background img

PERISTIWA HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM

PERISTIWA HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM

Penderitaan yang dialami oleh Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dan para sahabat baginda semakin teruk. Orang kafir Quraisy juga semakin zalim bertindak ke atas mereka. Baginda Sollallahhu'alaihiwasallam tidak sanggup melihat sahabat-sahabat terus derita melalui detik-detik sukar tersebut.

Akhirnya Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam mencadangkan agar mereka berhijrah ke Habsyah kerana rajanya pada ketika itu tidak kejam. Para sahabat Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam bersetuju dengan cadangan demikian. Mereka berhijrah beramai-ramai ke sana untuk mendapatkan perlindungan.

Di antara sahabat yang turut serta dalam hijrah yang pertama ini ialah Uthman bin ‘Affan dan isterinya Ruqaiyah puteri Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam, Zubair al-Awwan, Mus’ab bin Umair, dan Abdul rahman bin Auf. Jumlah mereka keseluruhannya seramai 80 orang.

Kaum kafir Quraisy telah mendapat berita tersebut lantas mengutuskan Abdullah bin Rabi’ah dan Amru bin al-‘As (ketika belum Islam) untuk memujuk Raja Najasyi menghalau orang-orang Islam yang telah berhijrah ke Habsyah tetapi usaha tersebut gagal.

Jaafar bin Abu Talib menjadi jurucakap orang-orang Islam ketika itu. Hujah-hujah Jaafar melalui ayat-ayat Allah Ta'ala dan ajaran-ajaran Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam telah menyebabkan usaha kafir Quraisy tersebut gagal.


USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers