background img

Hadiezri, Ahmad Nizam menang besar, puas

DUA pertandingan memancing kategori pantai yang disertainya selang seminggu memberikan Hadiezri Abdul Khalib rezeki lumayan apabila berjaya mengumpul RM7,000. Kejayaan membawa pulang RM4,000 selepas muncul tempat ketiga kategori pantai dengan ebek seberat 1.4 kilogram di pusingan akhir Grand Slam GP Joran Berita Harian di Kuala Dungun.

Kejayaannya itu menjadi pelengkap gelarannya sebagai jagoan pantai kerana seminggu sebelum itu, Hadiezri, 27, muncul pemenang tempat kedua acara memancing pantai dengan wang kemenangan RM3,000 ketika mengambil bahagian dalam satu pertandingan anjuran sebuah akhbar di Pantai Batu Burok.

Tuah menaikkan todak seberat 2 kilogram di Pantai Batu Burok itulah membuatkannya kini berazam mengambil bahagian dalam semua acara pertandingan pantai yang dianjurkan khususnya oleh Berita Harian. “Jika ada kelapangan dan cuti, saya akan serius mengambil bahagian dalam setiap pertandingan memancing dan mungkin akan mengajak rakan lain menyertai semua pertandingan tahun depan,’’ katanya.

Beliau yang bekerja sebagai Pembantu Am di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, mengakui mulai seronok dengan hobi berkenaan yang memberinya rezeki lumayan. Katanya, sebagai anak jati Kuala Terengganu, kehidupan mengail dan aktiviti menangkap ikan memang sebati dalam hidupnya dan rakan-rakan lain.

Hadiezri berkata, beliau kerap memancing bersama lima rakan lain yang sentiasa memberi galakan. Sementara itu, peserta kategori laut, Ahmad Nizam Othman, 37, dari Kemaman, Terengganu, bersyukur memenangi wang tunai RM4,000 hasil menaikkan tenggiri seberat 13.26 kilogram.

Beliau bersama tujuh rakan pancing lain bertuah kerana menaiki bot 30 yang diterajui seorang tekong yang prihatin. “Tekong bot yang kami naiki amat prihatin dan sanggup ke mana saja bagi membantu kami mendapat lokasi terbaik memancing. Awak-awaknya juga prihatin dan sentiasa menyediakan kami masakan dan minuman menyebabkan kami sentiasa ceria,’’ katanya. Beliau yang sulah lama menyertai pertandingan GP Joran berasa puas akhirnya dapat meraih hadiah kemenangan buat pertama kalinya.

Bagaimanapun, pengusaha bot pancing di Kemaman itu mengakui banyak lagi pengalaman memancing di laut dalam yang perlu beliau pelajari daripada tekong handalan seluruh Terengganu sebelum menceburi pertandingan laut dalam dengan lebih serius.

Berita Harian

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers