background img

Kerapu

Salam semua... Inilah ia rupa ikan kerapu seberat 400g yang dapat ku pancing pada petang semalam dengan berumpankan kepala ikan alu-alu, hihi nak masak apa erk petang ni dengan ikan ni, kari ke atau 3 rasa, hemmm... 3 rasa lah kut hihi...

Kerapu antara ikan yang agak mahal dan amat digemari kerana isinya yang enak serta boleh dipelbagaikan cara masakannya. Untuk menghasilkan
masakan enak, ikan ini perlu terlebih dahulu disapu dengan minyak bijan, sedikit telur, serbuk cili dan tepung ubi di bahagian perut serta seluruh badannya sebelum digoreng.

Ikan Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang.

Harga pasaran ikan kerapu terkini ialah RM60 - RM70/Kg. Dulu ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik. Ramai lebih menggemari ikan laut yang lain seperti Aya(Tongkol), Tamban, Tenggiri, Bawal, Selar Kuning dan Selayang.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers