Ikan Gred A

February 16, 2010 by

Ikan ini dikenali dengan nama ikan Kuku orang Terengganu yang panggil, bahasa bukunya aku dok tahu adalah dari spesis ikan gred A kategori sungai seperti ikan siakap putih dan merah, rasa isinya tersangatlah sedap.

Kalu mu dok caya mu pancing lah sendiri, jika mu dapat ikan ini, mu masaklah gulai kunyit atau kari peh! memang gerenti sedap giler, untuk pengetahuan semua, kalau mu dapat pancing ikan ini dan didapati kail terlekat di dalam perut ikan, mu kira bernasib baik je dapat ikan ni, kira taraf biasa je lah memancing, dan jika didapati kail terlekat pada mulut atau bibir ikan ni nescaya mu adalah dikategorikan sebagai raja pancing atau raja sungai.

Kenapa? kerana pemancing ini tau ikan apa yang makan pada umpannya, jenis ikan kuku makan umpan tidak seperti ikan siakap atau ikan yang lain-lain kerana ikan ini ia kemam dahulu makanan barulah ia telam. Kalu mu nok dapat ikan kuku ni biasanya orang guna umpan gandum(roti), teritek, daging ayam, kulit ayam goreng, umpan ikan dedeh, kerang, udang mentah yang dibuang kulitnya dan ketam kecil(ketam angin), setahu aku ikan kuku ni 1kg harganya lebih mahal daripada ikan siakap dalam RM30/kg. Selamat memancing ikan kuku.
Lagi

2 comments:

Anonymous said...

kiranya aku ni raja sungai lah?hahaha..sbb pnh dpt ikan ni mata kail sangkut kat mulut

Admin said...

Oooo hebat2... admin kagum dgn deme...

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog