Buat Sahabatku

Wednesday, April 24, 2013 ·


Assalamualaikum sahabatku semua...

Tujuan memaparkan gambar ini bkn lah berniat utk mengaibkan sesiapa...hanya sekadar utk kita jadikan ikhtibar... malam tadi 9 mei 2012 sekitar jam 12.30am sy menziarahi jiran sy yg telah dijemput Allah pulang ke rahmatullah... masa sy tiba.. ada beberapa org diluar surau.. dan ada tiga org disini jenazah..dua darinya sedang berbual bertanyakan hal penyebab kematian..yg seorg lagi sedang membaca Yassin...

Selepas memberi salam dan berjabat  tgn ..sy terus sedekahkan surahYassin buat arwah.. ketika dua helaian terakhir surah Yassin dibaca sy dapati tiada siapa lagi disisi jenazah mau pun disisi sy.. yg tinggal hanya sy dan Arwah..

Ya Allah... Hanya ENGKAU sahaja mengetahui perasaan ini.. tinggallah jenazah ini tanpa ditemani anak isteri mau pun saudara mara.. sy jadi serba salah.. kalau sy tinggalkan juga ..maka bersendirian lah ia.. tanpa sy sedar airmata ini menitis.. membayangkan keadaan diri sy nanti..adakah yg menemani sy nanti hingga ke

 kuburan..adakah yg akan menghadiahkan sy surah2 suci buat penenang diri di alam sana...

Sahabatku... benarlah sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :
"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "

Apabila kita mati tiada siapa lagi yg akan menemani kita... hanya Amalan yg akan menemani kita.. ayuhlah sahabatku.. kita menginsafi diri kita.. lupakan segala kejahatan yg lama..Allah itu maha pengampun.. kita kemabililah menjadi hambanya yg bertaqwa.. dunia hanya persinggahan , tiada yg kekal diatas muka bumi ini..semuanya pasti akan merasai mati...perbanyakkanlah amalan utk kita bawa pulang ke sana nanti...

p/s ; kepada anak2.. apabila perkara ini terjadi kpd ibu bapa anda atau kaum kerabat anda..jgn lah tinggalkan org yg anda kasihi sendirian..temani la ia sampai kekuburan.. jgnlah hanya semasa hidupnya sahaja kamu memerlukannya.. dia juga memerlukan mu semasa matinya...berdoalah setiap hari utk mereka dialam sana.. doa2 anak yg soleh akan menyelamatkan mereka dari seksa kubur..Insyallah...

Maafkan sy andai coretan ini membuatkan ada yg tidak senang....Jika Pesanan Ini Berguna Untuk Anda Sila SHARE Pada Sahabat2 Anda....

Walllahualam..
SUMBER : http://www.facebook.com/lisa.ghazali.5

3 comments:

Pancing Warisan said...
Wednesday, April 24, 2013 at 1:11:00 PM GMT+8  

Benar tu bro.Hanya amalan yang akan mengikuti kita sampai ke SANA..Salam takziah buat keluarga arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat.In Shaa Allah

Si Pari-Pari said...
Monday, April 29, 2013 at 5:52:00 PM GMT+8  

Pernah juga saya alamai perkara ini, dari malam sehingga pagi saya bersendirian bersama jenazah sedangkan yang lain tidur berdengkur. Pengalaman berguna untuk diri sendiri. Al fatihah buat arwah..

Si Pari-Pari said...
Monday, April 29, 2013 at 5:54:00 PM GMT+8  

Pernah juga saya alami perkara ini. Dari malam sehingga pagi, sy berseorangan bersama jenazah sedangkan yang lain tidur berdengkur. Ia sangat memberi kesan kpd saya. Al-fatihah buat arwah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets