background img

Info Ikan Keli

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Mata Kati
  • Ikan Keli Rusia
  • Ikan Keli Afrika
  • Ikan Keli Jeram
  • Ikan Keli Hutan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00. Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli.

Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor dan di Terengganu ikan keli menjadi hidangan istimewa.

4 comments:

cik.pija said...

hoo tak tau lak hilir perak x mkn keli. skang pun ke??
huhuh saya minat gila ikan keli ni. sedap tapi kena pandai basug bersih2 bagi hilangg lendir semua

Matnor said...

laman web ini di bina adalah berkaitan dengan pemeliharaan ikan keli. Di dalam laman web ini saya ada sediakan ebook percuma yang bertajul"kesilapan -kesilapan yang perlu dijauhi oleh para penternak ikan keli untuk menjana pendapatan yang lumayan "untuk menjadi rujukan sesiapa yang betul-betul berminat untuk memelihara ikan keli.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui kesilapan apa yang perlu mereka hindari boleh lah download ebook percuma di sini:-

http://www.ternakikankeli.com

SIAKAPPAKA said...

Terima kasih En. Matnor... hihi sila datang lagi ke sini erk...

Unknown said...

saya menjual ikan keli limbat segar..ditangkap dari sungai dan bukan ternakan kolam..saiz anggaran 4-5 ekor sekilo..harga rm9.50 sekilo..penghantaran disediakan..kuantan dan kemaman..sudin 0145150398

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers