Blogs Fishing

Thursday, August 23, 2012

Gelama & Kerapu

Epinephelus coioides nama saintifik ikan kerapu tergolong dalam keluarga Serranidae yang gemar bermain di air masin dan berbatu-batu. Dulu ikan kerapu merupakan antara ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik, di Pantai timur ikan kerapu ini di panggil ikan kerapu baik atau ikan kerapu comel, memang comel lah dari segi harga pasarannya iaitu mencecah RM60 - RM80/Kg kenapa? kerana ianya amat digemari pada masa sekarang ini disamping isinya yang sangat enak.

Wednesday, August 22, 2012

Pelik tapi benar hanya di Nigeria

Cara memancing ikan yang sangat pelik di Nigeria namun ianya cukup menarik. Perkara ini hanya berlaku di Nigeria sahaja. Mereka turun ke sungai beramai-ramai menangkap ikan untuk hidangan keluarga masing-masing.


Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Bulan Ramadhan hampir kepenghujung
Hari lebaran bakal menjelma
Tangan dihulur jari sepuluh disusun
Mohon kemaafan silap dan dosa dari semua
Malam al qadhar dicari semua orang
Jumpa sekali amalan seribu tahun
Sempena hari raya bakal menjelang
Termakan terminum harap dihalalkan
Sempena hari lebaran yang bakal menjelma
Kami (Siakappaka) dikesempatan ini menyusun jari
Menghulur kedua belah tangan buat semua
Segala dosa dan kesalahan mohon dimaafi
Samada secara sedar atau sebaliknya

Terima kasih...

Doa di Awal Bulan Syawal (Ust.Anis Matta)

Monday, August 13, 2012

Kerapu Bukit Belah

Kali ini penulis ingin menceritakan pula tentang lokasi memancing kerapu di Dungun, lokasi ini diberi nama Bukit Belah yang sangat popular dan disebut-sebut oleh kaki-kaki pancing di Dungun. Baiklah Bukit Belah terletak bersebelahan dengan Batu Payung yang telah diceritakan pada post yang lepas, jika dilihat permandangan melalui gambar ini sememangnya tersohor dengan kedamaian dan ketenangan serta dihiasi rimbunan pokok-pokok dan permukaan sungai yang berbatu-batu sekaligus menarik minat si ikan kerapu bermain.

Hebat sungguh dengan nama Bukit Belah ini, kerana lokasi ini telah menjadi pusat kaki-kaki pancing untuk memancing siakap merah, siakap putih, kerapu, bulus, gelama, pari, kuku, repuh, jenahak, senangin, kurau, kaci dan sebagainya. Lokasi ini jelas kelihatan apabila kita berada di sekitar Bandar dan Pasar Besar Kuala Dungun, serta juga ianya menjadi sebuah tempat perlabuhan dan pengkalan-pengkalan bot nelayan terutamanya. 

Terbinanya jambatan besar Kuala Dungun ini menambahkan lagi kemudahan bagi kaki-kaki pancing dan pengunjung untuk datang ke mari sekaligus mudah untuk ke tempat lokasi-lokasi memancing yang lain seperti bawah jambatan, Pimpin, Batu Payung dan Batu Tanjung yang sememangnya kawasan-kawasan ini dihujani dengan spesis-spesis ikan gred terbaik.

Info: Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang. Harga pasaran ikan kerapu terkini ialah RM60 - RM70/Kg. Dulu ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik.

Kerapu antara ikan yang agak mahal dan amat digemari pada masa sekarang ini kerana isinya yang enak serta boleh dipelbagaikan cara masakannya. Untuk menghasilkan masakan enak, ikan ini perlu terlebih dahulu disapu dengan minyak bijan, sedikit telur, serbuk cili dan tepung ubi di bahagian perut serta seluruh badannya sebelum dimasak atau digoreng.

Sunday, August 12, 2012

Kuku Batu & Kuku Putih

Apakah ikan ini? ikan ini dikenali dengan nama Ikan Kuku adalah dari spesis ikan gred A kategori sungai seperti ikan siakap putih dan merah, rasa isinya tersangat lah sedap. Ikan Kuku ini jarang didengari oleh umum, malah ada juga kaki pancing yang tidak mengenali spesis ini. Ini kerana jarang kaki-kaki pancing menjadikan ikan ini sebagai satu-satunya spesis buruan utama. Selain dikenali sebagai ikan kuku, spesis ini juga dikenali sebagai ikan kakas di sabah.

Ada dua jenis spesis ikan kuku ini pertama ikan Kuku Putih ianya berwarna putih ketika berada di dalam dan di luar air manakala yang keduanya ikan Kuku Batu yang berwarna gelap kehitaman seperti pada gambar yang berjaya dipancing oleh Bro Amer. Dikatakan spesis ini dikategorikan sebagai ikan perlahan kerana ia memakan umpan tidak seperti ikan siakap atau kerapu, ia kemam dahulu makanan barulah ia telam. Tapi boleh tahan juga ia sentap apabila kail terkena padanya, hura-hara juga pemancing itu dibuatnya.

Jika pemancing itu dapat memancing ikan ini dan didapati kail terlekat pada mulut atau bibir ikan tersebut nescaya pemancing ini dikategorikan sebagai raja pancing, kenapa? kerana pemancing ini tau ikan apa yang makan pada umpannya. Manakala jika kail terlekat di dalam perut ikan ini pemancing itu dikategorikan sebaliknya taraf biasa-biasa je seperti aku ni hihi.

Habitat spesis ini jarang berada di tempat terbuka. Ia gemar berada di struktur karang, tempat berbatu, ada tukun dan senangnya ikan ini boleh dicari di tukun pesisiran pantai, atau di sungai payau-masin (hutan bakau/nipah) dan muka kuala. Umpannya gandum, roti, teritek, isi ayam mentah, kulit ayam goreng, udang yang dibuang kulitnya dan ketam kecil seperti ketam angin atau ketam rumput. Kuku Putih yang aku dapat ni aku gunakan umpan anak ikan kembung dipotong dua dan diambil bahagian ekor, kemudian aku pijak-pijak umpan tersebut kasinya jadi lembit-lembit sikit wal hasilnya dapatlah juga si ikan kuku putih ni.

Perambut halus digunakan untuk memancing ikan ini yang berkekuatan 15-20lb dan matakail yang halus bersaiz syiling 10 sen kerana walaupun ikan ini boleh cecah 1kg lebih tetapi daya lawannya tidak berpanjangan dan bukan kaki akrobatik. Bagi aku ikan ini sesuai benar jika dimasak gulai kunyit atau kari gerenti sedap kerana isinya yang banyak, tebal dan lembut. Setahu aku harga ikan kuku ini lebih mahal daripada siakap kerana isinya sedap dimakan dan spesis ini susah dicari.

Bulus Bukit Belah

Semalam, ikan bulus yang dapat dipancing oleh Bro Amer di lokasi Bukit Belah dungun Terengganu, jika masih ada lagi ikan bulus pada masa sekarang ini, menandakan juga ikan gelama masih lagi ada dan bermain di pantai-pantai dan sungai pantai timur.

Kepada pemancing-pemancing di luar sana jom bersiap untuk memancing di kawasan ini, kerana masih banyak lagi spesis bulus dan gelama besar-besar bermain di sini, disamping itu dapat lah juga memancing ikan-ikan lain seperti siakap, kuku, pari, senangin, kurau dan kerapu, sedialah perambut, mata kail dan batu landung banyak sikit kerana kawasan ini penuh dikelilingi oleh batu-batu sungai yang tajam.

Friday, August 10, 2012

Mohon Maaf

Salam Ramadhan...Mohon maaf atas kekhilafan, teguran yg kasar, post2 yg menyinggung perasaan.. Semoga Allah SWT berikan kita kekuatan untuk terus istiqomah sehingga ke akhir Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran as berkata: Wahai Tuhanku, Siapakah orang yg paling mulia pada pandanganMu? Allah SWT menjawab: "Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia

Wednesday, August 8, 2012

Whale carcass to be buried

KOTA KINABALU: THE authorities yesterday moved to bury the 1m-long whale that died in Kuala Penyu. The Fisheries Department made the decision to prevent pollution and at the same time, allow experts, to examine its remains. Two days ago, government agencies and the public launched a desperate attempt to keep the stranded mammal alive at the Kuala Sungai Sitompok beach. Identified as a fin whale of the baleen species, it died about 8pm, nearly 12 hours
after it was first spotted in shallow water nearby.

District fisheries officer Julin Bagang said a contractor was appointed to bury the whale estimated to weigh about 10 tonnes. "We picked a sandy spot not far from the beach," he said, adding this was necessary as the nearest village, Binturu, is about a kilometre away. Julin said they had not received any official request to salvage or collect samples from the carcass, but assured it would be considered. He said the effort was an eye-opening experience for the department and other agencies involved, given their limited knowledge of whales. "We are not even sure if it is a male or female but we believe it is a fin whale of the baleen species based on its basic features. "We tried our best to save it but when darkness fell, I could sense it was dying as the breathing from the blowhole became faster and irregular."

Julin said the whale's final breath was "long, deep and sad" as even the firefighters, wildlife officials and individuals who came to help, fell silent. When word began spreading about the whale being stranded, many made their way there for a glimpse from afar while a few used boats to get close.
Earlier, the Fisheries Department tried guiding it to deeper water but the whale resurfaced and swam towards shore where the water was shallow. In a desperate bid to pull it away, they tried towing it out to sea but failed. By around noon, it was stranded, half submerged on the shore. As the low tide set in from 2pm, the public could walk straight to the whale, which had a black body and white belly, as it laid there until it died.

Beberapa Kekeliruan Lain Terhadap Al-Quran

Antara kekeliruan tentang Al-Qur’an oleh umat Islam adalah mereka hanya mengambilnya sebagai bahan bacaan semata-mata tanpa difahami dan diamalkan isi kandungannya. Walhal yang dituntut oleh Allah adalah penerapan atas apa yang dibaca. Al-Quran bukan kitab untuk mendapat ilmu pengetahuan semata, tetapi jauh lebih dari itu, ia mengandungi hukum-hakam yang wajib diamalkan oleh manusia. Al-Qur’an adalah Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai petunjuk untuk umat manusia. Soal iman, ketauhidan kepada Allah banyak dinukilkan didalamnya sebagai pandian agar umat manusia tidak mempersekutukannya dalam apa jua keadaan.

Al-Qur’an merupakan kitab syariat yang tidak hanya sekadar untuk dibaca dan dihafalkan sahaja, melainkan harus difahami dan diamalkan isi kandungannya dalam kehidupan sehari-hari.  Apakah sesuatu itu boleh dikatakan sebagai petunjuk jika kita tidak

Sunday, August 5, 2012

Ikan yu paus terdampar di pantai Jawa

DUA penduduk memeriksa ikan yu paus yang mati di pantai Pandan Simo Baru

BANTUL, Indonesia - Seekor ikan yu paus yang terdampar kelmarin di pantai Pandan Simo Baru, Yogyakarta akhirnya mati, lapor akhbar Jakarta Post semalam. Ikan sepanjang 13 meter itu mati selepas satu pasukan penyelamat yang terdiri daripada nelayan tempatan gagal untuk menariknya ke laut. Pada minggu lalu, seekor ikan paus sperma turut terdampar di laluan cetek di pantai Pakis Jaya, Karawang, Jawa Barat. Namun, ikan sepanjang 11 meter itu juga mati selepas sehari ia ditarik dengan beberapa buah bot ke kawasan laut dalam. "Ia masih hidup semasa kami menemuinya pada pukul 6 petang kelmarin," kata seorang nelayan, Gambos.

Menurut seorang anggota penyelamat, ikan tersebut mati kerana kelemasan selepas ia cuba untuk kembali ke laut. Dia berkata, anggota-anggota pasukan penyelamat cuba untuk memindahkan ikan tersebut kembali ke laut dengan menggunakan sebuah bot. Namun, katanya, bot tersebut terlalu kecil untuk menarik ikan seberat empat tan itu. "Selain saiz yang besar, ikan itu masih muda. Panjangnya mungkin mencecah 20 meter (dalam tempoh beberapa tahun)," katanya. Menurut Bandis yang merupakan seorang penyelaras pertubuhan Rakan-Rakan Haiwan Yogyakarta, ikan tersebut mendekati pantai kerana ia mencari makanan.

Ikan itu makan ikan-ikan dan sotong kecil, plankton, kerang-kerangan kecil dan alga. Bandis berkata, ikan tersebut berhijrah dari perairan Australia dan melalui perairan Indonesia," kata Bandis. Beliau menjelaskan, ikan itu berpisah daripada kumpulannya. Menurutnya, beliau telah melihat tujuh ekor ikan yu paus yang mendekati kawasan pantai. "Namun, ikan-ikan tersebut boleh mencari arah ke laut dalam," tambahnya. Bandis menyatakan pihaknya telah berunding dengan penduduk tempatan tentang cara untuk menanam bangkai ikan tersebut. Bangkai ikan itu menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan yang mahu melihat haiwan tersebut. "Bukannya setiap hari kami melihat ikan gergasi itu," kata seorang penduduk tempatan Santoso. - Agensi
malaysiaria