Oleh Nasir Abd Wahab dan Zulhilmi Hat
Kereta Alza, Wang Tunai RM10,000 Milik Mazli
HASRAT Mohd Mazli Abdullah untuk menukarkan kereta lama kepada kereta baru yang digunakan hampir 10 tahun akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau muncul juara pertandingan memancing Pusingan Akhir Grand Slam (GS) GP Joran 2011 Kategori Pantai di Kuala Dungun, Terengganu, Ahad lalu.
Mula menyimpan impian untuk memiliki kereta baru sejak 2005, beliau mula berazam menyertai pertandingan memancing anjuran Unit Joran Berita Harian yang menawarkan hadiah berupa kereta kepada pemenang GS. Lalu berkat usaha dan tawakal, ia akhirnya membuahkan hasil apabila beliau mampu menaikkan ikan ebek seberat 1.5 kilogram (kg) di kawasan memancing khas yang menempatkan 21 peserta ranking lain, sekali gus menobatkan beliau antara layak memenangi hadiah kenderaan pelbagai guna (MPV) PERODUA Alza bernilai RM63,000 itu.
Mazli, 33, berkata, kereta PROTON Saga yang dibeli pada tahun 90-an adalah kereta paling lama berkhidmat kepadanya dan satu-satunya kenderaan rasmi berulang-alik dari tempat kerjanya di Besut. “Kini sudah tibanya kereta lama itu berehat dan akan ada pengganti yang baru hasil hobi memancing sejak kecil lagi. Berbaloi juga terjebak dalam aktiviti hanyir ini hingga menghadiahkan sebuah kereta yang
tidak pernah termimpi untuk memilikinya,” katanya yang masih bujang itu.
Rezeki juruteknik pendawaian bukan sekadar kenderaan MPV PERODUA Alza malah beliau turut pulang bergaya wang saku RM10,000 selepas ebek yang dipancingnya membantu menduduki tempat kedua dalam kategori sama. Katanya, hadiah berganda ini akan dikongsi keluarganya dan bakinya untuk modal menyertai pertandingan memancing anjuran Unit Joran pada tahun depan. Sementara itu, Juara GS Kategori Laut milik Mohd Hatta Abd Rahim yang membawa pulang hadiah kereta tajaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) selepas mengalahkan 10 peserta ranking yang tersenarai.
Ikan tenggiri seberat 7.06 kg yang diperoleh melayakkannya yang juga pemilik restoran dari Johor menambahkan koleksi kereta keluarganya selepas memiliki sebuah Toyota Hilux. “Hadiah ini juga untuk anak-anak saya yang meraikan hari lahir mereka bertiga Oktober ini dan tidak lupa kepada isteri yang sentiasa menyokong penuh minat saya selama ini,” katanya.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib. Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian; Datuk Mior Kamarul Shahid; Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mustopa Abd Rahman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Harun Mohamad; Pengarah Urusan UFL Coleman, Datuk Radha Krisnan dan Pengurus PERODUA cawangan Kuala Terengganu, Zulwari Abdul Wahab.
Tempat kedua dan ketiga Kategori Pantai GS Mohd Zaki Abdullah, 37, dan Mohd Sharif Ismail, 30, kedua-dua dari Terengganu yang masing-masing membawa pulang bot getah bernilai RM1,900 dan RM1,400. Bagi GS Kategori Laut , tempat kedua dan ketiga milik Mohamad Saiful Azmi Hamzah yang juga anggota tentera dari Selangor dan Daimalawa Yunos Mairy, 32, dari Johor. Mereka masing-masing menerima hadiah bot getah tajaan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL-Coleman).

0 comments:
Post a Comment