Pemandangan Indah Di Tebing Tembah

November 21, 2010 by
Kampung Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu mempunyai keunikan tempatnya yang tersendiri selain sungainya mempunyai spesis-spesis ikan yang menarik, lokasi ini juga mempunyai keindahan yang mengagumkan sesuai benar untuk membawa keluarga pergi berkelah.

Lokasi ini terletak di antara bandar Paka dengan Kampung Pinang Merah dan perlu menyusuri jalan kampung yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah sehingga
bertemu dengan jalan mati yang berhampiran dengan sungai, aa di situlah lokasinya.

Lebih menarik jika ada bot sendiri bertujuan menyeberangi sungai untuk menuju ke lokasi yang diberi nama Pelor di mana tempat ini juga sangat cantik dan banyak lagi spesis-spesis ikan menarik yang bermain di sini seperti ikan siakap merah, siakap putih, kerapu, repuh, pari dan lain-lain lagi.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog