background img

Udang Galah Durian Mentangau

Assalamu'alaikum semua... berita mengenai udang galah lagi... sekarang ni udang galah mula menawan dan mula menakluki di sepanjang Sungai Kampung Durian Mentangau Dungun Terengganu... Besar-besar bro... So apa lagi... jom laa... pakat-pakat mari pancing udang galah di sini... bawak member-member yang kaki pancing tu... Lihatlah Pak Ripin, dapat lagi udang galah... peh... ini kalu buat gulai sedap ni... tak seliur ker?... Aaa kepada orang luar yang belum tahu lagi di mana letaknya Sungai Kampung Durian Mentangau ni... bleh la aku cerita serba sedikit pasal kampung ni... Kampung Durian Mentangau terletak di daerah Dungun, Terengganu di antara Bukit Baut dengan Kampung Air Hitam, Kampung Nyior dan Kampung Tebing Tembah... jika perjalanan di ambil dari Paka dan telah melepasi Kampung Air Hitam terdapat satu jalan besar di sebelah kiri di mana jalan ini menuju ke arah Kampung Tersebut... dan terdapat sungai di sepanjang jalan ini... Sungai itu lah yang diberi nama Sungai Durian Mentangau...
Aaa tuan-tuan bleh lah nak pancing udang di sini... ikut lah nak berhenti kat mana pun yang pentingnya udang-udang di sepanjang sungai ni mesti mari punya... Lagi satu aku nak berkongsi sedikit mengenai sejarah Kampung ni... Mengikut cerita orang tua dulu-dulu, asal usul nama kampung Durian Mentangau adalah sempena terjumpanya dua batang pokok iaitu pokok Durian dan pokok Mentangau yang berhampiran, lalu orang-orang tua ni mula memanggil nama tempat ni... "Kampung Durian Mentangau"... aaa itu lah ceritanya yang aku dengar kalu aku tipu bermakna orang tua dulu-dulu lah yang menipunya... So... Selamat memancing udang dan selamat bergembira dengan hasil tangkapan udang-udang galah... harap kamu semua dapat yang besar-besar... bagi yang tak dapat jangan pulak marah-marah... kerana dah tak ada rezeki nak buat macam mana...

2 comments:

simiey said...

masa kecik2 dulu selalu g mancing udang di sungai kelate,1km belakang umah :)

SIAKAPPAKA said...

Habis tu sekarang ni tinggal kat mana? pergi la pancing udang kalu ada masa...best isinya bro...

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers