background img

Gelama Pantai Sura Dungun

Gelama adalah spesis ikan yang gemar bermain di perairan pantai yang sekarang ini banyak melanda di pantai-pantai timur terutama di Pantai Teluk Lipat Dungun ini. Inilah musim Gelama yang sangat popular bagi kaki-kaki pancing, pergilah di mana-mana area pantai Terengganu ini semestinya ramai dipenuhi oleh gelagat-gelagat pemancing tega dalam memburu spesis ini. Antara spesis yang selalu berjaya didaratkan oleh pemancing ialah gelama pisang, gelama bongkok, gelama gigi, gelama eput', gelama hitam dan ibu gelama. Gambar menunjukkan rezeki gelama yang diperolehi semalam di area Kg. Sura Tengah Pantai Teluk Lipat sehingga membuatkan kami tidak berganjak sehingga ke pukul 3.00am walaupun dalam keadaan ombak dan angin yang kuat.

Blog List

Advertisement

Chat

Followers