Tips Mancing Udang Galah Atas Bot

April 13, 2010 by
Assalamu'alaikum, Aaa... bertemu lagi kita dalam slot pancing udang galah lagi... sekarang ni group Siakappaka asyik sibuk dengan memancing udang... Jadi, apa yang kami dapat... itulah yang kami nak kongsikan bersama anda semua.

Sabor jer laa... bagi mereka yang gemar dan tak sabar-sabar melihat udang galah, pun dinasihatkan juga saborr-saborr jer lahhh... Tengok-tengok dan baca jer la jawabnyerr... hehe... Aaa.. disamping tu, aku beritahulah juga cara-cara memancing udang galah di atas bot.

Perkara utama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya enjin sangkut 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan lampu kalimantang atau lampu ayam. Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang (yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan di dalam peti sejuk, bagi memastikan kesegarannya).

1. Untuk memancing di atas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12-16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2-3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dengan melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Peringatan:
1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan seperti daging di kawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

"SELAMAT MEMANCING UDANG GALAH DI ATAS BOT"

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog