background img

Pesta Memancing Ikan Gelama

Pesta memancing ikan Gelama datang lagi di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu, kalau dilihat pada waktu malam sudah tentu pemandangan di sini seperti pasar malam atau pesta funfair kerana sepanjang pantai Teluk Lipat yang berukuran lebih 15km ini disinari dengan cahaya api dan lampu yang dipasang oleh setiap pemancing yang memancing di pantai ini... Berduyung-duyung berpusu-pusu rakyat di Dungun dan di luar Dungun datang ke pantai ini untuk menikmati hasil tangkapan si ikan Gelama, ada yang bawa keluarga, rakan-rakan dan ada juga yang bermalam serta berkhemah untuk memancing sampai ke pagi... Jom, ramai-ramai datang ke sini kita pakat memancing ikan Gelama, Bulus dan Pari... kebanyakkan pemancing memperolehi ikan Gelama yang berukuran sebesar selipar saiz 7 seberat 300-400g.

Video di atas menunjuk Pak Ripin telah mendapat banyak ikan Gelama dan Bulus, beratus-ratus kalau dikirakan hasil tangkapannya hari ke hari... Bagi sesiapa yang belum pernah memancing cubalah datang memancing di sini sudah tentu pemancing baru ini akan jadi gilerrr memancing... Jom!

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers