N9 Menang, Kecewa

Sunday, October 30, 2011 ·

Reaksi penyokong-penyokong setia Terengganu di luar Stadium Shah Alam sebelum dan semasa aksi perlawanan akhir Piala Malaysia di Shah Alam, sekaligus berakhir dengan hampa dan kekecewaan apabila kalah dengan skuad Hobin Jang Hobin 2-1, GerrrRRRR marah! dan kecewa pun ada ni, terutamanya kepada penjaga gol skuad Peteh Ganu Peteh, adoi... macam mana laa bleh terlepas bola macam tu, nasib... nasib..., tetapi apa pun ada
betulnya juga sememangnya skuad Negeri Sembilan layak menang kerana majoritinya mereka yang menguasai perlawanan dari awal sehingga penamat, dan mungkin ini lah ganjaran kemenangan buat Negeri Sembilan atas usaha mereka yang lebih, tahniah diucapkan kepada skuad Hobin Jang Hobin walaupun hati ini berasa sedih adoi...

Utusan
SHAH ALAM - Piala Malaysia akhirnya kembali ke Negeri Sembilan buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila kebangkitan pada 10 minit terakhir oleh anak-anak buah Mohd. Azraai Khor Abdullah berjaya membenam Terengganu 2-1 dalam pentas akhir di Stadium Shah Alam, semalam.

Di hadapan 70,000 penonton, penyerang veteran, Hairuddin Omar atau 'Hai-O' membuktikan dia membawa tuah kepada Negeri Sembilan apabila jaringannya pada minit ke-86 memastikan Terengganu pulang hampa, walaupun skuad Penyu berkelebihan satu gol menerusi Mohd Ashaari Samsudin (minit ke-59).

Jaringan kemenangan Negeri Sembilan berpunca melalui hantaran silang Shukor Adan dari sebelah kanan yang bertukar hantaran dengan Shahurain Abu Samah, Hairuddin melepaskan sepakan sepakan gunting yang cantik tepat ke penjuru kanan gawang tanpa dapat dijangkau oleh Sharbinee.

Sebelum itu, N. Sembilan menyamakan kedudukan hasil jaringan S.Kunalan (minit ke-81). Bertambah manis, pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir. Ini merupakan gol ketiga berturut-turut buat pemain berusia 32 tahun dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia.

Ia juga merupakan kejayaan kali ketiga peribadinya menjulang trofi itu, selepas juga bergelar juara ketika bersama Kelantan musim lalu dan Negeri Sembilan pada 2009. Kejayaan semalam juga merupakan kali ketiga buat Negeri Sembilan bergelar juara Piala Malaysia.

Sebelum ini mereka memenanginya pada tahun 1948 dan dua musim lalu iaitu pada 2009. Sementara itu, Hairuddin berkata, walaupun Negeri Sembilan ketinggalan satu gol, pemain tetap tidak berputus asa dalam memburu gol.

Menurutnya, sejak awal perlawanan lagi Negeri Sembilan sebenarnya memiliki banyak peluang gol namun agak malang ia gagal menemui penyudah. "Ketika kedudukan terikat 1-1, saya tengok jam masih ada 15 minit lagi perlawanan. "Jadi saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk pasukan. "Lalu saya tekad jika ada peluang gol selepas ini, saya tidak akan mempersia-siakan. "Akhirnya peluang gol yang saya harapkan menjelma pada minit ke-86 dan saya gembira kerana berjaya menyempurnakannya, sekali gus menjadi gol kemenangan perlawanan akhir musim ini," katanya.

Menyedari ramai yang kecewa dengan jaringan kemenangannya, Hairuddin turut memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang menyaksikan perlawanan semalam juga yang berada di Terengganu. Ini kerana jaringannya semalam mengecewakan negeri kelahirannya untuk bergelar juara.

"Saya meminta maaf kepada mereka (penyokong Terengganu). Saya faham mereka tentu kecewa dengan kekalahan ini. Saya juga harap mereka tidak membenci saya," katanya. "Saya harap penyokong Terengganu, faham saya adalah pemain Negeri Sembilan dan komited dengan pasukan yang saya wakili," katanya.

4 comments:

AYuNG said...
Sunday, October 30, 2011 at 12:55:00 PM GMT+8  

hehe...ganu main pun cun jugak dah semalam....cuma mungkin bkn rezeki ganu nak bawak balik piala..

adat pertandingan, ada yg menang & jugak ada yg kalah...

peteh ganu peteh...

cuba lagi next year..:)

Budak Ganu said...
Sunday, October 30, 2011 at 2:13:00 PM GMT+8  

Mmm... tak ape lah... janji ada gak piala liga buat Terengganu tahun ni... hihi... ayat kecewa.

Kak Yah said...
Sunday, October 30, 2011 at 2:15:00 PM GMT+8  

Geram!Geram! ngan Hai O, jumpa ganu siap ler... hem!

Ust. Sham said...
Tuesday, November 1, 2011 at 10:54:00 AM GMT+8  

Biasa lah,kalah & menang telah ditentukan olehNya,sabar jer lah,bayangkan kalu semua menang siapa plak yg nk kalahnyer kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets