Kuku Batu & Kuku Putih

August 12, 2012 by
Apakah ikan ini? ikan ini dikenali dengan nama Ikan Kuku adalah dari spesis ikan gred A kategori sungai seperti ikan siakap putih dan merah, rasa isinya tersangat lah sedap. Ikan Kuku ini jarang didengari oleh umum, malah ada juga kaki pancing yang tidak mengenali spesis ini. Ini kerana jarang kaki-kaki pancing menjadikan ikan ini sebagai satu-satunya spesis buruan utama. Selain dikenali sebagai ikan kuku, spesis ini juga dikenali sebagai ikan kakas di sabah.

Ada dua jenis spesis ikan kuku ini pertama ikan Kuku Putih ianya berwarna putih ketika berada di dalam dan di luar air manakala yang keduanya ikan Kuku Batu yang berwarna gelap kehitaman seperti pada gambar yang berjaya dipancing oleh Bro Amer. Dikatakan spesis ini dikategorikan sebagai ikan perlahan kerana ia memakan umpan tidak seperti ikan siakap atau kerapu, ia kemam dahulu makanan barulah ia telam. Tapi boleh tahan juga ia sentap apabila kail terkena padanya, hura-hara juga pemancing itu dibuatnya.

Jika pemancing itu dapat memancing ikan ini dan didapati kail terlekat pada mulut atau bibir ikan tersebut nescaya pemancing ini dikategorikan sebagai raja pancing, kenapa? kerana pemancing ini tau ikan apa yang makan pada umpannya. Manakala jika kail terlekat di dalam perut ikan ini pemancing itu dikategorikan sebaliknya taraf biasa-biasa je seperti aku ni hihi.

Habitat spesis ini jarang berada di tempat terbuka. Ia gemar berada di struktur karang, tempat berbatu, ada tukun dan senangnya ikan ini boleh dicari di tukun pesisiran pantai, atau di sungai payau-masin (hutan bakau/nipah) dan muka kuala. Umpannya gandum, roti, teritek, isi ayam mentah, kulit ayam goreng, udang yang dibuang kulitnya dan ketam kecil seperti ketam angin atau ketam rumput. Kuku Putih yang aku dapat ni aku gunakan umpan anak ikan kembung dipotong dua dan diambil bahagian ekor, kemudian aku pijak-pijak umpan tersebut kasinya jadi lembit-lembit sikit wal hasilnya dapatlah juga si ikan kuku putih ni.

Perambut halus digunakan untuk memancing ikan ini yang berkekuatan 15-20lb dan matakail yang halus bersaiz syiling 10 sen kerana walaupun ikan ini boleh cecah 1kg lebih tetapi daya lawannya tidak berpanjangan dan bukan kaki akrobatik. Bagi aku ikan ini sesuai benar jika dimasak gulai kunyit atau kari gerenti sedap kerana isinya yang banyak, tebal dan lembut. Setahu aku harga ikan kuku ini lebih mahal daripada siakap kerana isinya sedap dimakan dan spesis ini susah dicari.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog