Kisah Seorang Pakcik (Untuk Renungan Bersama)

Monday, July 5, 2010 ·

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel . Saya kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca.
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
Seorang Pak Cik berbual dengan saya setelah dia pulang dari demonstrasi anti-Yahudi sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
Pak Cik      :      “Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh
dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya         :      Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
Pak Cik      :      “Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh
seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya         :      Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya  banyak
diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
Pak Cik      :      “Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit…
janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Saya         :      Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong
tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
Pak Cik      :      “Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni
                     sakit-sakit sejak akhir ni.”
Saya         :      “Kenapa Pak Cik?”
Pak Cik      :      “Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
Saya         :      “Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
Pak Cik      :      “Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Saya         :      “Winston from America ?” bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

Saya         :      “Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi.
Pak Cik      :      Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
Saya         :      “Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,”
                     tegas saya.
Pak Cik      :      “Apa dia?”
Saya         :      “Solat Subuh berjemaah.”
Pak Cik      :      “Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.”

Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

Saya         :      “Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang
                     akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
Pak Cik      :      “Kita mesti sanggup memikul senjata.”
Saya         :      “Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
Pak Cik      :      “Saya tak faham.”
Saya         :      “Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang
menyakitkan mereka.”
Pak Cik      :      “Apa yang menyakitkan mereka?”
Saya         :      “Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat
subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
Pak Cik      :      “Jadi?”
Saya         :      “Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.

Pak Cik      :      “Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan
awak?”
Saya         :      “Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi
jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
Pak Cik      :      “Awak sindir saya?”
Saya         :      “Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam,
termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
Pak Cik      :      “Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”

Lagi-lagi ke situ fikirnya.

Saya         :      “Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
Pak Cik      :      “Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
Saya         :      “Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah
bangunkan cara hidup Islam?” “Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.” “Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
Pak Cik      :      “Contoh?”
Saya         :      “Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk,.. .

Pak Cik      :      “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut
golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
Saya         :      “Ketiga-tiga isme itu sama.”
Pak Cik      :      “Sama?”
Saya         :      “Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
Pak Cik      :      “Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.

Saya         :      “ Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak
artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
Pak Cik      :      “Misalnya?”
Saya         :      “Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan
penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
Pak Cik      :      “Lagi?”
Saya         :      “Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam.
Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
Pak Cik      :      “lagi?”
Saya         :      “Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan
mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
Pak Cik      :      “Idola Amerika?”
Saya         :      “Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang
leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya.

Saya         :      “Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan
perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
Pak Cik      :      “Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
Saya         :      “Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita.
Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.” “Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
Pak Cik      :      “Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
Saya         :      “Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya
risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

NOTA: 

Tatkala Rasulullah saw di hina, di keji baginda tidak membalasnya dengan kejahatan, bahkan menunjukkan nilai2 Islam iaitu melalui akhlak baginda, subhanallah… memang begitu indah contoh yg di bawa oleh baginda..sehingga boleh menarik non muslim kepada muslim di sbbkan oleh akhlak mulia yg di tonjolkan oleh baginda.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets