Assalamu'alaikum, 12/10/2011 Jam 2.30pm Bro Stopa, anaknya dan Bro Hadi turun memancing di Sungai Durian Mentangau Dungun Terengganu, hasilnya beberapa ekor udang galah dan ikan belida yang berjaya dipancing oleh mereka dengan berumpankan cacing dan hirisan jantung ayam.
: Ikan belida senang dipancing menggunakan umpan cacing atau udang kecil, belida ialah sejenis spesies ikan yang boleh hidup di sungai tenang dan tasik. Ia boleh dijumpai di India, Thailand, Borneo, Malaysia, Brunei Darussalam dan Sumatera. Kepentingan utama ikan belida ialah sebagai ikan akuarium. Ikan belida ini tiada sisik, kalau ada pun sedikit sahaja. Tulangnya banyak dan
bercabang dua.
Belida ikan yang unik kerana bentuk tubuhnya yang berbeza dari ikan lain. Tidak ada ikan tempatan lain yang seiras dengannya, kalau adapun yang paling dekat mungkin tapah. Dengan rahang yang luas, misainya dan perut yang menggeleber, perbezaannya amat ketara. Belida ialah ikan yang nipis jika dilihat dari pandangan atas, lebih nipis dari lampam. Mungkin pada pandangan pertama kita mengatakan ia tidak besar. Sebenarnya belida ialah ikan yang pembesarannya tidak terhad, dua ciri utama belida ialah sirip dorsal yang bersambung dengan sirip ekor dan membentuk ekor.
Belida ialah ikan dari golongan clupeiformes, badan seperti ikan 'herring'. Ikan lain yang termasuk dalam golongan ini ialah ikan parang (Chirocentrus dorab) dan ikan bilis (Stelophorus commersonii). Kelisa yang dikenali antara ikan tempatan yang garang adalah dari golongan ini. Terdapat dua spesies belida yang lazim dijumpai di Semenanjung Malaysia, yang paling kecil ialah Notopterus notopterus. Kebiasaannya dijumpai di sungai-sungai kecil, paya atau lombong. Mulutnya lebih pendek dari Notopterus chitala. Jarak sirip dorsal dan kepala lebih dekat, di utara dan Kelantan belida dikenali ikan selat. Ikan belida ini paling laris di restoran cina dengan harga mencecah rm15 1kg, isinya diambil untuk dijadikan bebola ikan, alaaa yg fishball tu...

1 comments:
Syonoknyerrr dpt udang,,,, ina kb
Post a Comment