Info Udang Galah

April 05, 2010 by
Salam semua... berita gempak datang lagi... berita mengenai udang galah milik Bro Hadi... Boleh dikatakan udang galah seberat 300-500g yang berjaya dipancing di perairan Sungai Durian Mentangau Dungun Terengganu...

Dikatakan lagi di sini lah lubuk udang galah yang terbesar dan yang terpopulerrr skali di mana-mana sungai yang terdapat di Dungun ini...

Alang-alang tu aku sertakan info mengenai udang galah: Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2010).

Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi.

Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar).

Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah.

Terdapat juga program pembangunan pertanian kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies tumpuan untuk dimajukan.

Malah ada daerah yang telah memilih spesies ini sebagai maskot atau produk utama pengeluaran di daerah masing-masing.

Sebuah ladang akuakultur yang terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang penternakan udang galah untuk pasaran tempatan dan eksport. Udang galah juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog