background img

Memancing Di Laut Mengabang Telipot

Assalamu'alaikum... Seterusnya trip kami semalam 2/10/2010, di laut perairan Pantai Mengabang Telipot Kuala Terenggganu, kami mula bertolak dari pukul 4.45am dari Dungun dan setibanya sampai pada pukul 5.40am. Selepas itu kami berserapan pagi bagi mengisi perut yang dah banyak kali berkeruk-keruk bunyinya semasa di dalam kereta, setelah selesai kami mula menaiki bot dan bertolak pada pukul hampir 6.30am... dalam trip kali ini wal hasilnya dikatakan agak membanggakan juga kerana masing-masing dapat membawa hasil tangkapan sehingga penuh satu tong ikan sederhana.
Semasa sibuk memancing, kami terpaksa pulang awal lebih kurang pada pukul 2.00pm di sebabkan keadaan waktu yang tidak menentu menunjukkan hujan akan turun pada bila-bila masa. Di samping itu aku sertakan info sikit mengenai pantai yang menarik ini... Dipetik dari blog Jom Terengganu, Pantai Mengabang Telipot Kuala Terenggganu terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail.
Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengungjung dari luar untuk berkunjung ke sini. Selain itu di pantai ini juga terkenal dengan Restoran makanan Laut yang bercelup tepung. Contoh makanannya ialah Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung, Ketam Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung. Keropok lekor merupakan hidangan wajib yang disajikan di sini.
Pemandangan di sini amat menarik dengan gelagat pengunjung yang tidak putus-putus terutama pada hari minggu. Kebiasaanya perkelahan keluarga menjadi pilihan di pantai ini dan tidak terkecuali pelajar-pelajar dari institut pendidikan berdekatan turut juga memeriahkan suasana di pantai ini. Aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan.
Hasil yang berjaya dipancing setelah hampir 1 jam memancing...... Bro Min
Hasil yang berjaya dipancing setelah 1 jam memancing...... Bro Hadi


0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers