Udang Galah Dungun

February 22, 2010 by
Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar.

Aaa betul tak betul nama saintifiknya aku tak tahu lah, artikel ini aku dapat kat wikipedia mu nak tahu lebih lanjut mu tengok lah sendiri dalam artikel ni.

Tapi yang pastinya, yang aku tahu dan yang aku kenali inilah dia wajah Pakar Pancing Pak Ripin namanya memang betul-betul kaki pancing, pasal apa, pasal dia pro memancing dan tahu semua pasal memancing serta banyak pengalaman yang dia lalui dalam dunia memancing sama ada di laut ker, tasik ker, sungai ker, pantai ker dan juga pakar membuat kail, batu landung, pukat, jala, candat, gewang, membaiki kekili dan joran serta pakar membuat ikatan perambut berbagai jenis dan tujuan.


Aaa... yang ni aku dapat tips-tips memancing udang dari pancing.net, mu semua try lah pancing dengan cara ni mana tau kot-kot dapat rezeki besor mana tau kan tak salah rasanya kalu mencuba... ker guana.

Tips yang diturunkan dibawah ni berdasarkan pengalaman sendiri dan yang diajarkan oleh sifu-sifu pancing di Sabah:

1 Pakai mata pancing buat sendiri ( biasanya yang amat praktikal pakai tali gitar ( bass ) kan dalam dia ada lagi besi yang kecil... pakai tulah... bentuk-bentukkan sikit macam mata kail yang dijual dikedai tu.. Nota: Hasil eksperimen saya dalam arena pancingan udang ni... kalau perbandingan antara mata kail yang dijual dikedai dengan tali gitar ni... 10 ekor hasil mata kail bikin... 1 ekor oleh mata kail berbagai jenama ( Nisbah 10:1 )

2 Pakai stokin wanita... Caranya simpan umpan dalam stokin tu, kemudian labuhkan macam sauh... Cuba tunggu 1/2 jam... akan kelihatan beberapa ekor udang akan melekat pada stokin tu kerana ia cuba menyepit tapi tak boleh terlepas.

3 Pakai rasuah... Caranya kena beli 1 tin sardin, kemudian tebuk tin tersebut buat lubang-lubang kecil tetapi biar banyak... lepas tu labuhkan macam sauh juga...lihatlah hasilnya.

4 Kalau banjir jangan disangka udang tak makan pancing, biasanya kalau air keruh, udang akan mencari makan berhampiran tebing... so, pancinglah di tepi.

5 Kalau udang galah ni galak makan pada waktu matahari nak tenggelam, baik berhenti... jangan teruskan... bukan apa, banyak buruk dari baiknya terutama kalau memancing seorang ditempat yang terpencil.

Wassalam...

3 comments:

wangianku said...

Aik mcm kenal jer ngan mamat ni...

suhaimimd said...

tips nombor 5 tu memang aku stuju sangat.. yg bab rasuah tu belum cuba, terima kasih atas info...

Min said...

Sama lah ngan sy, aku memang setuju, baik prepair utk solat magribh kan, tp aku tak penah pegi sorg2, boring, hehe tq bro coz tgk2 sini... ini gambar kat sungai durian mentangau dungun trg, di belakang kebun lada, kat sini confirm byk udg sepit biru mega...

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog