background img

Sotong Mengabang Melanda Pantai Dungun

Trip kami kali ini memancing sotong mengabang di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu semalam dengan cara mengewang dan menggunakan umpan candat udang, aktiviti kami bermula pada pukul 8.30pm-12.00am dan inilah gambar hasilnya(Pak Ripin) yang sempat diambil kerana masing-masing sibuk mengewang.

Ada berbagai-bagai kaedah atau cara yang biasa dilakukan oleh pemancing tempatan untuk menangkap sotong selain mencandat dan salah satunya ialah mengewang iaitu dengan menggunakan peralatan khas yang dinamakan candat.

Di dalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengikut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan di antaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan lain-lain lagi.
Candat Udang sangat sesuai digunakan untuk mengewang dan mencandat sotong mengabang, ini kerana bentuknya yang solid serta dapat mengimbangi badan di dalam air dan sekaligus memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong.

Keberkesanan candat banyak bergantung kepada kejernihan air, kekuatan arus, arah arus, suhu air laut, kemasinan air laut, keamatan cahaya bulan, cara mengewang candat, nafsu makan sotong dan yang paling penting ialah jumlah sotong yang berkumpul di perairan pantai.

Penggunaan candat berbeza memberikan peluang kepada pemancing atau pengewang untuk mendapatkan hasil sotong yang lebih.


Gambar menunjukkan Variasi Candat Udang.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers