berwarna gelap pula memberikan cahaya yang sempurna ketika mendung.
Pemerhatian yang begitu teliti boleh meningkatkan peratus kejayaan dalam aktiviti casting bukan sahaja warna gewang memainkan peranan penting, faktor-faktor lain juga perlu dititikberatkan seperti saiz, bentuk, kelajuan, kedalaman dan persembahan atau pergerakkan serta juga keadaan air(warna & pasang surutnya). Kesimpulannya, pada pendapat saya apa jua jenis warna dan bentuk gewang itu ianya tetap mampu menjerat ikan jika sekiranya kena dengan sikap kerajinan kita serta potensi persembahan dan lubuk yang terbaik itu teori saya, apa pun yang menyedarkan saya sebenarnya rezeki dari Allah Ta'ala semuanya datang dariNya.. Sekian, selamat mencasting.

Wednesday, August 13, 2014

Siakap Teluk Gadong

Siakap Putih hampir 2kg yang berjaya dipancing dengan kaedah pancingan casting oleh saudara Izzat di lokasi pantai dan sungai Teluk Gadong di Sura Hujung yang berhampiran dengan UiTM Kampus Dungun Terengganu. Sejauh 9km dari bandar Dungun 'Sura Gate' untuk sampai ke sini tempat yang cantik dan menarik yang selalu dikunjungi ramai terutamanya pelajar-pelajar dari UiTM dan Politeknik Dungun untuk beriadah, berkelah dan memancing di sini.
Selain sungai dan pantai yang indah di sini terdapat juga bukit yang cantik yang mana suatu ketika dahulu adanya tangga pada bukit tersebut serta jambatan panjang yang melintangi sungai Teluk Gadong ini. Jika kita sampai ke atas bukit ini, semestinya pemandangan yang indah dapat dilihat di puncak bukit tersebut.
Setiap akhir tahun pantai di sini sering dilanda musim tengkujuh menyebabkan tangga dan jambatan tersebut runtuh dan sekarang bukit serta sungai di sini dilihat tanpa tangga dan jambatan. Walaupun tangga dan jambatan tersebut sudah tiada lagi ianya digantikan dengan kemudahan-kemudahan seperti surau, wakaf-wakaf, tempat perkelahan dan tempat permainan kanak-kanak yang cantik sekaligus menambahkan keindahan landskap di sekitar kawasan ini.

Friday, August 8, 2014

Sakit

Salam...Seminggu ni luangkan masa bersama beberapa kawan menziarahi beberapa rakan sekerja yang sakit. Sakit yang membuatkan terlantar di hospital atau perlu berulang-alik dari rumah ke hospital secara kerap. Sakit yang banyak perkara sudah tidak dapat diurus sendiri dan perlukan bantuan orang lain.

Melihat orang sakit dan kesukaran yang mereka serta keluarga hadapi....... buat kita bersyukur dengan nikmat sihat yang dimiliki, buat kita rasa nak minta maaf dengan semua orang sebelum kita hanya mampu dengar mereka mohon maaf dengan kita, buat kita rasa nak buat sokmo doh dan sesempurna mungkin ibadat serta suruhan Allah yang lain, buat kita rasa betapa urusan dunia yang kita lintang pukang uruskan ini kecil berbanding dengan persiapan mengadap Allah...Tuhan Yang Maha Besar! buat kita rasa betapa pentingnya sentiasa dan segera bertaubat kepada Allah...
Ya Allah! Kami tiada apa-apa tanpa Mu...Janganlah Engkau biarkan kami sendirian uruskan hal kami...Bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuri nikmat-nikmatMu dan memperelokkan ibadat kami kepadaMu.....sebelum terhentinya waktu buat kami.

Semoga bermanfaat...
Wan Mohd Nazif 

Wednesday, August 6, 2014

Snakeheads

Toman/Snakeheads nama saintifiknya Channa micropeltes sejenis ikan air tawar jenis karnivor atau pemangsa panjangnya dapat dibezakan melalui sirip dorsal, memiliki mulut yang sangat besar dan gigi-gigi yang berkilat. Merupakan spesies asli hutan hujan tropika yang boleh hidup dalam air payau, kebiasaannya didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara dan juga Afrika. Di negara ASEAN seperti Indonesia dan Malaysia spesies ini banyak didapati di kawasan-kawasan pertanian, perlombongan dan tasek serta diberitakan spesies ini gemar menggigit manusia.

Berat: 7kg
Pemancing: Nazri Saad

Tuesday, August 5, 2014

Kakap Putih 1kg

Berat: 1kg.
Umpan: Udang.
Lokasi: Tebing Tembah Paka.
Masa: 24 Julai 2014, 11:44pm, Air surut.
Pemancing: Amer.