Tukar absorber Myvi
-
Time aku ganti tayar baru2 nih tuh, memang pomen tuh ada cakap yg absober
belakang myB aku nih dah rosak.. Time kat kedai tuh aku tanya jugak berapa
kos na...
9 years ago
Assalamu'alaikum kepada pembaca-pembaca Blog Siakappaka, kali ini penulis ingin menceritakan tentang lokasi memancing ikan gred A di Terengganu iaitu Kampung
Seberang Takir Kuala Terengganu. Seperti di dalam gambar, di kawasan inilah menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan-ikan laut
dan ikan-ikan sungai kelas terbaik seperti Ebek, Gerung, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain.
Jika anda gemar memancing ikan-
ikan laut anda bolehlah memancing di sebelah laut, manakala jika anda pula gemar memancing ikan-ikan sungai anda bolehlah memancing di sebelah sungai ataupun
kedua-dua sekali serentak mana tau jika ikan laut tak dapat berkemungkinan ikan sungai yang dapat, betul kan.
Seberang Takir terletak bersebelahan pinggir bandar Kuala Terengganu yang dipisahkan oleh sebuah sungai dan muara. Jika anda berada di Pasar Payang dan Bazar
Warisan perkampungan jelas kelihatan tidak jauh dari situ. Ada dua cara untuk ke Kampung Seberang Takir samaada melalui jalan darat ataupun melalui jalan
sungai dengan menaiki bot penambang. Bot penambang sudah sinonim dengan penduduk-penuduk di perkampungan seberang sungai besar Kuala Terengganu terutamanya
penduduk-penduduk kampung
Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan air yang sering digunakan untuk ke bandar Kuala Terengganu kerana jaraknya lebih
dekat jika dibandingkan dengan jalan darat, dengan tambang hanya RM1.00 untuk perjalanan sehala, anda bolehlah merasai bagaimana menaiki bot penambang dan
melihat kehidupan penduduk kampung di sini seperti aktiviti-aktiviti nelayan, memancing, membuat kerepuk lekor, membuat ikan kering, membuat batik dan
permainan layang-layang atau wau.
Sejarah Seberang Takir: Pada zaman dahulu, Seberang Takir hanya dikenali dengan panggilan ‘Seberang’ sahaja dan tiada penduduk pun yang menetap di situ.
Jadi, pada suatu hari, dua orang lelaki telah ditangkap kerana mencuri barang kemas di sebuah rumah penduduk di daerah Kuala Terengganu. Lelaki itu adalah
Pak Said dari Manir dan Pak Abdullah dari Kampung Chabang Tiga. Selepas dibicarakan, Pak Said dijatuhi hukuman takir tangan kanan sehingga putus kerana
mengambil barang kemas tersebut. Pak Abdullah sebaliknya telah dijatuhi hukuman takir kaki kanan kerana bertangungjawab dalam merancang dan mengajak Pak Said
untuk mencuri.
Kesimpulannya Seberang Takir merupakan sebuah pekan yang terletak di Kuala Terengganu Negeri Terengganu, Malaysia. Seberang Takir merupakan sebuah
perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk
para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala
Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang
dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.
Copyright 2013 Siakappaka