background img

TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 tawar RM277,000

Assalamu'alaikum semua pesta mencandat sotong datang lagi di Terengganu Darul Iman, kepada kaki kelaut dan kaki mencandat sotong, pakat-pakat la datang ke Negeri Terengganu, hadiah pun lumayan, jom sertai TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010.
________________________________________

KUALA TERENGGANU - Perairan di negeri ini kembali meriah selepas musim tengkujuh dengan bermulanya aktiviti mencandat sotong yang menjadi antara tarikan utama pelancongan.

Sebagai membuka tirai, kerajaan negeri akan menganjurkan TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM277,000 yang meliputi empat sirkit bermula pada 27 Mac ini hingga 26 Jun depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelanco- ngan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib, sirkit pertama akan diadakan di Marang (27 Mac), kedua di Besut (24 April), ketiga Kuala Terengganu (29 Mei) sebelum berakhir di Dungun (26 Jun).

Katanya, bagi pertandingan itu, antara kategori yang dipertandingkan ialah sotong terberat (kumpulan), terpanjang (kumpulan), terbanyak (kumpulan), terpanjang (individu) serta tekong terbaik.

"Maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut boleh diperoleh di www.image-promote.com atau dengan menghubungi talian 09-6317237 atau 09-6265236," katanya ketika ditemui selepas perasmian pertandingan itu di sini petang kelmarin.

Kosmo 22/Mac/2010

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers