Pulang

Tuesday, December 1, 2015 · 1 comments

Kebanyakkan kita semua tidak menyedari yang kita terlalu mencintai dunia(hubbun dunya) sanggup menghabiskan harta semata-mata untuk mendapatkannya, kita terlalu sibuk mencarinya, sedangkan kita tahu yang kita PASTI akan meninggalkannya, pelik-pelik... Kenapa kita tidak sibuk untuk mengenali Pencipta(Allah Ta'ala) Dialah yang memberi segala-galanya, Dialah yang mengadakan segala-galanya, Dialah yang mengambil semuanya... semuanya Dia Dia Dia(af'alNya)...

"Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir... dunia yang fana akan ditinggalkan... hanya amalan yang dibawa..."

JAGA-JAGA, TERGELINCIR

Wednesday, November 25, 2015 · 0 comments

Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah, atau terkenal disebut Imam Hanafi, pernah berjalan bertentang arah dengan seorang budak kecil yg berjalan mengenakan terompah kayu. Sang imam berkata : "Jaga-jaga, Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kau tergelincir".

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah. "Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi. "Nu'man namaku", jawab sang imam. "O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam agung) itu..??", tanya si budak. "Bukan aku yang memberi gelaran itu, Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab sang Imam. "Wahai sang Imam, berhati - hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi

Kerapu Paka

Monday, September 28, 2015 · 0 comments

Berat: 2kg
Spesies: Kerapu
Teknik: Suft Casting
Umpan: Udang mati
Lokasi: Sungai Tebing Tembah, Paka
Pemancing:

Pari 10kg

Sunday, September 27, 2015 · 0 comments

Aktivi lapah dan membahagi-bahagikan isi ikan Pari seberat 10kg yang berjaya didaratkan di lokasi muara sungai Kuala Dungun berhampiran kedai makan ikan bakar pada malam 22 Sept 2015....

Kredit to

Kerapu Bunga

· 0 comments

Berat: 1.4kg
Spesies: Kerapu Bunga
Teknik: Suft Casting
Umpan: Hirisan Ikan Selayang
Lokasi: Sungai Paka Tebing Tembah
Pemancing: Kero Hadi
Aktivi pada 21 Sept 2015, Isnin.

Kurau Muara Dungun

Monday, September 21, 2015 · 0 comments

Spesies: Kurau
Teknik: Suft Casting
Umpan: Ikan Seluang
Pemancing: Shah
Lokasi: Muara sungai Kuala Dungun, berhampiran kedai makan ikan bakar.

Senangin Kuala Dungun

Tuesday, September 1, 2015 · 0 comments

Sejenis spesies yang hidup berkumpulan dan mendiami kawasan-kawasan perairan yang tenang dan cetek, ia menghuni tukun-tukun atau kawasan berbatu-batu berhampiran pantai, teluk atau kuala-kuala sungai yang berpasir dan berair payau.

Dari segi fizikal ia mempunyai empat sirip di badannya dengan ekor yang bercabang dan beberapa janggut di bawah kepalanya. Kadangkala kita dapat menemui beberapa spesies Senangin yang berlainan warna, tetapi selalunya kerap ditemui adalah berwarna putih keperakan dengan sisik-sisik yang halus di sekeliling badannya. Warna badannya yang putih berkilat semasa ia hidup akan cepat bertukar menjadi gelap apabila ia mati.

Ia boleh mencecah berat antara 1 - 4kg, kadangkala ia juga mampu membesar lebih jauh sehingga mencecah 18kg bergantung kepada keadaan persekitarannya dan ia boleh dipancing tanpa mengira waktu atau musim. Tahniah diucapkan kepada Amer, Syawal & Keman yang berjaya memancing spesies ini di lokasi Muara Sungai Kuala Dungun berumpankan hirisan udang.

Kerapu & Kakap Merah

Thursday, August 6, 2015 · 0 comments

Spesies: Kerapu & SiakapMerah
Teknik: Surf Casting
Umpan: Hirisan ikan selayang
Reel: Shimano Sienna
Rod: Abu Garcia Tournament
Lokasi: Sungai Paka, Kg. Tebing Tembah, Paka.
Siakapmerah dan Kerapu adalah spesies yang gemar bermain di celahan batu dan reba, terutama Siakapmerah spesies yang sangat agresif dan ganas apabila terkena pancing, walaupun hanya seberat 400g spesies ini mampu menumbangkan atau menjatuhkan joran pemancing jika tidak kena dengan caranya apatah lagi jika sang merah ini seberat 1-3kg. Memancing Siakapmerah di muara sungai lebih mencabar dan menyeronokkan bagi aku jika dibandingkan memancing ikan-ikan lain di pantai, ini kerana tempatnya penuh berbatu dan sering kali tali pancing terputus akibat geseran pada celahan batu atau reba.

Ucapan Raya 1436H

Tuesday, July 14, 2015 · 0 comments


"Sungai Disusur Sehari - hari,
        Dalam Gelap Menangkap Ikan,
            Kami Menyusun Sepuluh Jari,
                 Salah & Silap Harap Maafkan".

Sempena hari raya menjelang tiba, kami Siakappaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin buat semua muslimin muslimat terutamanya kepada semua warga pancing beragama Islam. Sama-samalah kita bergembira & bermaaf-maafan sesama kita di bulan Syawal yang mulia ini, semoga Allah Ta'ala menerima taubat, puasa kita & menjadikan kita kembali dalam keadaan suci serta termasuk dalam orang-orang yang mendapat kemenangan di dunia & di akhirat.

Baung Ramadhan

Sunday, July 12, 2015 · 0 comments

Spesies: Ikan Baung
Teknik: Surf Casting
Umpan: Cengkerik
Lokasi: Sungai Minda, Kg. Minda, Jerangau, Dungun. 

Info: Spesies yang tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang sering digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut(rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau menggunakan cacing tanah yang besar atau juga usus ayam.

Lailatul Qadar

Thursday, July 2, 2015 · 0 comments

Doa Lailatul Qadar...
Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (Keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.

Bulan-bulan

Tuesday, June 23, 2015 · 0 comments

Bulan jatuh ke riba.
Teknik: Casting
Lure:Flatrap Redhead
Reel:Shimano Cardiff 201
Pemancing: Izzat
Spesies: Anak Tenggiri. Teknik: Casting. Lure:Flatrap Redhead. Reel:Shimano Cardiff 201. Pemancing: Izzat. Lokasi: Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Baby Tenggiri

Tuesday, May 12, 2015 · 0 comments

Spesies: Anak Tenggiri.
Teknik: Casting.
Lure:Flatrap Redhead.
Reel:Shimano Cardiff 201.
Pemancing: Izzat.
Lokasi: Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Gerepoh

Thursday, May 7, 2015 · 1 comments

Ikan: Gerepoh @ Baby Giant Travelly(GT)
Lokasi: Bukit Belah, Dungun
Teknik: Casting. Pemancing: Izzat. Lokasi: Kuala Jengal, Dungun

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Teknik: Casting. Pemancing: Izzat. Lokasi: Kuala Jengal, Dungun

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Teknik: Casting 
Pemancing: Izzat
Teknik: Casting. Pemancing: Izzat. Lokasi: Kuala Jengal, Dungun

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Kuku

Monday, April 20, 2015 · 0 comments

Ikan: Kuku Putih
Berat:600g
Umpan: Udang Hidup
Masa: 11.07pm, air surut
Pemancing: Omar
Lokasi: Sungai Kg. Tebing Tembah, Paka.
Ikan: Siakap Merah Berat: 1kg Umpan: Anak ikan kembung Masa: Jam 12.05pm ketika air mulai surut Pemancing: Pak Ripin Lokasi:

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Menyelam Jangan Sampai Karam

Wednesday, March 18, 2015 · 1 comments

Kita kerja sebagai penyelam mutiara. Bos kita kata, "Mung cari mutiara banyok-banyok. Tapi ingat... dalam laut nun comel, jangan ralik... tangki oksigen tu tahan 2 jam joh!". Kita kata, "Bereh bossss!".

Bila buat selaman, kita terkemamaaaaa.... terpesona dengan comelnyooo dunia laut!. Sentuh sana sentuh sini, ambik gambar gitu gini, terlupo yang oksigen nok habis dohhhh... boboq(kelam kabut jadinya), nasib baik berjaya naik. Bila bos tanya, "Mano mutiara hok aku suruh mu cari?", kita pun dok tahu nok jawab guano doh la... memang kita kerah pedal, kita cari pasalllll...

Gitulah kita hidup di dunia ini, tempoh kita ada penamat ibarat oksigen yang digalas penyelam. Dunia memang comel tapi jangan lupa tugas kita di dunia. Gapo dia? Cari sendiri.... Kita besar jeregut doh belako... hok lain kita boleh kutip cari, takkan hok hakiki(siap ada akur janji dengan Allah lagi), kita dok reti. Cepatlah kita cari mutiara!. Bos... kalu dio nok panggil, dok kiro masaaaa...

Semoga bermanfaat.
Dr. Nazif

Sebarau

Tuesday, March 3, 2015 · 0 comments

Spesies pemangsa air tawar yang bersisik di perairan Malaysia. Ia merupakan pemangsa yang agresif dan sangat gemar bermain di kawasan yang berarus, lincah, cergas dan agresif ketika memburu anak-anak ikan atau udang kecil. Badannya terdapat satu belang hitam, kepalanya seakan-akan kelah tetapi badannya lebih leper dan mempunyai ekor merah berbentuk “V” dan berbingkai hitam.

Teknik: Casting.
Pemancing: Izzat.
Lokasi: Kuala Jengal, Dungun.

Pesta Mancing Gelama

Sunday, March 1, 2015 · 0 comments

Di mana? semestinya di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu. Berduyong-duyong rakyat di Dungun dan di luar Dungun datang ke pantai ini untuk menikmati hasil tangkapan si ikan Gelama, ada yang bawa keluarga, rakan-rakan dan ada juga yang bermalam serta berkhemah untuk memancing sampai ke pagi, kebanyakkan pemancing-pemancing memperolehi ikan Gelama yang berukuran sebesar selipar saiz 7 & 8 seberat 300-500g, terutamanya spesies gelama yang bergelar bongkok.

Teluk Lipat, nama pantai yang telah terkenal dari dulu lagi yang semestinya terletak di daerah Dungun Terengganu, di musim begini pemandangan akan menjadi lebih indah jika dilihat pada waktu malam seakan-akan seperti pesta malam kerana sepanjang pantai yang berukuran lebih 15km ini disinari dengan cahaya api dan lampu yang dipasang oleh setiap kaki-kaki pancing yang memancing di pantai ini.

Kebanyakannya mereka pasti akan menikmati hasil tangkapan ikan Gelama, Bulus, Pari, Ebek, Talang dan Gerong. Jom ramai-ramai ke sini, kita pakat mancing ikan Gelama, gambar jelas menunjukkan suasana keriuhan serta gelagat pemancing-pemancing dan keluarga menikmati aktiviti memancing, bagi sesiapa yang belum pernah memancing cuba-cubalah datang memancing di sini sudah tentu kalian akan jadi gila memancing.

Haruan

· 0 comments

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus). 

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia iaitu Haruan, Ruanjuk, Bujuk dan Red Tailed Snakehead. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies. Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh.

Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar 1kg.

Pemancing: Izzat
Teknik: Casting

Pari Bukit Belah

Sunday, February 22, 2015 · 0 comments

Ikan: Pari
Berat: 1.5kg
Umpan: Udang Hidup
Masa: Air Surut
Teknik: Surf Casting
Reel: Banax 1000
Lokasi: Bukit Belah Dungun

Stopa...

Geruk-Geruk

· 0 comments

Ikan: Geruk
Berat: 2kg
Umpan: Hirisan udang Mentah
Masa: Air Pasang
Teknik: Surf Casting
Reel: Shimano Solstace 4000
Joran: Abu Garcia Tournament Classic
Lokasi: Pantai Teluk Lipat Dungun

Amer...

Tokguru Nik Abdul Aziz kembali ke Rahmatullah

Friday, February 13, 2015 · 0 comments

Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 9:40 malam tadi. Kematiannya disahkan oleh Doktor Pakar Professor Dr Jafri Malin bin Dato Abdullah yang mengetui team merawat Allahyarham di Hospital Universiti Sains (HUSM) Kota Bharu Kubang Kerian.

Allahyarham dimasukkan ke HUSM 19 Januari lepas dan keadaan kesihatannya semakin merosot. Selepas Magrib beliau dibawa balik ke rumahnya di Pulau Melaka. Keputusan membawa balik itu adalah atas permintaannya sendiri yang berharap dapat menghembuskan nafas terakhir di rumahnya. Kira-kira jam 8:00 malam ambulan yang membawanya dari HUSM tiba di rumah. Tidak sampai sejam beliau menghembuskan nafas terakhir.

Tokguru meninggal dunia malam Jumaat dimana tarikh pemergiannya sama dengan tarikh kematian al Syahid Hassan al Banna. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Al Fatihah. Info Mso.

Banjir

Wednesday, January 14, 2015 · 0 comments

3 analogi menarik daripada intipati khutbah Jumaat:
  1. Banjir kerap blaku di Pantai Timur, sesiapa yang membuat persediaan dengan meninggikan rumah, menyediakan sampan, meninggalkan rumah lebih awal, menyediakan bekalan makanan mencukupi dan lain-lain lagi, maka dia akan selamat daripada keperitan bencana banjir. Demikianlah kematian dan hari pembalasan akhirat pasti tiba, sesiapa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets